Suatu ketika di surau jubli perak
Seusai mengusap muka tanda selesainya solat fardhu maghrib ketika itu. Kelihatan kanak-kanak sedang berlari-lari, ada juga yang sedang berbual-bual dan ada juga yang turut solat bersama-sama “mengikuti imam”.
Aku kebelakang sedikit supaya kedudukanku selesa untuk berwirid mengikut imam. Alunan Wirid sungguh mampu memberi perasaan “kehambaan”.
Hanya yang berjiwa hamba sahaya mampu menikmati ketenangan dari sebarang kekusutan. “Sesungguhnya setiap kesukaran ada kemudahan” .
Dalam menikmati alunan wirid, terdengar perbualan dua kanak-kanak yang anggaranku sekitar usia 4 tahun,diolog mereka sungguh mempersonakan hatiku ini, ku nukilkan bait-bait bicara mereka.
“eh! tadi kita solat dua rakaat kan,tak cukup lagi satu rakaat la,jom g solat”. Aku melihat mereka berjalan mencari ruang untuk bersolat.
Tersenyum aku melihat gelagak mereka. Yang jelas nampak mereka bersolat ialah bila sujud, mereka sujud lebih special dari kita,terus meniarap tanda sujud. Aku pasti,baginya itulah solat.Takbir,ruku',meniarap(sujud).
Ya, jika sekecil ini anak-anak didik berkaitan solat, apamungkin generasi yang hadir 2 dekat kehadapan nanti seumpama geneasi sekarang.....yang pasti beribu anasir negatif dipersekitaran mampu menyebabkan membran imam mengkakis jika tidak ada usaha dari keluarga untuk menyuntik antikakisan ini...
Suatu ketika di perkelahan jerang linang
Berkelah suatu yang pasti menyeronokkan, perjalanan menaiki kereta kesayanganku pulalang ke kelantan suatu yang menyeronokkan.
Ditemani saudara Fendi dan Nik Din(Abe Aji) sempat merancang untuk singgah manji di air terjun. Kita merancang, Allah merancang, yang pasti perancangan Allah lebih baik dan lebih pasti.
Perancangan kami tidak berhasil untuk mandi disebabkan terlepas cabang untuk ke Air Terjun. Dek kerana keinginan tinggi untuk mandi Air terjun, daku sempat juga pergi berkelah di Jerang Linang.
Musim cuti, terlalu ramai orang yang datang membawa keluarga semata-mata untuk merapatkan institusi kekeluargaan. Suatu aktiviti yang menarik!
Betul, sungguh indah alam ciptaan tuhan ini, kedengaran jelas deruan angin, kicauan burung, unggas-unggas dan geseran air terjun seakan-akan mahu menyambut tetamu.
Aku pasti, sentuhan Air terjun sungguh menyejutkan badan hingga aku sendiri hanya berendam seketika sahaja. Mana tidaknya, awal-awal pagi sudah berendam. Puas hati rasanya menikmati gigitan manja ikan-ikan kecil yang berada di dasar air.
Surau menjadi tempatku berehat seketika. Kelibat remaja berada disekitar surau dalam keadaan basah kuyup.
Lantas ada di kalangan mereka yang ingin memasuki surau tersebut dengan berbaju dan berseluar pendek basah begitu, terdengar laungan nasihat dari seorang sahabatnya
“Woi, mu paka seluar pendek nak masuk surau ko!jange, nak masuk sura paka gitu, sura ke tu!.
Aku melihat sahabat yang menegur tadi. Terdetik dalam hatiku, bagusnya anak muda ini.
Tapi…Terdiam seketika bila aku menoleh melihatnya yang juga berseluar pendek rupanya..Cuma, lebih bagus sekiranya anak muda yang menegur tadi turut memakai seluar menutup aurat, sambung bicara hatiku.
Sungguh bermotivasi dan bersemangat untuk mendekati anak muda. Ya, terbukti anak muda juga sebenarnya cintakan islam, Cuma kesedaran secara menyeluruh sangat perlu. Penyeru-penyeru islam perlu sedar hakikat ini.
Risau sungguh manipulasi media bila agama hanya diletakkan di surau-surau, masjid-masjid, mahupun balaisah-balaisah sahaja, akhirnya lebih ramai la yang hanya bertudung, menutup aurat hanya di tempat-tempat ibadat sahaja.
Walhal dimana-mana pun, agama tidak mampu dipisahkan dari kehidupan kita. Hanya yang memahami perkara ini sahaja yang betul-betul melihat agama sebagai cara hidup.
Bukannya mengamalkan agama hanya ketika menaiki rumah-rumah ibadat, tempat-tempat kematian mahupun acara-acara majlis keagamaan sahaja.
Anak muda sememang mahu didekati, krisis identiti anak muda perlu dituntun oleh Daie sebelum diisi oleh “MLAUN”…….
Suatu ketika di tempat tahlil
Kebiasaan komuniti masyarakat melayu-islam kelantan, bila mendapat berita kematian dari masyarakat terdekat, timbul rasa simpati dan semangat bergotong royong untuk mengurusankan jenazah, bermula dari hospital, balai polis sehinggakan majlis tahlil diadakan. Dalam budaya kelantan, tahlil ini disebut “ngatik”.
Cuma sering dingatkan, ketika zaman nabi, bilamana ada tetangga yang meninggal dunia, nabi meminta jiran tetangga menyediakan makanan kepada tetangga yang ahli keluarganya meninggal dunia bagi meringankan bebanan keluarga simati.
Hamlillah budaya “ngatik” di kelantan bersifat gotong royong dari sanak saudara dan juga masyarakat sekeliling, duit dari hasil “nawat” masyarakat sekeliling digunapakai untuk menampung bebanan kos pengurusan dan “ngatik” bagi keluarga simati.
Aku sempat bersama masyarakat untuk ngatik di salah sebuah rumah di daerah Bachok yang kematian Ibu Suaudaranya berusia 32 tahun, selesai tahli, daku duduk dibahagian oang tua sambil bertanya khabar antara bapa2 anak muda dengan anak muda ini.
Di sudut lain, terdengar pula perbualan antara dua orang yang berumur sekitar 60 tahun gamaknya usia mereka.
“Nok tokot mati bakpo gak, hok nyato tugak, baik tok leba,tok imam mahupun org srupo kito ni, nunggu tiko jah la kito ni, ho la, srupo buah nyo la, ado hok nyo putik lagi, luruh jugok, ado hok kote tok luroh2 duk atas pokok. Pah 2 gak, gitu la kito ni. Hok mati xdok gapo doh.selesa doh, hok hidup ni la duk kalut lako ko ore mati.hok masuk amal jah dlm kubo ni….pahtu tok se lagi ko mikir bnda-benda gini”
Benarlah, cukuplah mati itu sebagai peringatan kepada orang beriman. Kalau la itu yang ditututr dan di bincangkan oleh golongan berusia begitu, saya begitu berharap agar perbualan begitu bukanlah dicakap hanya ketika waktu majlis ngatik tapi biarlah menjadi peringatan pada setiap waktu.
Manusia penuh dengan kepelbagaian..........................

0 comments:
Post a Comment