Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

Sebuah Nilai Kemasyarakatan

Saturday, August 14, 2010

“Golongan belia merupakan golongan pemikir inovatif yang harus dibantu dan tidak diketepikan pandanganya” jelas Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan perasmian sambutan hari belia negara di pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 15 Mei lalu disamping mengisytiharkan bantuan khas RM 10 juta untuk program pembangunan belia negara ini.


Konotasi yang jelas telah diguna pakai oleh Perdana Menteri sebagai deklarasi pengiktirafan secara terbuka kepada belia negara akan kepentingan 11 juta anak muda terhadap pembangunan negara ini. Isyarat yang jelas ini, perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menggerakkan masyarakat kearah kualiti kemasyarakatan

Tanggungjawab merealisasikan agenda kualiti kemasyarakatan bagi pembentukan ummah yang anjal ini sudah pasti terpikul dibahu 11 juta anak muda daripada 27 juta rakyat Malaysia. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara adalah suatu slogan yang sangat gah untuk mengangkat martabat anak muda atau belia beliawanis negara ini dalam menyatakan harapan memacu Negara kelak.

Walau bagaimanapun, tersentak seketika dengan Berita Kosmo, Khamis, 27 november 08 menyiarkan statistik dari Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ) melaporkan angka rasmi sebanyak 257 000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa berbapa sepanjag tahun 2000 hingga 2008. Pada tahun 2008, kes rogol adalah sebanyak 3,409 diikuti sumbang mahram (334) dan liwat (243), menurut fakta yang telah dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan di Parlimen Negara. Saya mengira ini suatu yang sangat mengaibkan generasi anak muda negara kita. Lebih menyakitkan bila satu kajian dilakukan oleh Dr Khizdir Ismail, pakar psikologi kanak-kanak dan remaja, yang melibatkan 887 responden dari kalangan pelajar( remaja ), hanya seorang sahaja yang tidak melakukan hubungan seks.( Metro, 29/01/09 ).

Kenyataan menteri, statistik badan kerajaan bahkan kajian juga membuktikan tahap belia beliawanis Negara ini sangat kritikal tatkala suatu pengharapan yang cukup besar diberikan untuk bakal peneraju Negara ini. Lantas perlu ada suatu kumpulan masyarakat yang kembali membetulkan keadaan masyarakat terutama golongan anak muda ini supaya kembali kearah kualiti kemasyarakatan. Kefahaman agama yang mendalam melalui sistem pendidikan bahkan aktiviti sahsiah perlu dilakukan secara berterusan bagi menjernihkan jenama belia mahupun beliawanis negara kita dari terus ternoda dengan budaya songsang barat.

Akan tetapi suatu yang sangat janggal bila mana ditengah-tengah masyarakat yang bobrok, tiba-tiba muncul sesetengah golongan yang menyeru kearah kebaikan dan keagamaan, mereka ini akan dianggap anti-establish, jumud, kolot, ortodok, pemikiran sempit, konservetif, rigid dan banyak lagi jenama yang diberikan.

GENEASI GRUBA'

Dari Abdullah bin Masud ( Radiallahu Anhu), ia berkata, “ Rasulullah (SAW) bersabda: ‘Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan kelak akan kembali asing sebagaimana awal datangnya, maka beruntunglah orang-orang yang terasing’ .

Ketika awal kedatangan islam, penganut agama islam sangat asing ditengah-tengah masyarakat arab jahiliah. Keterasingan penganut islam tercatat sehinggakan untuk melakukan amal ibadat sekalipun terpaksa bersembunyi-sembunyi khuatir masyarakat jahiliah menentang. Diriwayatkan dari Ufayyif bin Umar ia berkata, “ Dulu, saya pernah menjadi pedangang dan saya adalah salah seorang sahabat dari Ibn Abbas Bin Abdul Mutallib pada zaman jahiliah. Ketika saya datang untuk berdagang, saya mendekati di tempat ibnu Abbas bin Abdul Mutallib di mina. Tiba-tiba, datang seorang lelaki, dia melihat kearah matahari ketika telah condong, kemudian berdiri dan melakukan solat. Tidak berapa lama kemudian, datang seorang perempuan melakukan solat. Setelah itu, datang seorang kanak-kanak lelaki yang meningkat remaja juga melakukan hal yang sama.( Ahmad dalam Al Musnad )

.........bersambung.........

0 comments:

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets