Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Sejarah terlakar PMUKM-IPU-MAMPU

Friday, April 20, 2012





Malam pengisytiharan PRK, 2011

Sejarah Terlakar, PMUKM 2011-2012

Sejarah terlakar bersama laungan
tujuh tahun kita menanti
malam ini
kita menawan PMUKM.

Menitis air mata
laungan sepenuh jiwa
menahan sebak dan gembira
hanya mampu bersyukur padaNya.

Mengimbau sebuah nostalgia
kukongsi bersama
lembaran kisah cerita
bagi mencari sinar dan redha.

Keluarga PMUKM
Bertemu pada jalan dakwah,
dalam erat kasih ukhwah
bersama diikat kasih ilahi
kegembiraan kini kutemui.



Gelak tawa mengukir riang
gelisah menjadi tenang
suram pasti hilang
kuatnya semangat bersama dijulang.


Paduan antara ilmu dan amal
tetap dipertahan
walau kalah atau menang
lawan tetap lawan.

Biarlah kami sahaja mengerti,
dinukil buat puisi
sebagai motivasi
demi sebuah visi.

Maralah demi perjuagan
walau berdepan rintangan
padanya ada keberkatan
bagi hambanya yang mengejar tuhan.

Mohammad
Timbalan Presiden PMUKM
20/4/12, Jumaat
Kajang.

PMUKM di beri kepercayaan baru

Sabda Itu

Friday, December 30, 2011



Assalamualaikum...Rakan-rakan ia hanya secebis nukilan dari tean produksi PMUKM , ini sedikit perkongsiaan bagaimana mahu membawa nilai intelek ke kampus yang mana sudah lama jaraknya terhidang dengan hedonisme. Tekanan dan cabaran sudah terbiasa.

~~~~realiti mungkin~~

Dari Seorang Yang Berjiwa Murabbi

Monday, May 16, 2011

Guru,


Mu’allim, mudarris dan murabbi,


Gelar keramat yang bernilai,


Lunak gelar samanya dengan laku.



Dulu,


Aku juga insan yang pernah ditarbiah,


Dengan insan bernama murabitun,


Hingga menjalar erti kehidupan.



Kini,


Aku kenal hidup dengan pengalaman,


Pengalaman diri mahupun sekeliling,


Kerna guru mengajarku,


Memaknakan diri dengan erti penghayatan.



Nanti,


Setiap yang menjalar dalam hidup,


Guruku telah memasak lakar masaku,


Memerah keringat,


Jerih dan perih untukku.



Doakan,


Moga jasamu ini,


Membawa diri insani,


Mengenal hakiki,


Ilahi Ya Rabbi,


Dari seorang yang berjiwa murabbi.



Abduh


1:30 ptg


17 Mei 2011/13 jamadil Akhir 1432




Selamat Hari Guru

buat semua warga pendidik!

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets