Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

Senjata Mukmin : Ramadan, Doa, Keampunan Allah Pada HambaNya,

Saturday, July 30, 2011

Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya di dalam kota itu dua orang laki-laki yang berkelahi; yang seorang dari golongannya (Bani Israel) dan seorang (lagi) dari musuhnya (kaum Firaun)... ( Al-Qosas Ayat 15 )



Seperti di ceritakan dalam tulisan yang lepas, Musa sangat memahami keadaan ketidakadilan dan kezaliman penghakiman yang dibuat Kerajaan Firaun. Sememangnya sangat jelas kehancuran kehakiman pada zaman tersebut. Bila aduan dibuat, tidak dihiraukan, bila aduan kesalahan melibatkan pihak bukan kaumnya, diheboh-hebohkan, di besat-besarkan bahkan dihukum tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.



Maka orang yang dari golongannya meminta pertolongan kepadanya, untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya..


Ketika salah seorang dari dua orang yang bergaduh itu meminta tolong, dek kerana terlalu marah lalu orang itu dipukul oleh Musa.. Menurut tafsiran mujahid “ ditumbuknya dengan mengempalkan tapak tangannya.. Menumbuk sehingga mati (..maka matilah orang itu. ). Seorang dari kaum Qubthi ( juak-juak kerajaan firaun ) telah mati. Menurut tafsir al Azhar ( juzuk 20, m/s 62, HAMKA ) jelas ayat ini bahawa membunuh bukanlah sengaja Musa. Dia hanya sengaja hendak memukul saja, tetapi akibatnya kematian. Sebab itu musa sangat menyesal.



Musa berkata: "Ini adalah perbuatan syaitan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata (permusuhannya).



Sungguh enak ayat ini untuk diperhalusi bersama. Musa tidak berdiam bila melihat orang teraniaya, orang dizalimi. Bukan kah nabi musa bertindak untuk menghalang kezaliman kepada orang yang tertindas! Sungguh kejam jika hari ini, ketika masyarakat dihimpit ketidak adilan dan kezalimin, tengok sahaja keadaan teman-teman dan saudara kita dizalimi di palestin, di mesir, syiria, china, selatan thailand dan sebagainya. Dan kebangkitan rakyat di mesir, syiria, dan Negara lain menggulingkan kerajaan zalim sungguh wajar. Yusof qardawi juga menyeru rakyat mesir untuk bangkit melawan kerajaan zalim Hosni Mubarak! Bantulah saudara yang dizalimi apatah lagi yang dizalimi itu dari saudara seakidah kita. Jika kita memilih untuk membiarkan sahaja!sungguh rugi.


Musa mendoa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri karena itu ampunilah aku". Maka Allah mengampuninya, sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( A-qosas : Ayat 16 ).


Untuk mengukuhkan lagi ketidak sengajaan musa membunuh, maka Hamka membawa “ Fa qadha ‘alaihi”..sebab itu “ maka tuhan pun mengampuni dia”..kerana tuhan pun lebih tahu perbezaan bunuh yang sengaja dengan tinju yang mengakibatkan sampai ajal.




Dalam ayat 16 surah Al-Qosos. Cukup besar dapat kita fahami. Cukup terkesan kesalahan yang dilakukan oleh Musa terhadap jiwanya. Alangkah tidak lokeknya Musa 'alaihissalam untuk merendahkan diri memohon keampunan dari Allah. Malunya rasa hati ini bila membaca ayat ini,. Sewajarnya bila seseorang hambaNya membuat kesilapan, bukan layak untuk bermegah-megah melakukan kesilapan. Bagaimana hati kita hari ini bila melakukan kesalahan kepada Alah. Adakah kita bermegah dan gembira dengan kesalahan, kekufuran dan kemaksiatan yang dilakukan, atau kita tidak merasa apa-apa selepas kesalahan atau kita terasa sedih selepas kesalahan kepada Allah?. Cukup berat untuk menjawab. Di manakah kita disisi Allah?.terpukul dengan kisah musa ini. Walhal dia sama sekali tidak sengaja untuk melakukan kesalahan. Hari ini, terlalu angkuh untuk mana-mana individu mahupun sesiapapun untuk mengakui kesilapan di hadapan Allah. Bukan sekadar itu sahaja, lebih angkuh, bila tidak mahu sujud kepada Allah, menghambakan diri untuk memohon keampunan kepada Allah.





“Bahawasanya orang yang telah mendalam imanya memandang sesuatu dosa kecil seakan-akan dia duduk dibawah gunung, yang dia takut akan menimpanya”. Nah inilah kayu ukur untuk membuat kita lena atau tidak sepanjang kita melakukan kesalahan.



Wahai saudaraku, Allah itu tidak sombong, mohonlah kepada Allah ketika mana senang dan susah. Allah maha pengampun. Bulan yang penuh barakah akan datang, beramalah dan mohonlah segala keampunan kepada Allah. Apatah lagi keampunan Allah di bulan Ramadan yang mulia...

Tuhanku, ampunkan segala dosa-dosaku, ibubapaku, keluargaku, guru-guruku, teman-temanku dan seluru kaum muslimin. Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.


TINDAKAN AWAL PMUKM : aduan dan pertanyaan mahasiswa terhadap Pusat Zakat

Thursday, July 7, 2011

Pada 7 Julai 2011, Saudari Noraini bt Zumahir dan Timbalan Presiden telah memanjangkan surat dan aduan dengan menghantar laoran aduan secara rasmi kepada wakil bahagian pusat zakat UKM. Ini sebagai tindakan susulan dari aduan Saudari Mimi Shaari di Facebook rasmi PMUKM yang lepas.

Ketika menghantar surat tersebut, kita telah meminta penjelasan dan jawapan dari wakil Pusat Zakat UKM berkaitan isu tersebut. Menurut wakil pusat Zakat UKM, beliau akan bawa aduan tersebut ke pihak pengurusan tertinggi

“kita mengucapkan terima kasih diatas aduan yang telah dikemukan dan saya akan panjangkan aduan ini kepada En Misrol Jerut untuk tindakan susulan” Wakil Pusat Zakat UKM, En Hazwan Daud.

“insyaallah setelah mendapat jawapan lanjut, kita akan keluarkan hitam putih rasmi kepada mahasiswa berkaitan isu ini dan menjawab persoalan yang dikemukan” tambahnya lagi.

Pihak kami berterima kasih kepada Wakil Pusat Zakat UKM yang sudi menerima surat aduan dari pada mahasiswa. Dasar PMUKM antaranya sebagai menjaga kebajikan mahasiswa dan kita cuba sebaik mungkin untuk member khidmat kebajikan kepada mahasiswa.

“ selain dari membuat aduan kepada pihak PMUKM, untuk makluman mahasiswa, mahasiswa juga boleh membuat aduan sistem dalaman secara langsung kepada pihak berkaitan” Pengerusi Perpaduan dan Kemasyarakatan PMUKM, Noraini Bt Jumahir.

Kita mengharapkan isu ini diselesaikan dengan baik dan memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat. Setiap individu ada kekurangan masing-masing dan mungkin perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Demostrasi Musa Membawa Perubahan

Friday, July 1, 2011

Lebih kurang 30 tahun anak muda Musa telah membesar dengan penuh kemewahan istana, kemuliaan dan segala kemudahan pendidikan telah diberikan kepadanya merentas ironi seluruh kekacauan awal kelahirannya. Musa yang sewaktu lahirnya dahulu belum tahu hujung jatuhnya, hidup atau mati hayatnya sehinggalah taqdir perancangan Allah memberi jalan keluar kepada si ibunya untuk melepaskan Musa ke dalam sungai ( sungai nil ).

“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.” ( Al Qosos, 7 )

Tilikan dan cakap-cakap dari generasi ke generasi akan kelahiran anak muda yang bakal “membawa perubahan” menjadikan Kerajaan Firaun sangat terdesak. Ditubuhnya satu jawatankuasa khas “pengaman” kononnya untuk menghapuskan bayi lelaki yang bakal menggugat kerajaanya.

Kerajaan telah mewar-warkanya keseluruh pelosok negara akan penyelarasan terbaru tindakan tersebut sebagai justifikasi. Telah ditugaskan kepada jawatan khas tersebut, mencari ibu-ibu yang bunting, disemak tarikh-tarikh ibu bakal melahirkan anak. Bayi lelaki akan ditapis buang dari hidup di dunia.


Prosidur yang ketat telah diperkenalkan, setiap kelahiran perlu ditunjuk untuk semakan jawatan khas tersebut bagi penapisan untuk mendapat “permit” kebenaran hidup.

Makanya sudah kita maklum, jawatan khas pengaman akan patuh dan taat untuk menjalankan tugas tersebut. Kebimbangan Raja Firaun terhadap “kehadiran” anak lelaki yang mampu “menggugatn” kuasanya telah “diskripkan” oleh Allah yang Maha Mengatur berada dalam jagaan penuh istana.

Siapa sangka kebimbangannya tersebut sebenarnya berada “disisinya”. Kehadiran anak lelaki yang ditakutinya selama ini telah dipendamkan bahkan dibesarkan lebih kurang 30 tahun ( tambah tolak ) dengan penuh keselamatan sehinggakan jawatankuasa khas pengaman mengecualikan tindakan terhadap bayi jagaan istana.

Dalam jagaan istana ini, musa telah diberikan pendidikan di universiti kelas pertama dari kerajaan firaun, bahkan Musa telah diberikan biasiswa oleh kerajaan firaun ini. Sungguh besar “jasa baik” kerajaan firaun ini kepada musa. Subsidi kerajaan firaun ini bukan kepada musa sahaja akan tetapi turut dikecapi oleh keluarga musa termasuk abangnya harun..

Akan tetapi Musa ini tidak tertipu dengan sogokan “jasa baik” Kerajaan Firaun untuk mengaburi kezaliman kerajaan kepada rakyat. Musa tidak pernah lupa asal usulnya, bahkan kerajaan juga sedar bahawa Musa ini dari kalangan Bani Israel.

Walaupun Musa berada di dalam kemewahan istana dengan pendidikan istana, baginda tidak leka bahkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi kaumnya. Sekarang, telah didoktrin “belajar dulu”, pada masa yang sama dihidangkan hedonisme melampau sehingga wujud tidak cakna kepada persekitarannnya. Lalai dengan hiburan, masyarakat ditindas pun tidak kisah. Malu sungguh jika ada mahasiswa yang begitu.




Musa mengetahui apa yang dialami oleh kaumnya. Baginda selalu melihat perlakuan yang tidak adil yang dilakukan oleh Kerajaan Firaun dan semua pegawai kerajaan terhadap kaumnya. Di sebabkan itu, pengalaman-pengalaman pahit, yang dilihat, yang didengar, menambah pengetahuanya tentang mana yang adil dan mana yang zalim.

Kalau terasa ( terdetik ) dalam hatinya, bahawa kalau dia yang memegang ( kuasa kerajaan ), hukuman yang diberikan tentu tidak begitu tetapi dengan lebih adil. Musa juga melihat ketidakadilan tindakan Kerajaan Firaun dalam menjatuhkan hukuman kepada rakyat jelata.

Kalau yang bersalah itu kaum Qubthi ( kaum Kerajaan Firaun ), kesalahan itu akan ditutup. Tetapi kalau Bani Israel ( kaum Nabi Musa ) yang bersalah, maka hukumannya sangat kejam tidak sepadan dengan kesalahan atau perlanggaran ( kesilapan ) yang diperbuatnya.

Sama juga hari ini, di sebuah negara khabarnya ada pertembungan baju merah dan kuning. Kalu yang bersalah itu baju merah, tidak ada apa-apa tindakan, Bahkah masuk dalam balai dengan pakai merah lagi. Yang belum berdemostrasi sudah ditangkap, yang depan-depan mata berdemostrasi siap dijaga dan diiringi pula oleh polis. yang bercakap mahu bertempur tidak dikenakan apa-apa tindakan, yang membaca sajak di panggil memberi keterangan.

“Biarkan pengalaman diri mahupun sekeliling berbicara”.

Keadaan yang disaksikannya setiap hari memberi kematangan kepada musa, menambahkan lagi pengetahuan dan kecerdikan dalam proses pembelajaran di universiti kelas pertama dengan pengalaman sebagai guru yang terbaik untuk membuat pertimbangan waras. Maka Allah telah memberikanya tentang Ilmu Hikmah ( kebijaksanaan ) dan ilmu pengetahuan yang luas.

“Dan setelah Musa cukup umur dan sempurna akalnya, Kami berikan kepadanya hikmah (kenabian) dan pengetahuan. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. ( Al-Qosos, 14 )”

Dengan ilmulah Nabi Musa telah keluar dari kerajaan yang zalim dan dengan kebijaksanaan pula nabi musa membuat penilaian agar tidak tertipu dengan kerajaan firaun yang zalim ini. Diatur dan dirancang olehnya denga panduan allah untuk menegakkan keadilan, maka ia bangkit dengan pertembungan demostrasi kehebatan mukzijat dengan tukang sihir.

Akhirnya Musa berjaya dan mengherat mereka sekeliling menyembah Allah. Maka bermulalah kebangkitan rakyat tertindas bersama kepimpinan Nabi Musa untuk menubuhkan kerajaan adil di Palestin selepas merentasi belahan lautan, yang zalim tetap tidak mahu berfikir tentang kebangkitan dan ajakan Nabi musa.

Ditunjukkan bukti kenabian juga mereka yang zalim tidak mahu ikut kerana hati yang sudah lama kering. tanpa ilmu yang memimpin kebijaksanaan menilai, akhirnya ditenggelamkan Allah dalam lautan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets