Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

SIAPA YANG BUAT NI?

Sunday, April 11, 2010

bitahiyyatun, tahiyyatul islam....

komentar immanuel Wallerstein dalam makalahnya "choas as a Everyday Thing" menyatakan tentang huru-haranya dunia.waimma
David Brooks dalam "the lean year" boleh disemak dalam majalah The New York Times pula melontarkan bicaranya berkaitan
dengan tahun yang sukar, yakni berkisar tentang masa.

Ada apa dengan bicaranya?

saya terlalu risau dan sangat-sangat bimbang, dua perkara yang diungkapkan orang barat ini,sedar atau tidak, sekarang
ia berkeadaan sedang berlaku, akan tetapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku pada pandangan mahasiswa kini bahkan
seluruh umat islam. Dua perkara yang cuba saya bawakan ini berkaitan dengan kepentingan yang menjengah kehadapan masyarakat yang kelak akan mencorakkan suatu landskap graf kehidupan keseluruhan kehidupan dunia.

Huru-haranya dunia ini kalau melihat kepada konteks dunia, makalah "Never Heard That Before", penulisnya Thomas Friedman menyatakan bahawa sebagai barometer politik, Forum ekonomi dunia itu biasanya mengemukan beberapa petunjuk yang ketara tentang "angin" ekonomi global, dan tahun ini perkara yang sama juga berlaku. saya mendengar ungkapan buah mulut di Davos( Switzerland,tempat forum ekonomi dunia berlaku tahun ini ) tentang ketidakstabilan politik AS.

katanya lagi, ketidakstabilan politik merupakan ungkapan yang biasanya merujuk negara Rusia, iran atau Honduras. namun ahli perniagaan AS yang hadir di sini memberitahu saya tentag ketidakstabilan politik di AS.

malaysia?

umum mengetahui tentang senario politik malaysia,umum juga mengetahui hubungan malaysia dengan AS atas dasar diplomatik perdagangan, umumya juga tidak berapa tahu tentang Apco dan Malaysia. saya tidak bercadang untuk menceritakannya. tapi pada saya perlu faham dan akur, kita kearah politik kucar-kacir. sekiranya ini sedang berlaku, dimana barometer untuk kita menilai?memang benar tahun ini suatu yang sukar, isu yang berlaku didunia dan di Malaysia seiring bahkan seakan-akan suatu persamaan yang bakal terjadi. signifikan terhadap dua perkara huru-hara dan tempoh kesukaran, ia seolah-olah suatu perancangan yang sangat halus untuk di kesan. huru-haru yang dicipta atau huru hara yang berlaku, ia adalah suatu tempoh masa yang sukar untuk dilalui oleh seluruh rakyat dunia hatta rakyat malaysia..

penyelesaian..

saya membelek buku Natrah: Cinta, Rusuhan, dan Air Mata ( 2010 ), Datin Fatini Yaacob berkaitan isu seorang anak gadis yang ingin dimurtadkan secara ringkas dan mudahnya begitu. Pada ketika itu 1950, orang islam ( sekarang melayu islam baka sahaja,tambah-tambah yang sudah murtad ) yang tidak mempunyai pengaruh politik berhempas pulas berfikir mengatur strategik, akhirnya dek kerana sudah tiada cara lagi pada waktu itu, seluruh umat islam tidak mengira fahaman kiri dan kanan bergabung mengadakan tunjuk perasaan pada tanggal 11 dan 12 disember membantah perancangan jahat British.18orang mati, 173 orang cedera....

apa erti semua ini...

satu sahaja, rela mati demi islam walaupun Natrah ini bukan melayu tetapi islam..atas dasar sensitiviti islam, mereka hadapkan diri mereka dihadapan perancangan jahat british kerana maruah islam. kita mampu menyelesaikan segala perancangan jahat musuh atas tiket islam. hanya islam ( bukan atas dasar kaum melayu ) sahaja yang mampu menggabungkan kembali seluruh peribumi malaysia bahkan mengembalikan keamanan..



"maturalisasi tarbiyyah menjana ummah berkualiti"

0 comments:

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets