Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

Nostalgia Ucapan Pembuka Pidato 2006

Sunday, December 2, 2012


Makalah Ringkasan "Apa Erti Saya Menganut Agama Islam"

Thursday, November 22, 2012


Assalamualaikum. Semoga memudahkan untuk kita meneliti isi-isi utama buka Syeikh Fathi Yakan. 

Terima Kasih.



MAHASISWA OKU SERU MAJLIS FATWA KEBANGSAAN BERSIDANG ISU PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA OKU

Friday, August 17, 2012



PENDAHULUAN

Isu OKU di dalam masyarakat negara ini dianggap sebagai isu yang minoriti dan dipandang sebelah mata sahaja oleh pihak tertentu kerana ketidakjelasan keperluan OKU yang akhirnya menjadikan tahap kesedaran masyarakat terhadap OKU dinegara ini masih rendah berbanding dengan negara-negara maju lain.

Baru-buri ini isu keengganan pusat zakat memberikan bantuan zakat kepada badan bukan kerajaan ( NGO ) yang mengendalikan kebajikan OKU telah mendapat pelbagai reaksi dari semua pihak yang terlibat.

Bermula dengan pendedahan eksklusif dari NGO-NGO di dada akhbar Sinar Harian yang bertarikh 10 Ogos 2012 lalu melalui ruagan diskusi Isnin akhbar berkenaan sikap pusat zakat yang dilihat sebagai institusi islam yang tidak proaktif untuk membantu NGO islam membela nasib OKU di negara ini.

Selain itu, kepincangan yang berlaku terhadap pengurusan zakat negara ini sehinggakan wujud kritikan-kritikan kepada institusi agama. Kritikan yang diberikan dilihat berasas apabila institusi agama memberi layanan kurang mesra terhadap golongan Orang Kelainan Upaya ( OKU ) di negara ini.

KRITIKAN TERHADAP PENGURUSAN INSTITUSI AGAMA

Menurut Mohamad Faizal Che Yusof, Ahli Jawatankuasa Hak-Kak Asasi Manusia Majlis Peguam majlis agama lebih banyak menunggu OKU datang meminta bantuan berbanding mereka sendiri yang keluar mencari OKU. Kritikan ini dilihat seolah-olah pihak pengurusan agama terlalu eksklusif dalam menjalankan tugas kefungsian asal majlis agama sebagai badan yang menyebarkan agama islam.

Lebih mengecewakan lagi apabila wujud di kalangan ahli agamawan sendiri mempunyai persepsi negatif terhadap OKU sehingga enggan memberikan peluang kepada mereka. Ini menjadikan OKU tidak mendapatkan tempat yang sesuai di kalangan agawan untuk berkhidmat.

Tambahan beliau, OKU islam lebih banyak tercicir berbanding dengan OKU bukan islam yang mendapat sokongan kuat institusi agama mereka. Ironinya institu agama di negara tidak proaktif untuk mengambil langkah mendekati golongan ini berbanding agama lain yang lebih turun mendekati golongan seperti ini.

Menurut beliau lagi, isu-isu berkaitan OKU ini tidak mendapat sambutan yang wajar dari ahli politik untuk dibawa keparlimen walhal isu-isu kebajikan OKU masih banyak tidak selesai sejak merdeka lagi.

OKU islam lebih banyak tercicir berbanding dengan OKU bukan islam yang mendapat sokongan kuat institusi agama mereka. ( Sinar harian, 13 ogos, isnin, m/s K6 ). Perkara ini dilihat turut selari dengan kenyataan Presiden Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor ( Orkids ), Izhar Hadafi jabatan agama Islam sukar member bantuan kepada NGO OKU berbanding agama lain. ( Sinar harian, 13 ogos, isnin, m/s K7 ).

Perkara ini juga turut dikritik oleh pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusiaan UIA. Dr Maslee Malik, dengan menempelak institusi agama di negara ini dengan mengatakan isu Orang Kurang Upaya ( OKU ) bagaikan tiada tempat di dalam agenda islam dan dakwah di Malaysia.

Kritikan ini diteruskan lagi dengan menyatakan asas utama berlakunya isu ini kerana institusi agama di negara ini tidak melihat diri mereka di dalam kerangka moden sebagai institusi bersifat “ Rahmatan lil ‘alami ” untuk menyebarkan nilai kebajikan, sebaliknya lebih menumpu soal hukum-hakam dan undang-undang. ( Sinar harian, 15 ogos, rabu, m/s 8 ).

Saya secara peribadi bersetuju dengan kenyataan Dr Maszlee Malik agar minda mereka yang mentadbir jabatan agama perlu diubah dan perlu melalui transformasi berteraskan ijtihad baru dan moden.

Kadang-kadang alasan “ketat” terhadap pandangan agama yang tidak diselarikan dengan fungsi asal institus agama perlu diterjemahkan dengan realiti masa dan ruh islam itu sendiri supaya tidak dilihat islam agama yang menzalimi penganutnya sedangkan Islam diturunkan sesuai dengan zaman dan sesuai kepada semua penganutnya tanpa ada sifat menindas.

PANDANGAN “RALAT” INDIVIDU

Menelusuri komentar pelbagai pihak, dapat lihat wujud ketidak faham yang jelas terhadap pengagihan zakat terhadap OKU. Sewajarnya pihak berautoriti perlu lebih cermat apabila melontarkan pendapat berhubung dengan pelbagai perkara terutamanya berkaitan dengan hukum hakam.

Perkara utama perlu difahami ialah kedudukan OKU secara umum di dalam masyarakat. Menurut kajian yang dilakukan oleh Hasnah Toran terhadap pelajar kurang upaya berhubung dengan cabaran dan halangan, dapatan menunjukkan bahawa OKU memerlukan saran hidup yang tinggi berbanding dengan pelajar tipikal lain. ( Hasnah Toran. 2009. Sokongan Dan Halangan Yang Dihadapi Oleh Pelajar Kurang Upaya Di Sebuah Institut Pengajian Tinggi Di Malaysia. m/s 18-29 )

Selain itu, saya sendiri turut menjalankan temu bual secara langsung terhadap pelajar kurang upaya di sebuah universiti. zakat mendapati bahawa sampel menyebut mereka memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan sokongan pembelajaran berbanding pelajar tipikal lain dalam pembelajaran. Ini tidak termasuk dalam soal kos saran hidup yang tinggi dalam mengendalikan terapi-terapi tertentu lagi. ( Mohd Abdullah. 2012. Sokongan Pembelajaran Kepada Pelajar Kurang Upaya Di Universiti Kebangsaan Malaysia. m/s 49 )

Jelas bahawa, OKU ini terdiri dari majoriti yang mempunyai keperluan yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan tipikal lain.

Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dalam responnya terhadap isi ini menyifatkan isu ini sebagai remeh yang boleh sahaja terus dipertimbangkan oleh majlis agama negeri dan mufti-mufti negeri.

Selain itu, beliau turut menyatakan tidak perlu menunggu sehingga ada fatwa kerana ini adalah perkara kecil. Lapan asnaf dalam zakat telah ditentukan oleh Al-Quran dan hadis namun apa yang boleh dilakukan ialah, mentafsirkan atau membuat perluasan ke atas asnaf berdasarkan keadaan serta perubahan semasa. ( Sinar harian, 17 ogos, jumaat, m/s 18 ).

Pada saya, pendapat peribadi beliau dilihat wujud ralat dan tidak begitu serius memandang keinginan NGO-NGO yang membela golongan OKU, bahkan tidak menghayati kesusahan yang dialami oleh NGO yang membela golongan OKU dan OKU sendiri dalam memahami belenggu yang dilalui OKU.

Sewajarnya majlis fatwa kebangsaan perlu memandang perkara ini secara lebih serius dalam usaha bersungguh institusi agama membela kebajikan golongan kurang upaya ini termasuk membincangkan kedudukan OKU dalam asnaf yang lebih tepat. Ini bagi mengelak berlaku ketidak selarian pendapat antara majlis agama di antara negeri-negeri di negara ini dalam pengagihan zakat kepada OKU.

Pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusiaan UIAM, Dr Maszlee Malik turut menyebut masalah OKU dan institusi agama Islam diburukkan lagi dengan kerenah birokrasi yang merencatkan dakwah Islam serta tidak berani membuat sesuatu fatwa ataupun keputusan dari badan penasihat syariah. ( Sinar harian, 15 ogos, rabu, m/s 8 )

Perkara ini dilihat ada benarnya jika dirujuk kepada respon mufti negeri Selangor yang meminta persatuan atau badan yang menguruskan OKU muslim di Selangor supaya mengemukan hasrat melalui surat rasmi kepada pengurus Lembaga Zakat Selangor. ( Sinar harian, 14 ogos, selasa, m/s 5 ).

Pun begitu, saya memuji tindakan ikhlas beliau membuka ruang berbincang berhubung perkara ini. Sekalipun begitu, saya lebih berminat terhadap gesaan Mursyid supaya jawatankuasa fatwa di peringkat kebangsaan perlu segera bersidang menentukan kedudukan asnaf tanpa perlu menunggu permohonan dari persatuan atau badan-badan bukan kerajaan yang mengendalikan OKU ini. ( Sinar harian, 16 ogos, khamis, m/s 6 )

RELEVEN PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA OKU

Kenyataan Pengerusi Persatuan Autism Muslim Malaysia, Zamri Tembol terhadap anak-anak istimewa yang memerlukan penjagaan sepanjang hayat perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak yang berwajib dalam menentu kedudukan OKU dalam asnaf zakat yang bersesuaian.

Selain itu, beliau turut menyatakan keperluan kanak-kanak istimewa yang perlu menjalani latihan terapi sekerap mungkin tetapi mempunyai kekurangan pakar dihospital kerajaan menyukarkan perkara itu. Kosnya mencecah ratusan ribu setiap sesi dan ini membebankan ibu bapa. ( Sinar harian, 13 ogos, isnin, m/s K8 )

Dalam menjawab kedudukan OKU dalam asnaf pengagihan zakat, Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusian UIAM, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, pengagihan zakat boleh diberikan kepada ( individu ) OKU yang miskin dan fakir sahaja. Bagi jangka masa panjang kerajaan perlu mengadakan insurans.

Jika mahu pihak zakat menyalurkan bantuan terus kepada badan yang menguruskan golongan istimewa ini menerusi mana-mana lapan dari asnaf sedia ada, tidak relenens kerana bukan semua ahli mereka terdiri daripada fakir atau miskin malah bukan juga golongan yang berjuangkan ke jalan Allah. ( Sinar harian, 13 ogos, isnin, m/s K8 ).

Kenyataan ini saya fikir lebih kepada tidak memahami kedudukan OKU secara umum dan dilihat mengambil langkah “menyukarkan” berbanding mencari jalan memudahkan pemberian kepada OKU dengan mempertimbangkan kewajaran yang secara realiti berlaku terhadap OKU seperti yang dikemukakan oleh Saudara Zamri Tembol.

Seharusnya, pertimbangan terhadap tafsiran asnaf fisabilillah, fakir, miskin dan Ar-Riqab untuk memberi nilai kebajikan terhadap OKU. Pandangan beliau yang lebih tertumpu kepada individu berbanding OKU secara lebih besar adalah lebih releven.

Hal demikian juga turut selari dengan pandangan Timbalan Presiden Darul Fitrah Dan Pendakwah Di K-Fiqh , Abdul Naser Abdul Rahman bahawa OKU layak dimasukkan di dalam asnaf fisabilillah dilihat sebagai releven. oku golongan yang perlu di bantu. Jika mereka memberi bantuan secara perseorangan atas sebab miskin atau fakir untuk jangka masa panjang ia tidak membantu. ( Sinar harian, 13 ogos, isnin, m/s K10 )

Ditegaskan oleh, Pengerusi Multaqa Asatiah & Du’at ( Murshid ), Dr Zaharuddin Abdul Rahman, sekiranya ada pihak mempersoalkan pemberian zakat berhubung isu kaya atau miskin seseorang OKU yang bernaung di dalam pertubuhan. Itu bukan masalah rumit,

“kalau seseorang OKU itu kaya sekalipun , zakat tetap boleh diberikan atas alasan fisabilillah . Telah menjadi perkara yang dipersetujui ulama silam dan kontemporari, bajet fisabilillah boleh diagihkan kepada orang yang kaya sedang menyebar dan mempertahankan Islam”.

Pendapat Dr Zaharuddin iaitu memasukkan OKU ke dalam asnaf Ar-Riqab ( hamba ) juga adalah releven. Penjelasan asal konsep ini adalah memerdekakan orang-orang islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal seperti terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu. OKU dilihat sebagai golongan yang telah terbelenggu dengan keadaan diri mereka.bukan pilihan mereka dalam banyak keadaan.

Saya tertarik dengan hujah beliau dengan mengemukan dalil hadis Nabi SAW yang bermaksud, “tidak halal sedekah atau zakat kepada orang kaya atau orang yang tidak cacat”. Secara mudah untuk difahami bahawa zakat adalah khas kepada orang miskin serta cacat dan rasionalnya,golongan OKU mengalami kesusahan hidup berganda berbanding dengan tipikal. ( Sinar harian, 13 ogos, isnin, m/s K9 )

Nada yang hampir sama juga turut diberikan oleh Mufti perlis, Dr Juanda Jaya yang turut mengesyorkan agar golongan OKU perlu dibantu daripada awal, kerana kesukaran untuk berdikari pada masa depan. Beliau berpandangan selain asnaf fisabilillah, asnaf riqab juga boleh dipertimbangkan untuk golongan OKU ini.

Manakala Mufti Kedah, Datuk Seikh Muhamad Baderudin Ahmad, turut menyokong pemberian zakat kepada OKU muslim yang berjuang di jalan Allah seperti mengajar kelas al-quran atau kelas agama boleh disenaraikan di bawah asnaf fisabilillah.( Sinar harian, 14 ogos, selasa, m/s 4 )

Secara panjang lebar telah saya kemukan hujah-hujah ahli-ahli berautoriti dan ahli akademik berkaitan dengan kerelevan pengagihan zakat kepada OKU. Tuntasnya, jelas lagi bersuluh dalam hal ini, bukan soal meletakkan OKU dalam kumpulan asnaf yang mana satu yang perlu dibincangkan secara panjang lebar tetapi secara prinsipnya golongan OKU layak diberikan zakat secara dalil mahupun pentafsiran terhadap asnaf yang sedia ada dan perkara ini perlu dipermudahkan oleh pihak pengurusan zakat.

SERUAN MAHASISWA OKU

Secara ringkasnya perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak ;
1) Secara rasionalnya isu layak atau tidak OKU tergolong dalam asnaf ini perlu dibincangkan secara serius oleh majlis fatwa kebangsaan dan bukannya kenyataan yang bersifat individu di media-media.
2) Institusi agama perlu ditransformasikan gerak kerja pengurusan supaya tidak dilihat terlalu eksklusif yang mahukan orang-orang yang susah mencari mereka berbanding institusi agama sendiri mengambil inisiatif proaktif dengan mengambil langkah mendekati golongan yang memerlukan bantuan.
3) Ahli politk sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang perlu lebih bersungguh dalam membela golongan kurang upaya ( OKU ) di negara ini dan tidak bersifat keuntungan politik baru mahu membela OKU.
4) Masyarakat perlu memahami keperluan, kebajikan dan hak-hak OKU seperti yang terkandung di dalam Akta OKU 2008, khususnya perkara
Semoga ada sinar yang baik berhubung dengan perkara ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan tiba nanti. Selamat Hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.

MOHD ABDULLAH BIN MOHAMED YUSOFF
Mantan Pengerusi Kelab Mahasiswa Istimewa UKM

Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar ( Persatuan Mahasiswa UKM )
Pengerusi Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan Mahasiswa Kurang Upaya.

Penting! Web Rujukan Mendapatkan Biasiswa Melanjutkan Pelajaran ke Universiti.

Monday, July 30, 2012

Assalamualaikum.

Semoga memberi manfaat kepada semua yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti seluruh Malaysia. Laman web yang boleh di rujuk untuk permohonan biasiswa atau pinjaman bagi melanjutkan pelajaran ke universiti.

1. JPA (http://esilav2.jpa.gov.my/)
2. Biasiswa Tunku Abdul Rahman (www.yayasantar.org.my)
3. Albukhari scholarship award
4. Shell (http://www.shell.com.my/)
5. UEM (http://www.uem.com.my/social/scholarship.html)
6. Sime Darby (http://www.simedarby.com/ )
7. TM (http://ytm.tm.com.my/)
8. TNB (http://yayasan.tnb.com.my/sam/)
9. SCM (http://www.sc.com.my/)
10. PNB (http://www.pnb.com.my/ )
11. Gamuda Berhad (www.gamuda.com.my)
12. 8 TV scholarship fund
13. Putra Foundation Fund 2012
14. Yayasan Pelajaran Mara (http://jadypm.edu.my/)
15. Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)
16. JAKIM (http://www.islam.gov.my/ )
17. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (www.sabah.gov.my/jpan)
18. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (www.psc.sarawak.gov.my)
19. Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor ?www.selangor.gov.my
20. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (www.biasiswa.sabah.gov.my)
21. Pusat Zakat Sabah?www.zakat.sabah.gov.my
22. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan (www.maiamp.gov.my)
23. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak( www.perak.gov.my)
24. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (tapem.melaka.gov.my)
25. Lembaga Zakat Selangor (www.e-zakat.com.my)
26. Bank Rakyat Malaysia Berhad (www.yayasanbankrakyat.com.my)
27. Yayasan Negeri Sembilan (www.yns.gov.my)
28. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia (www.mosti.gov.my)
29. Yayasan Pahang (www.yp.org.my)
30. Yayasan Sabah (www.ysnet.org.my)
31. Yayasan Selangor (www.yayasanselangor.org.my)
32. Yayasan Terengganu (www.ytrg.terengganu.gov.my)
33. Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN ) (www.yakin.kelantan.gov.my)
34. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ ) (www.johordt.gov.my/ypj)
35. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
(yayasansarawak.org.my)

Sekian terima kasih

Elaun Praktikal Guru : surat pemakluman KPM kepada JPN...

Saturday, May 12, 2012

Assalamualaikum...terlalu ramai yang menghubungi saya berkaitan dengan status elaun guru praktikal kerana terlalu banyak alasan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan termasuk dengan memberi alasan tidak mendapat arahan dari KPM. Bersama ini saya sertakan surat menunjukkan KPM, melalui ruj.kami KP ( PP )0053/12(61) telah menghantar pemakluman kepada semua ketua Jabatan/Bahagian Pelajaran Malaysia dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri. Bagi Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, pada 10 oktober 2011 surat telah diterima. Rujukan anda semua...




Surat memohon pihak pengurusan sekolah menguruskan elaun praktikal...
Surat pemakluman KPM kepada JPN

Anda fikirla sendiri....selamat berusaha..

Warkah kasih saya kepada Aspirasi Kampus UKM

Monday, May 7, 2012

1) Saya rafa'kan rasa syukur saya kepada Allah kerana membenarkan saya untuk terus bersama nikmat islam dan iman. KeranaNya juga saya menulis warkah ini kepada "admin" Aspirasi Kampus UKM atas dasar kasih seorang saudara islam kepada saudaranya ( saya tidak kenal tetapi mungkin admin aspirasi kampus ni islam juga ). 

2) Saya mempunyai pilihan mendiamkan diri atau menegur secara terbuka, akan tetapi saya memilih secara terbuka kerana berpegang kepada prinsip sadduzara'i ( menutup pintu kejahatan ) dalam pengkaedahan fiqh, maka bagi mengelak admin aspirasi kampus terus melakukan kejahatan terbuka kepada orang lain, saya patut hentikan perkara ini. Admin aspirasi kampus telah membuat fitnah yang besar kepada saya secara terbuka dan menjadi keperluan saya untuk mempertahankan maruah saya dalam keadaan ini. Benar beliau telah memadamkan status tersebut tetapi ia berlarutan dan mempengaruhi teman-teman yang tidak tahu keadaan sebenar apa yang berlaku. Maka saya menulis bagi memberi amaran yang keras bahawa fitnah itu suatu unsur yang sangat keji dalam konteks masyarakat yang mendokong intelektual apatah lagi ia bertentangan dengan Islam. Tuduhan fitnah


3) Apakah motif sebenar Admin FB aspirasi kampus UKM membuat fitnah secara jelas atas nama saya berhubung dengan pembatalan forum PTPTN dan AUKU? Nyata skali ia hanya satu agenda untuk mengaibkan diri saya secara langsung dalam politik kampus. Forum tersebut sepatutnya berlangsung pada 28 April 2012 antara saya dengan adik saya, Saudara Mohd Fadzil Razali dari Sekretariat Aspirasi yang di anjurankan oleh Kolej Ungku Omar tetapi terpaksa dibatalkan atas alasan pihak JPPel tidak membenarkan kerana ia adalah perkara sensitif. Saya hanya menerima mesej dari urusetia tentang pembatalan tersebut dan ia seperti dilampirkan. Mesej yang diterima dari pihak urusetia

4) Surah Al-Qalam ayat 10 – 11 "Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan."
dalam ayat yang lain, firman Allah berbunyi Al-Baqarah (2) : 193
 وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلّهِ فَإِنِ انتَهَواْ فَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِينَ 2.193.
Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.
Yunus (10) : 85 فَقَالُواْ عَلَى اللّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ 10.85.





Lalu mereka berkata: “Kepada Allahlah kami bertawakkal! Ya Tuhan kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang’zalim, Kenyataan berbaur hasutan dan fitnah.

5) Saya teringat kisah Khabar al-ifqi ( hadith al ifqi ) pernah berlaku kepada Saidatina A'isyah dengan Sahabat Nabi, Safwan bin Muaatal yang boleh dijadikan pengajaran. Mereka dituduh ada skandal sehinggalah Allah menurunkan ayat Al-Quran "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)." Suruh An-Nur ayat 11. Dalam Suruh An Nuur, Ayat 19, "Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian." kisah fitnah terhadap Saidatina A'syah ini dilakukan oleh pengadu dombanya ialah Ketua Munafiq, Abdullah bin Ubaiy.

6) Saya tidak hairan dengan fitnah yang dilakukan oleh pihak aspirasi kampus, bahkan sebelum ini admin juga menggelarkan saya dengan panggilan "si kudung". Ini menampakkan seolah-olah admin mempunyai masalah peribadi dengan saya. Adakah dengan tindakan begitu maka anda mengira bahawa saya akan menjadi lemah dan terus menikus?jika tanggapan anda begitu, sungguh ia langsung meleset dan ia tidak memberi tekanan kepada saya tetapi memberi motivasi yang besar kepada saya untuk terus melawan ketidak adilan. Inilah realiti politik, jika tidak mampu berhujah,pasti serangan peribadi akan dilakukan. Saya berlapang dada dengan tindakan tersebut bahkan saya fikir ia saham untuk saya. ( http://perantaujauh.blogspot.com/2011/10/jangan-sesekali-menghina-ciptaan-allah.html )

7) Program forum tersebut terpaksa diganti dengan koraoke. Saya lihat bahawa pihak JPPel tidak wajar membatalkan sesuatu perkara secara tergesa-gesa dalam tempoh kurang beberapa jam sebelum program berlangsung kerana ia menjejaskan perancangan pihak penganjur yang telah membuat persiapan awal dan bertungkus lumus bagi menjayakan program tersebut. Adakah forum tajuk PTPTN dan AUKU itu mengancam keselamatan kampus berbanding program karaoke yang memberi keselesaan kepada pembangunan intelektual mahasiswa? Jika kita sentiasa dibebelkan oleh pihak pentadbiran tentang etika dan profesionalisma, maka saya juga berharap agar pihak JPPel turut bersikap demikian. bak kata pepatah, "bapak kencing berdiri, anak kencing berlari-lari"

Apakah tulisan saya demi mempertahankan maruah dan membela diri ini juga akan dianggap sebagai memusuhi sesama melayu? Apakah berdiam dan membiarkan orang melayu membuat fitnah secara berleluasa itu lebih baik dari menegur orang yang melaungkan slogan mempertahankan melayu?

8) Akhir sekali, saya sangat bercita-cita untuk bersemuka dengan Aspirasi UKM untuk berdebat mahupun berforum atau apa jua sekali pun, denga tajuk apa sekalipun sama ada secara terbuka mahupun secara tertutup atas semangat mendokong kewibawaan intelektual. Al-Mumtahana (60) : 5 رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 60.5. “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. 

Like· · Unfollow postFollow post · Share · Delete * * Nur Aqilah Baharin, Nor Albanna Norafzan Noraslam, Siti Raihan and 108 others like this. * 50 shares

Sejarah terlakar PMUKM-IPU-MAMPU

Friday, April 20, 2012





Malam pengisytiharan PRK, 2011

Sejarah Terlakar, PMUKM 2011-2012

Sejarah terlakar bersama laungan
tujuh tahun kita menanti
malam ini
kita menawan PMUKM.

Menitis air mata
laungan sepenuh jiwa
menahan sebak dan gembira
hanya mampu bersyukur padaNya.

Mengimbau sebuah nostalgia
kukongsi bersama
lembaran kisah cerita
bagi mencari sinar dan redha.

Keluarga PMUKM
Bertemu pada jalan dakwah,
dalam erat kasih ukhwah
bersama diikat kasih ilahi
kegembiraan kini kutemui.



Gelak tawa mengukir riang
gelisah menjadi tenang
suram pasti hilang
kuatnya semangat bersama dijulang.


Paduan antara ilmu dan amal
tetap dipertahan
walau kalah atau menang
lawan tetap lawan.

Biarlah kami sahaja mengerti,
dinukil buat puisi
sebagai motivasi
demi sebuah visi.

Maralah demi perjuagan
walau berdepan rintangan
padanya ada keberkatan
bagi hambanya yang mengejar tuhan.

Mohammad
Timbalan Presiden PMUKM
20/4/12, Jumaat
Kajang.

PMUKM di beri kepercayaan baru

Lawatan Mesra GMPK ke KPM Membincangkan Isu Mahasiswa Pendidikan

Saturday, April 14, 2012



1) Zahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap segala nikmat kasih sayang yang Allah berikan kepada hambanya dari saat dilahirkan sehingga di anugerahkan akal untuk berfikir tentang kebesaran Allah di atas setiap perkara yang berlaku.

2) Perlu di tegaskan bahawa
GMPK ditubuhkan secara perbincangan bersama dalam pra konvesyen pendidikan kebangsaan dan hasil perbincaAngan tersebut telah membuat resolusi bersama dengan mewujudkan badan yang mewakili suara kebajikan mahasiswa pendidikan k
ebangsaan yang di namakan Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan ( GMPK ), dan perasmian penutup konvesyen tersebut telah di rasmikan oleh Datuk Dr Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

3) Maka bertepatan dengan perbincangan asal penubuhan GMPK selaku badan suara kebajikan mahasiswa pendidikan kebangsaan untuk membuat Lawatan Mesra di antara pihak kementerian dengan
GMPK.

4) Tiga perkara yang akan dibawa dalam perbincangan dialog ringkas dalam Lawatan Mesra GMPK ialah :
I. KESAMARAN PENEMPATAN GURU ; bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP ) sesi 2011 yang sehingga hari ini masih tiada penempatan tetap ( genap setahun ) sebagai guru. Benar sebelum ini beberapa graduan telah dipanggil temu duga oleh SPP tetapi ia masih belum ditempatkan walaupun ura-ura mengatakan keberangkalian penempatan akan berlaku dalam bulan April ini. Sungguhpun begitu, panggila
n temu duga juga masih tidak merangkumi keseluruhan graduan ISMP dan ini menimbulkan KERAGUAN JELAS bagi STATUS BAKAL GRADUAN ISMP 2012 yang akan bergraduasi pada sekitar bulan September hingga bulan Disember tahun ini.

II. ELAUN GURU PRAKTIKAL ; seperti yang dihebahkan sebelum ini, pekeliling JPA bertarikh 24 Ogos 2011 jelas menyatakan kerajaan bersetuju ( melalui mesyuarat panel 3P ) bahawa mana-mana yang berpraktikal di agensi kerajaan adalah layak menerima elaun melalui kewangan perbendaharaan negara. GMPK bangkitkan perkara ini kerana guru praktikal yang memohon untuk mendapatkan elaun dan menerim
a respon dari kebanyak pengetua sekolah memaklumkan mereka tidak menerima sebarang surat rasmi dari pihak kemeneterian mahupun pekeliling dari Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN ) atau Pejabat Pelajaran Paerah ( PPD ) bagi meneruskan pemberian elaun ini. Sedangkan ia bersalahan dengan makluman lisan yang diberikan wakil Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya ketika kita merujuk perkara ini ( Izzuddin bin Pisol, Gabenor UKM ). Justeru itu, GMPK akan memaklumkan secara lebih jelas dalam pertemuan bersama dengan pihak kementerian. Sekalipun pihak KPM menyerahkan “kuasa” kepada PPD untuk meluluskan sama ada menerima atau menolak tuntutan elaun
dari guru praktikal, kita berharap supaya KPM mengeluarkan surat rasmi memakluman perkara tersebut kepada JPN atau PPD supaya tidak berlaku maklumat diluar dokumentasi seterusnya menimbulkan kekeliruan yang lebih besar. Sungguh pun begitu, saya tidak menafikan bahawa ada pihak sekolah yang menguruskan tuntutan elaun praktikal secara baik dan GMPK mengucapkan terima kasih terhadap layanan tersebut.

III. PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN; jika dibandingkan sebelum ini, lebih banyak bidang kursus yang diberi peluang untuk memohon penajaan biasiswa berbanding sekarang yang menawarkan kursus Pendidikan Bahasa Arab, Pendidikan Bahasa Cina, Pendidikan Bahasa Tamil, Pendidikan Sejarah, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Seni, Pendidikan Teknologi Maklumat, Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga, Pendidikan Sains Pertanian, Pendidikan Perdagangan & Keusahaw
anan, Pendidikan Khas, Pendidikan Bengkel Dan Mesin (Pendidikan) Kimpalan (Pendidikan) Automotif (Pendidikan) Penyejukan Dan Penyamanan Udara (Pendidikan) ( http://apps.moe.gov.my/ijazah1/syarat.cfm ). Sehubungan dengan itu, GMPK merasakan bahawa perlu untuk KPM kembali mempertimbangkan untuk memberi peluang kepada kursus Pendidikan Islam, Pendidikan Sains ( Pendidikan Fizik, Pendidikan Biologi, Pendidikan Kimia, Pendidikan Matematik ) dan Kaunseling untuk layak memohon penajaan Biasiswa Perguruan Persekutuan.

5) Sehubungan dengan itu, Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK ) telah menghantar surat rasmi kepada Datuk Dr Wee Kasion
g selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bagi Lawatan Mesra GMPK tersebut. Dalam lawatan tersebut GMPK memohon ruang dialog secara langsung antara GMPK dan pihak Kementerian Pelajaran pada 17 April 2012, hari Selasa nanti. Sehubungan dengan itu, GMPK telah melampirkan soalan yang ingin dibincangkan dalam dialog tersebut sebagai persediaan awal pihak KPM memberi jawapan secara bertulis terhadap perkara yang dibangkitkan.

6) GMPK telah berhubung secara terus dengan pegawai peribadi Datuk Dr Wee Kasiong, En Wong berhubung pertemuan ini. GMPK sasngat berharap supaya pertemuan ini mampu memberi kebaikan kepada semua mahasiswa pendidikan.

7) GMPK bersedia untuk bersemu
ka dengan pihak kerajaan mahupun pembangkang bagi menunjukkan kesungguhan supaya perkara ini diselesaikan dalam kadar yang segera setelah lama dibangkitkan.

8) Sebagai satu badan mahasiswa pendidikan, GMPK sangat menyanjung etika professional keguruan sebagai usaha memertabatkan kembali “Guru Berkualiti Asas Pendidikan Unggul”.

9) GMPK mengharapkan doakan dari seluruh mahasiswa pendidikan semoga ia membuahkan hasil yang baik.


Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff
Pengerusi
Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan

Surat Edaran 2011 JPA : Elaun Bagi Pelajar Institut Pengajian Tinggi Yang Mengikuti Latihan Amali di Agensi Kerajaan.

Sunday, March 18, 2012

Assalamualaikum. Saya siarkan surat edaran JPA 2011 penuh yang lebih terang di sini.

Di download dari lawan sesawang JPA : www.jpa.gov.my
Jumaat, 7 jan 2011 10;20-Terakhir kemaskini pada Rabu, 1 Feb 2012 jam 10:27.
















Semua ini adalah dari JPA.
Align Center

Kewajaran KPT mempertimbangkan penutupan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPTA

Sunday, February 19, 2012

Pelajar lepasan spm, matrikulasi dan diploma mempunyai masa sehingga April untuk mengemas kini pemilihan permohonan ke IPTA yang dipohon. Memandangkan masih ada masa lagi untuk membuat perubahan, Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK ) menyarankan agar pemohon tidak memilih program pendidikan di semua IPTA termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) sekiranya benar-benar berminat dalam bidang pendidikan. Ini kerana, pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP ) lepasan IPTA tidak lagi di beri laluan "utama" dalam dunia pendidikan di negara ini.

Namun, sekiranya benar-benar berminat, GMPK menasihat supaya memilih Institut Perguruan Malaysia ( IPG ) sebagi pilihan anda, ini kerana pelajar lepasan IPG lebih di utamakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) seperti yang telah dinyatakan oleh wakil KPM ketika Konvesyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2 - 4 Disember 2011 yang lalu.

Sekiranya berminat untuk menabur bakti dalam dunia pendidikan, disarankan supaya memilih IPG atau ijazah sarjanamuda dalam bidang selain pendidikan di IPTA, kemudian anda hanya perlu memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI ) selepas tamat pengajian kelak. Selepas anda lulus KPLI,anda telah layak untuk mengajar dan anda lebih di beri perhatian untuk penempatan berbanding dengan ISMP bahkan sepanjang mengikuti KPLI anda akan diberi elaun tetap setiap bulan berbanding ISMP yang meminjam PTPTN.


Selaku Pengerusi GMPK, saya menyarankan pihak Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ) mengkaji kembali kerelevanan program ijazah sarjana muda pendidikan di IPTA, ataupun tutup sahaja fakulti atau program pendidikan dengan mengganti program lain. Tambahan lagi, bagi mengelak isu pertikaian unjuran penempatan guru, dicadangkan agar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ini di IPTA tidak ditawarkan kepada lepasan matrikulasi ataupun diploma bagi kemasukan 2012/2013 untuk mengelak pelajar-pelajar berkenaan menjadi mangsa keadaan akan datang seterusmya mengelak berlakunya kezalaman terhadap pemengang ISMP. Maka secara logiknya, universiti,fakulti mahupun program pendidikan di Universiti sudah tidak releven dengan kewujudanya sekiranya inilah realitinya.

Guru In Three Month ( Guru Intrim )

Saya tidak pasti sejauh mana graduan ISMP akan terus diperbodohkan oleh KPM dalam isu penempatan yang sehingga kini masih samar-samar lagi. Janji KPM,bahawa borang penempatan pada penghujung bulan 9, namun dalam perbahasan di parlimen, KPM memaklumkan akan mengumumkan tarikh penempatan pada penghujung bulan 12. Sekarang telah pertengahan bulan februari, masih ada lagi yang belum ditempatkan sebagai guru di sekolah.

Namun, skim “silap mata” yang diperkenalkan, dari jenama "guru ganti" kepada "guru intrim"hanyalah sekadar mahu menutup mulut graduan ISMP terhadap kegagalan KPM memberi respon terhadap penempatan guru. Sehingga saat ini, hanya sebilangan kecil guru sahaja ditempatkan di sekolah-sekolah selain guru intrim. perlu difikirkan secara logik, guru intrim ditempatkan disekolah yang kekurangan guru, dan guru yang ditempatkan adalah tidak mengikut opsyen yang diikuti.

Sebagai contoh, guru tesl kena mengajar pendidikan islam, nah apa akan jadi kepada anak bangsa kita?saya tidak perkecilkan guru tesl, cuma melontarkan kepada pihak berkenaan supaya menyegerakan proses penempatan guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah, guru intrim mengikat kontrak selama tiga bulan. Sekiranya tawaran penempatan berlaku dalam tempoh tiga bulan tersebut, ini bermakna guru tersebut akan meninggalkan kontrak guru intrim tersebut dan memilih penempatan guru. Apa akan jadi kepada pengurusan sekolah yang kekosongan jawatan akibat ditinggalkan guru intrim secara mengejut ataupun lebih parah, kesanya kepada murid-murid yang tiada guru mengajar. Sudah pasti dalam tempoh yang singkat sukar dicari guru ganti lain.

Penutup

Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK ) berpendirian supaya KPM dan KPT menyegerakan perbincangan dalam masalah yang berlaku terhadap mahasiswa pendidikan yang telah berlaku dan bakal berlaku. Walau apa sekalipun alasan yang diberikan, pekara ini telah berlaku hampir setahun, dan berapa lamakah lagi mahasiswa pendidikan akan menunggu untuk dipermainankan dengan ekstensi masa yang dilontarkan oleh pihak KPM.

Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff

Pengerusi Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK )

Menarik: Doa Dhuha

Friday, January 27, 2012



Waktu Dhuha yang penuh dengan keberkatan. Selamat beramal...

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets