Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

FORUM: AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR-Peranan Mahasiswa Islam

Monday, March 21, 2011


Segala puji dan pujian ditujukan kepada Allah.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.aw. Alhamdulillah, baru-baru ini, telah berlangsungnya program Jejak Siswa Intelek 2011(JAKSI’11) anjuran ISIUKM dengan jayanya. Pelbagai pengisian yang dikongsi di dalam program ini seperti slot motivasi, latihan kepimpinan, forum dan sebagainya. Saya berkesempatan melibatkan diri sebagai salah seorang ahli panel forum yang bertajuk “Amar Makruf Nahi Munkar- Peranan Mahasiswa Islam” pada 19 Mac 2011(sabtu). Seorang lagi panel iaitu Ustaz Mohd Meeftah bin Anuar dan saudara Muhammad Azan bin Safar sebagai moderator. Pelbagai pandangan dan pengalaman yang menarik dikongsikan bersama ketika mengendalikan forum ini.

كنتم خير امة اخرجت للناس تامرون بالمعروف وتنهون عن المنكر

Maksudnya : Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan antara manusia kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran

Apabila dihayati ayat di atas, Sedar atau tidak, setiap umat islam merupakan pemimpin yang bertanggungjawab dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.

Jika dibincangkan mengenai tanggungjawab mahasiswa Islam dalam merealisasikan Amar Makruf Nahi Munkar ini, sememangnya ia menjadi satu kewajipan bagi mereka. “Mahasiswa adalah pemimpin”. Itulah konsep yang sering menjadi pegangan. Namun, sejauh manakah mahasiswa mengambil peranan dalam Amar Makruf Nahi Munkar?

sedarkah semua mahasiswa Islam bahawa mereka adalah pemimpin yang mempunyai kuasa dalam menangani isu sosial di dalam kampus tanpa mengira fakulti, jawatan atau universiti?

“Sungguh eksklusif islam jika dakwahnya hanya berada di dewan-dewan kuliah sahaja, sungguh eksklusif islam jika dakwahnya hanya berada di fakulti pengajian islam sahaja”. Sahabat, apa yang berlaku jika pandangan kita pada dakwah islamiyyah hanya tertumpu pada tempat-tempat atau golongan tertentu sahaja?

Menurut Imam Al ghazali, dakwah itu pada asalnya adalah fardhu kifayah sekiranya ada daulah islamiyyah(pemerintahan Islam) dan ianya akan menjadi fardhu ain mengikut kemampuan setelah jatuhnya khalifah Islamiyyah.

Walaupun ulama’ ada membincangkan status kewajipan berdakwah. Namun, kita sebagai manusia yang sentiasa sedar akan hakikat keadaan umat ini seharusnya keinginan untuk berdakwah itu tidak hadir atas sebab kewajipan dari agama semata-semata tetapi ia datang dari hati yang suci akan dakwah itu satu keperluan (INSIDE-OUTSIDE).

Jadi sebagai mahasiswa yang ada kesedaran, nak atau tak nak, kitalah yang perlu memahami dan membuat persediaan dalam berdakwah di kampus. Memahami al-Quran dan hadis adalah kewajipan, memahami hukum fiqh adalah kewajipan dan memahami sirah para anbiya’ adalah kewajipan. Persediaan yang mantap dalam ilmu agama dapat menjadi “kabel” yang kuat dalam menyampaikan amar makruf nahi munkar.

Abdul Kareem Zaidan di dalam kitabnya Usul dakwah menjelaskan kepada kita tentang perkara bagaimana untuk memaksimumkan dakwah iaitu:

· Qudwah qabla dakwah

· Attadarruju fittakallif

· Attaisir la ta’sir.

Sebagai tambahan untuk meneguhkan pendapat itu, keperluan :

1. Mesti Ada TARBIYYAH (didikan untuk menyusun menyusun sistem dakwah dengan sempurna)

Seseorang individu muslim memerlukan kepada tarbiyyah dalam melaksanakan aktiviti dakwah. Melalui tarbiyyah, maka kita akan terdidik untuk menyusun sistem dakwah dengan sempurna. Dengan ini, pergerakan dakwah akan menjadi lebih tersusun dan sistematik serta dapat dimaksimakan.

Hasil daripada tarbiyyah, secara automatiknya seorang daie itu merasakan dirinya perlu tampil sebagai Qudwah(contoh teladan). Daie seharusnya tidak menjadi golongan yang menuduh tetapi mereka perlu tampil dengan alternatif.

2. Dakwah perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat

Kita perlu memberi ruang kepada Mad’u untuk memahami Islam. Kesempurnaan Islam perlu disusun secara perlahan-lahan. Asas kepada tertegaknya Islam dalam diri seseorang itu adalah kefahaman dan kefahaman itu haruslah diberikan secara berperingkat. Dalam berdakwah kita perlu memudahkan dan jangan menyukarkan

3. Jadilah dakwah fardiyyah

Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah.

Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.

Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair berkata: "Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran." Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?"

4. Daie perlu menjaga adab

Sikap para nabi yang lemah-lembut dalam berdakwah kepada mad’u juga patut diberikan perhatian. Para nabi merupakan contoh teladan terbaik untuk diikuti dalam menjaga adab ketika menyampaikan ajaran-Nya kepada umat manusia.

Wallahu a’lam.

UCAPAN DASAR PRESIDEN PMUKM SESI 2010/2011

Saturday, March 19, 2011





PERSATUAN MAHASISWA UKM (PMUKM)

Penjelasan Tentang Isu Yuran Perkhidmatan Bas dan Yuran Pengajian Berpakej

Thursday, March 17, 2011

16 MAC 2011-Bangi. Tanggal 14 Mac 2011, pada pukul 12.30 tengah hari, bersamaan hari Isnin, dua orang Majlis Tertinggi, Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff ( Timbalan Presiden ), wakil umum dan Saudara Ikram bin Darus ( Naib Presiden 4 ), telah bertemu dengan dengan Jabatan Bendahari bagi mendapatkan penjelasan berkaitan isu Yuran Perkhidmatan Bas, dan Yuran Pengajian berpakej, bagi tiga tahun pengajian.

Perbincangan awal bermula dengan kakitangan Jabatan Bendahari, seterusnya untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut, pihak kami telah di bawa berjumpa dengan pegawai Jabatan Bendahari.
Isu ini ( yuran perkhidmatan bas ) seharusnya tidak di bangkitkan oleh mahasiswa sekiranya mereka membaca buku ( biru ) yang telah di bekalkan, memandangkan ia telah dinyatakan di dalam buku pendaftaran awal ketika mendapat tawaran ke universiti,” ujar pegawai jabatan bendahari selepas diminta sedikit penjelasan berkaitan isu tersebut.

Sebenarnya, yuran pembayaran bas ini di kenakan sebanyak RM 200 bagi sekali pembayaran sepanjang sesi pengajian di UKM, samada tiga atau empat tahun pengajian. Hal ini kerana yuran tersebut adalah bagi kos operasi perkhidmatan bas. Isu samada mahasiswa menggunakan perkhidmatan bas atau tidak sepatut tidak timbul memandangkan penggunaan ke sesuatu program, mahasiswa tidak di kenakan caj sebab telah termasuk di dalam pembayaran tersebut.

“RM200 ini sangat berbaloi sebenarnya memandangkan jika perkhidmatan ke setiap program ini diambil kira, nilai RM200 tidak cukup bahkan ia lebih lagi dari kos tersebut bagi setiap mahasiswa sepanjang pengajian” ,tambahnya lagi.




Saya berharap dengan penjelasan ini, semua mahasiswa tidak salah faham lagi berkaitan isu ini, memandangkan sebelum ini, kita mendapat aduan bahawa pembayaran yuran perkhidmatan bas ini di kenakan bagi setiap mahasiswa bagi setiap tahun sekali. Dengan penjelasan ini, segala kekeliruan dapat dirungkaikan, walau bagaimana pun, kita mengharapkan perkhidmatan bas ini dapat ditingkatkan dari sudut ketepatan masa bagi setiap pergerakan kearah meningkatkan kualiti perkhidmatan.” respon Timbalan Presiden MPM Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff.

Berkaitan isu yuran berpakej ini, aduan yang diterima adalah ketakwajaran pihak bendahari mengenakan caj tersebut sekiranya kes yang berlaku adalah seperti mengambil 11 jam kredit tetapi perlu membayar RM550 ( sebagai contoh, fakulti pendidikan ).

Dari aduan ini, Saudara MPM Muhammad Ikram bin Darus, Naib Presiden 4, menyatakan “ ramai mahasiswa tidak jelas isu ini dan ia dilihat tidak adil bagi mahasiswa yang mengambil kredit yang kecil tetapi caj yang di kenakan pula adalah mahal”.

Pada perbincangan yang sama, beliau membangkitkan isu tersebut dan pegawai berkenaan telah memberi jawapan berikut :

Tujuan yuran pakej ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengurusan kira-kira kewangan dan ia juga bertujuan bagi memberi yuran yang lebih murah kepada mahasiswa. Kita ambil contoh fakulti pendidikan, sekiranya 1 unit = RM33, 1 semester kebiasaanya mereka mengambil 22 jam kredit. Jadi, 22 X 33 = RM 726. Tetapi mahasiswa hanya perlu membayar yuran pakej RM550 sahaja.

Mahasiswa telah jimat sebanyak RM 176 pada semester tersebut. Tetapi tahun 1 hingga tahun 3 pengajian kebanyakan mahasiswa mengambil 24 hingga 26 jam kredit. Jadi bayangkan jimatnya yuran pakej ini.

Cuma isu ini timbul bila mahasiswa melihat, sem akhir, iaitu hanya 11 jam kredit sahaja. 11 X 33 = RM 360, tetapi jika mengikut yuran pakej ini, mereka tetap di kenakan bayaran sebanyak RRM 550. RM 190 mahasiswa “rugi”.
Ini la isu utamanya. Mahasiswa yang menjalani 4 tahun pengajian ( dalam konteks ini, FPEND, FKAB, dan sebilangan minoriti FEP dan FST ). Kita ambil balik kira-kira tadi, jika purata mahasiswa mengambil 22 jam kredit bagi 1 sem, pengajian sebanyak 4 tahun atau 8 semseter. Hanya semester akhir sahaja sebanyak 11 jam kredit. Jadi 7 X RM 176 ( penjimatan 1 sem mengikut yuran pakej ) = RM 1232.

Ini adalah nilai keuntungan mahasiswa sepanjang 7 semester. Manakala nilai sem akhir pula, RM 190 nilai “rugi” mahasiswa. Baik secara matematiknya, RM 1232( untung 7sem ) – RM 190 ( rugi 1sem ) = RM 1042. Nah!, bukankah ini nilai keuntungan mahasiswa. Jadi, sebenarnya tidak timbul pun kerugian berbanding pembayaran mengikut jam kredit bahkan ia lebih murah dan banyak menguntungkan pelajar.

Selepas mengakhiri perbincangan, Unit Bendahari sempat memberi nasihat tentang kewangan PMUKM.

Berkenaan dengan isu yuran RM10 untuk pembayaran PMUKM oleh setiap pelajar,wang tersebut boleh digunakan oleh setiap pelajar.

Wang tersebut bukan untuk disimpan tetapi untuk digunakan oleh semua pelajar UKM tetapi mesti bertujuan yang penting dan mempunyai hitam putih untuk kegunaan wang tersebut" kata pegawai bendahari tersebut.

Kami mewakili mahasiswa mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberikan penjelasan tentang isu yang di bangkitkan.

Tuesday, March 15, 2011

BARISAN KABINET

"BERSAMA MAHASISWA MEREALISASIKAN VARSITI"


Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM (MPMUKM)
Sesi 2010-2011

Speaker : Mohd Arif Misrol

Presiden : Ahmad Muzammil Muhd Hairi

Timb. Presiden : Mohamad Abdulah Mohd Yusof

Setiausaha : Mohamed Ezuan Mohd Saad

Timb. Setiausaha : Nor Amalina Sazali

Bendahari : Nurazidah Mashan

Naib Presiden I : Phang Siew Chin

Naib Presiden II : Muslimah Marsi

Naib Presiden III : Mohd Faizal Ahmad

Naib Presiden IV : Muhammad Ikram Darus


Biro Kebajikan & Aduan

EXCO : Mohd Izzudin Pisol

TIMBALAN EXCO :Mohd Zaim Juwaidi Jamaluddin

TIMBALAN EXCO :Nurul Mardiah Kamarudin

TIMBALAN EXCO : Nurul Akma Zulkiefli


Biro Kerohanian & Pembangunan Insan

EXCO : Wan Ahmad Fahmi Wan Abdul Hamed

TIMBALAN ECXO : Mohd Azlan Ismail

TIMBALAN ECXO :Wilfred Mok Kok Hoe

TIMBALAN ECXO :Muhammad Helmi Othman


Biro Siswazah & Antarabangsa

ECXO : Abdul Musyrif Mohamad Khalil

TIMBALAN ECXO :Yudha Putra

TIMBALAN ECXO : Rahmad Fauzi Mohd Nasir


Biro Akademik & Intelektual

ECXO : Mohamad Idrul Mohamad Daud

TIMBALAN ECXO : Noriah Abdul Rahman

TIMBALAN ECXO : Lim Keng Wei

TIMBALAN ECXO : Umi Nazirah Khairuddin


Biro Keusahawanan & Kerjaya

ECXO : Nurazidah Mashan

TIMBALAN ECXO : Mohd Fadhil Razali

TIMBALAN ECXO : Zalika Adilah Zainuren

TIMBALAN ECXO : Mohd Kamal Ali


Biro Informasi & Penerangan

ECXO : Aida Rahayu Mohd Badri

TIMBALAN ECXO : Kamarul Hatem Muhammad

TIMBALAN ECXO : Siti Nurul Hidayah Ismail


Biro Perpaduan & Kemasyarakatan

ECXO : Noraini Jumahir

TIMBALAN ECXO : Wu Tuan Yuan

TIMBALAN ECXO : Mohamad Noorhisyam bin Saperi


Biro Sukan, Kesenian & Kebudayaan


ECXO
: Muhammad Harith Abdul Kadir

TIMBALAN ECXO : Lum Kok Kiong

TIMBALAN ECXO : Abdul Muein Abadi


TAHNIAH DI UCAPKAN. WAHAI SAUDARAKU, DAMPINGILAH DIRI DENGAN SANG PENCIPTA, MOGA AMANAH YANG DIBERIKAN INI, TIDAK MELETAKKAN DIRI KITA DALAM KEBINASAAN.

"BERSAMA MAHASISWA MEREALISASIKAN VARSITI"

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets