Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

TOLAK PROVOKASI ISU PERKAUMAN...ISLAM ITU INDAH

Friday, April 22, 2011

Badan politik, NGO, dan individu yang cetek intelek sengaja mahu keuntungan sedikit dengan menimbulkan pelbagai provokasi, dan media upahan semaksimum mungkin menjadi alat untuk meraih populariti murahan dengan menjaja isu yang dicipta. maka mereka sememangnya mahukan rakyat takut dengan pelbagai isu yang sememangnya dicipta untuk menakut-nakutkan rakyat. sungguh durjana. Mengimbau beberapa isu yang berlaku

Rentetan isu perkauman

Mengimbau bebarapa isu sensitive yang pernah menerjah arus semasa Negara kita, pada bulan ogos 2008, Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail menuduh Cina sebagai kaum pendatang dan menyatakan kaum itu tidak boleh mendapatkan hak sama rata diberikan kepada mereka. Isu pendatang itu sekali lagi ditimbulkan pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar pada febuari tahun lalu pada seminar ’1Malaysia’ di Melaka. Malah Nasir juga menghina mereka dengan menyatakan kaum India datang ke Malaysia sebagai pengemis dan Cina, terutamanya golongan wanita datang ke negara ini bagi menjual tubuh mereka.

Sebagai respon terhadap provokasi, Ketua Wanita Gerakan, Dato’ Tan Lian Hoe membangkitkan secara terbuka isu status orang Melayu yang disamakan dengan istilah pendatang sepertimana juga orang Cina dan India ke alam Melayu, kemudian Naib Presiden MCA, Liow Tiong Lai pula membangkitkan isu 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam. Sebelum ini perkara yang sama telah dibangkitkan oleh Gerakan dan DAP, yang diterjemahkan melalui kajian yang dibuat oleh Lim Teck Ghee, bekas Pengarah, Pusat Kajian Dasar-Dasar Awam, Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), berhubung pemilikan ekuiti bumiputera yang dikatakan telah mencapai lebih daripada yang disasarkan iaitu sebanyak 45 peratus. Peristiwa perkauman kembali hangat dengan perarakan kepala lembu pada Ogos 2009 sebagai membantah isu pemindahan tapak kuil lama di seksyen 23 Shah Alam, Selangor. Isu penggunaan kalimah Allah menjadi hangat sehinggakan berlaku kes membakar gereja ( januari 2010 ) dan surau ( januari 2010 ) di muar johor sebagai tanda konflik yang makin membarah.

Kontroversi isu kitab bible dalam versi melayu ( Al kitab ) pada bulan Mac 2011 menjadi hangat dan ada politik yang cuba menjadi hero dalam soal isu ini sehingga menjadi bahan kempen politik di Serawak.

Negara baru sahaja selesai melihat Pilihan Raya Negeri Sarawak ( PRN ), maka bangkit kenyataan bahawa kemengan DAP merampas kerusi di Seawak kerana memanipulasikan isu perkauman dalam tempoh sepanjang kempen pilihan raya. Sebagai reaksi undian kaum cina terhadap kemenangan DAP merampas kerusi dari SUPP, pena bergelar Awang selamat ( 17 april 2011 ) dari berita utusan mencadangkan supaya kerajaan mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya, sebagai respon terhadap kenyataan tersebut, pada 20 april 2011, timbalan ketua pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan terus mencabar Umno untuk melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi.

Selaku NGO lantang memperjuangkan melayu, Perkasa Serawak ( 20 april 2011 ), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”. Selain itu, ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari dalam satu kenyataan berkata kerajaan juga wajib memulangkan kembali hak dan peruntukan keistimewaan bumiputera mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia.

Kesimpulan

Usaha apa pun, usah perbodohkan masyarakat dengan provokasi yang di cipta untuk meraih undi. media sebagai alat mengapikan masyarakat dan kelak pasti kemusnahan yang berlaku antara kaum sekarang masing-masing saling menuduh. sewajarnya media perlu jujur bahkan berusaha mewujudkan keharmonian bukannya menyalak untuk lagakan kaum.

OKU Berhak Kebolehaksesan Kepada Kemudahan - MPM Mohd Abdullah

Wednesday, April 13, 2011

Pengupayaan golongan kelainan upaya dalam masyarakat adalah suatu yang perlu dilihat secara lebih adil bahkan ia telah termaktub di dalam Akta OKU 2008. Telah dinyatakan secara jelas berkaitan dengan "memaksimumkan keberdikarian" golongan kelainan upaya ini. Perkara ini boleh dirujuk secara sah melalui peruntukan perundangan yang telah di luluskan dalam parlimen negara. Maka tidak timbul persoalan berkaitan kewangan. Cukup atau tidak, kesungguhan perlu ada dalam menyediakan kemudahan seperti yang dijamin dalam peruntukan undang-undang negara.

Antaranya seksyen 26. (1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada dan menggunakan kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam yang dibuka atau disediakan kepada orang ramai atas asas kesetaraan dengan orang upaya, tetapi tertakluk kepada kewujudan atau kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan keselamatan orang kurang upaya.

Selain itu, telah dijelaskan juga dalam seksyen 26 (2) Bagi maksud subseksyen (I), Kerajaan dan penyedia manamana kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam itu serta penambahbaikan kelengkapan yang berkaitan dengannya menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada dan penggunaan oleh orang kurang upaya.


(Akta OKU, 2008, PENGGALAKAN DAN PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN ORANG KURANG UPAYA, bahagian IV ).


"Selaku mewakili suara golongan kelainan upaya, saya sangat mengharapkan konsep 'bangunan mesra OKU' di kawasan UKM ini dilaksanakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. Bahkan beberapa perkara perlu ditambahbaik lagi antaranya jalan Khas beroda, rem yang mengikut spesifikasi yang betul di kawasan Pusat kemudahan pelajar, masjid, dewan kuliah, dan tandas. jalan golongan kurang upaya penglihatan juga perlu diletakkan sepanjang laluan, dan longkong perlu ditutup bagi mengelak masalah OKU penglihatan terjatuh."

- Timbalan presiden PMUKM, saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff.

Tambahnya lagi "Ada beberapa perkara dipihak bendahari UKM perlu jelaskan dalam soal penambahan pemberian elaun kewangan OKU yang telah diisytiharkan oleh kerajaan. sSbelum ini, sebanyak RM 1800, iaitu sebanyak RM300 sebulan. Kemudian kerajaan telah menambah peruntukan elaun sebanyak RM200 menjadikan jumlanya sekitar RM500. Akan tetapi elaun tambahan OKU ( elaun yuran ) sebanyak RM200, telah tidak dimasukkan kepada OKU yang mendapat biasiswa. soalnya bukan telah mendapat biasiswa atau tidak, tetapi duit tersebut adalah hak OKU. Kenapa perlu dihalang duit tersebut? Kerana alasan telah mendapat biasiswa. Mereka yang bukan warga OKU membuat keputusan bagi OKU?"nothing about us without us". Sekiranya tidak diberi, kemana duit peruntukan OKU tersebut?"

Walaubagaimana pun, pihak kami sangat berterima kasih diatas Unit Kebajikan Pelajar, yang secara langsung menjaga kebajikan OKU di UKM ini. saya juga mengucapkan terima kasih atas penambahbaikan di masjid dengan membuat laluan khas kerusi roda seperti yang telah di maklumkan dan dibincangkan oleh pelajar OKU.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Monday, April 11, 2011


SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN DARI SAYA TIMBALAN PRESIDAN DAN SETIAUSAHA KERJA....

Salam Imtihan

Sunday, April 10, 2011


Kejayaan itu bermula saat engkau merasa letih

Dan kau terus berusaha hingga ke titisan keringat terakhir

Tanpa jemu kau terus menarah gunung-gunung halangan

Jangan kau kunci langkahmu untuk terus mencipta nama

Walau kemuncaknya belum pasti kau daki

Tapi janji Tuhan itu pasti

Setiap yang susah diiringi kesenangan

Setiap yang diusahakan pasti diberi ganjaran

Salam Imtihan...

Bittaufiq wannajah...

Merakyatkkan Mahasiswa

Monday, April 4, 2011

Assalamualaikum.

Saya tidak mempunyai jawapan yang tepat terhadap persoalan kerana faqirnya dalam soal diri sendiri atau "solid of solution" terhadap pertanyaan tersebut. Akan tetapi, berfikir antara nikmat yang besar kepada manusia. Bezanya antara "haiwan dan manusia" adalah keupayaan berfikir. Saya berfikir supaya memanusiakan manusia adalah tanggungjawa.

Makanya :

1 ) Merakyatkan=melestarikan. atau ia di sebut oleh Ibn Qaldun, dalam Muqaddimh,iaitu dalam konsep Assa'adah kehidupan tentang sesuatu kebahagian. Dihuraikan secara panjang tentang perkara trsebut. Assosiasi antara melestarikan dan assa'adah saling ada pertautan. hemahnya, pasti sesuatu kebahagian perlunya dikongsi, baru ia mnjadi hakiki assaadah.

2) Makanisme merakyatkan mahasiswa : SSR( social student of responsibility )= tanggungjawab sosial mahasiswa perlu diketengahkan dlm
a) ILMU (INTELEKTUAL ) + PELUANG=HIKMAH
b) INKUIRI=accauntability(ketertanggungjawaban)
c) adab=mirror of value
d) beauty of sosial( yang ini pandagan puan Ainon,pgrah PTS )

3) Soal pokok adalah bagaimana mahu merakyatkan aktivis mahasiswa kalangan mahsiswa itu sendiri, makanya, saya berpandangan antara isu yang sering menjadi "barrier" kepada soal pokok ( Piller ) adalah diri mahasiswa itu sendiri. Ruang untuk aktivis berfikir, mengeluarkan hujah mahupun mengkritik tidak harus dihalang oleh kepemimpinan yang akhirnya banyak melemahkan dan menghilangkan perkara yang dinyatakan tadi.

4) Menutup ruang perubahan kalangan organisasi aktivis adalah suatu yang sangat sempit. Walaupun aktivis kalangan para Ustaz, ianya tidak harus bermain dengan hukum sehinggakan konsep "attaisir la ta'sir" langsung tidak dipertimbangkan. Ini menutup banyak usaha Justify Fullmerakyatkan aktivis kerana terlalu rigid mempertimbangkan " 'Adhimmah " sehingga hilangnya "rukhsah" yang diharuskan.

5) Perlu dikembalikan rasa "ketertanggungjawaban" mahsiswa untuk berada dalam masyarakat kampus dan masyarakat luar dalam membawa "hemah" Assa'adah. Sering menjadi kebiasaan, aktivis mahasiswa hanya menjadi hero dalam kalangan mereka sahaja kerana berfikir dalam kerangga "aktivis yang hebat ilmunya".

6) Penguasaan media juga adalah suatu yang sangat penting dalam merakyatkan aktivis agar kewujudannya dirasai masyarakat.

7) Budaya "menanti" bukannya "mencari" sudah sebati dengan rasa "syok sendiri" aktivis. Sepatotnya, konsep dakwah fardiah perlu menjalar dalam kalangan aktivis. Saya mengakui kegagalan dakwah fardiah kalangan aktivis menjadikan punca terlihatnya eksklusif para aktivis islam. dek kerana ini, banyak cacatnya dalam merakyatkan aktivis kalangan mahasiswa.

8) Sayogialah isu merakyatkan mahasiswa masih tergantung. Memaksa masyarakat menerima Aktivis adalah janggal. Mengupayakan aktivis dalam multidisiplin sosial adalah unggul.

9) Sekadar pandangan yang kecil dalam memastikan gerak aktivis berlangsung, moleknya sekira aktivis melasakkan diri dengan kerenah masyarakat. Malunya kiranya aktivis banyak memberi alasan "tidak mampu", "tidak ada ilmu" dan sebarang alasan dalam keadaan masyarakat yang poloris pemikiran.




 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets