Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

PERCERAIAN PASANGAN : Kritikal di Malaysia

Saturday, October 29, 2011





“PUTRAJAYA: Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim” ( berita harian, 3 mac 2011 )

Isu perceraian di kalangan umat islam begitu kritikal bahkan saya cukup risau sekiranya pihak berwajib tidak tampil dengan usaha yang mampu mengurangkan permasalahan ini. Dalam pembangunan sebuah negara, tokoh gerakan islam Ikhwanul Muslimin, Assyahid Imam Hassan Albana mengatakan bahawa permulaan pembinaan generasi bermula dengan pembentukan sebuah keluarga yang baik terlebih dahulu.

Ada relevanya kenyataan tersebut berdasarkan susunannya yakni pembinaan pada unit terkecil dalam sesebuah keluarga seterusnya pembinaan masyarakat yang baik dan pembinaan negara yang baik. Sudah pasti pembinaan keluarga adalah suatu perkara yang sangat penting bahkan ia merupakan aspek yang tinggi dalam pembinaan ketamaddunan.

Umum sudah mengetahui sekirannya perceraian berlaku dalam sesebuah rumah tangga pasti kesanya akan dirasai oleh anak-anak. Antara berlakunya masalah socsal di kalangan remaja berpunca dari ketakstabilan hubungan kekeluarga. Maka bila perkara ini di umumkan kerajaan, pasti ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya pembinaan asas kepada sesebuah Negara.

Berdasarkan statistik seperti diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini, jumlah kes pasangan yang bercerai mencapai 27,116. ( berita utusan Malaysia 30/12/2010.

PUNCA PERCERAIAN.

Mengikut analisis yang dibuat antara punca kes perceraian adalah, di pihak suami tiada persefahaman mencakupi 43.33 peratus, masalah tidak bertanggungjawab 32.93 peratus, masalah akhlak atau sosial 12.03 peratus dan campur tangan pihak ketiga 5.54 peratus sementara ekonomi 2.62 peratus.

Sementara isteri pula memberi sebab bercerai kerana tiada persefahaman 69.44 peratus dengan alasan mereka tidak mahu memanjangkan cerita selain 17.68 peratus disebabkan tidak bertanggungjawab dan masalah akhlak atau sosial 5.84 peratus. ( berita utusan Malaysia, 30/12/2010 ).

Perkara utama yang menjadi punca kepada permasalan sesebuah kekeluargaan adalah tidak sefahaman, tanggangjawab dan campur tangan pihak ketika.

Saya ada terbaca satu permasalahan berkaitan isu ketidak sefahaman ini berlaku kerana kegagalan komunikasi yang berkesan. Perkara ini sering berlaku ekoran dari perasaan tidak puas hati. Bermula dengan ketidakpuasan hati yang terpendam seterusnya dikumpul-kumpul sehingga tidak mampu bertahan, akhirnya goncangan kritis kekeluargaan berlaku sehingga membawa kepada perceraian.

Soal kepercayaan dalam rumah tangga sangat penting, samada suami percaya kepada isteri mahupun isteri percaya kepada suami. Dalam membina kepercayai ini sudah pasti factor komunikasi yang berkesan sangat penting agar persefahaman dapat di capai. Terlalu “ideal” sekiranya dalam sesebuah pasangan mengharapkan kesempurnaan dari kedua-duanya bahkan ia sangat mustahil.

PERANGKAP "RAKAN"

Walau bagaimanapun, mengurangkan jurang tersebut adalah sangat penting. Perlu ditegur kepada pasangan sama ada sudah berkahwin mahupun dalam proses perkahwinan yakni dari bertunang sehingga berkahwin tentang perihal sekiranya berlaku masalah antara pasangan mahupun sebarang masalah lain, tidak perlu mengadu kepada rakan sekerja mahupun sahabat yang berbeza jantina. Kerana ia makin mengeruhkan keadaan.

Antara perangkap kehancuran pihak ketiga ialah mula “mengadu atau berkongsi masalah peribadi atau tekanan kepada orang lain yang berbeza jantina”. Ramai yang tertipu dengan perkataan “sahabat atau rakan" rapat sehinggakan mereka memilih untuk mengadu masalah kepada individu berbeza jantina. Perangkap ini berlaku tidak mengira orang sama ada imam, ustaz, ustazah, pakar ekonomi, kaunselor dan sebagainya.

Cuba fikir secara logik, mengapa mengadu masalah kepada jantina berbeza. Adakah tidak wujud lagi teman rapat yang sama jantina. Mengapa tidak rujuk kepada kaunselor atau kepada orang tengah yang dipercayai ( mak ayah ). Dalam kes begini, perempuan lebih cenderung mengadu, lelaki cenderung sebagai wira yang mahu menyelesaikan masalah sama ada menasihat atau sebagainya. Ya sudah pasti dalam seseorang individu mengadu permasalahan, individu yang berbeza jantina akan mula merespon.

Sebagai contoh, isteri kepada A mengadu masalah kepada suami kepada B tentang bebanan rumah tangga yang berlaku kepadanya. Si isteri kepada A menggunakan alasan untuk meminta pandangan dan nasihat kepada suami kepada B. Kemudian ia berlaku hanya dalam telefon, YM, dan chat FB misalnya secara berdua. Adakah ini betul cara mengadu permasalahan? Apakah ia tidak cukup memberi ruang fitnah dan ketidak puasan hati kepada Suami A dan isteri B sekiranya perkara ini diketahui?

Sekiranya menjadi kebiasaan mengadu masalah kepada “sahabat” atau “rakan sekerja” yang berbeza jantina ini, sudah pasti lama kelamaan akan wujud kemesraan yang sudah menjadi “keselesaan” kepada seseorang individu untuk mengadu sebarang permasalahan. Mula perbincangan tentang permasalahan, lama-lama mula masuk kepada topik yang lain. Mungkin diolog seperti “klaw susa-sasa sangat awak, kawen je ngan saya, dapat saya tenangkan awak”. “ jom la kita kawen, hihi”.



“ Mungkin siperempuan pada awalnya bertahan hanya pada yang “suami” tapi jangan lupa bahawa tidak mungkin ia boleh bertukar bila setiap “perbincangan” si lelaki kononnya bergurau ajak berkahwin akan mula berubah hati kearah tersebut. Sungguh gurauan tersebut sudah pasti itu gurauan syaitan. Mereka sudah tahu siperempuan sudah besuami dan silelaki juga sudah beristeri. Tidak ada lelaki yang bergurau semata-mata bergurau sekiranya sentiasa dilafazkan dan di ulang-ulang. Awas!!!!itulah perangkap syaitan laknatullah dalam usaha memusnahkan kebahagiaan pasangan.

IKTIBAR BERSAMA

Saya ada terbaca satu kisah perkongsian dalam ruangan kaunselor surat khabar( saya lupa tarikhnya ). Seorang lelaki A sudah bertunang dengan perempuan B dan perempuan C sudah bertunang dengan lelaki D. Perempuan C merupakan rakan kongsi kepada lelaki A, dek kerana mereka sentiasa berhubung atas dasar rakan kongsi pada awalnya, lama-kelamaan perbincangan kearah soal peribadi, soal pertunangan mereka dan sebagainya.

Akhirnya, mereka terperangkap dengan kemesraan yang wujud sehinggakan kedua-duanya selesa mengadu masalah bersama. Bercakap dengan telefon berjam-jam, ber “ chat” 2,3 pagi, berSMS lewat malam dan sebagainya yang melibatkan mereka berdua sahaja. Berjayalah usaha syaitan dalam memerangkap mereka. Ringkasnya mereka berpisah dengan tunang masing-masing. Na’uzubillah. Bukankah haram meminang perempuan yang sudah dipinang orang. Moga-mogo perkara ini menjadi iktibar kepada seluruh ummat islam dan perlu berhati-hati dalam menjaga syariat dalam muamalat sama ada seorang perempuan yang telah dipinangkan mahupun antara tunang dengan tunangnya sendiri apatah lagi sekiranya berstatus isteri orang.

KESIMPULAN

Sekali lagi perlu diteguhkan, soal keperluan seoang isteri menjaga maruah ketika berada dibelakang suami adalah tangganungjawab wajib seorang perempuan ( suami pun begitu juga ). Apatah lagi sekiranya bercinta dengan isteri orang. Kursus perkahwinan juga perlu kepada perubahan kandungan supaya bersifat mendidik bukannya melucahkan. Soal peranan orang tengah yang berfungsi kepada penyelesaian sekiranya berlaku masalah kedua belah pihak suami dan isteri. Soal pengaruh teknologi kepada faktor perpecahan rumah tangga dan banyak lagi. semua ini membawa kepada soal kepercayaan. yang melibatkan pasangan masing-masing. Percayalah Kehancuran Institusi kekeluargaan adalah petanda kepada kehancuran pembinaan generasi yang cemerlang.

P/s : penyaki begini tidak mengenal siapa orangnya tetapi ia kehancuran yang nyata..berhati-hati dalam bermuamalat.

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets