Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

Kami telah disatukan, Bestnyer Nikah!!

Wednesday, November 23, 2011



Saya cukup kagum dengan kempen yang di laksanakan oleh PMUKM dengan kerjasama Surau Arrazi. Ketika menerima mesej dari pihak organisasi untuk merasmikan kempen "bestnyer nikah" saya tersenyum sendirian, macam mana hendak rasmikan kempen tersebut sedangkan saya juga masih belum merasai bestnyer nikah ni. Walau bagaimanapun, ia suatu yang sangat menarik. Sepanjang kempen tersebut, program yang diadakan ialah forum ( 20 Nov 2011 ) dan kursus perkahwinan ( 26 dan 27 Nov 2011 ) .

FORUM DESTINASI CINTA FITRAH

Dalam forum tersebut, antara ahli panel yang hadir ialah Imam Muda Asyraf selaku moderator, Mursyid Imam Muda, Ustaz Shahrizan dan seorang wakil mahasiswa yang sudah berkahwinan semasa alam kampus. perkongsian yang menarik, sudah pasti saya di jadikan "batang pisang" untuk di kenakan.


( gimik yang hebat )

Mana tidak, berkobar-kobar bercakap tentang bab yang "empunya diri tidak merasainya". Namun saya cukup menghargai mutiara perkongsian yang diberikan. Saya tidak berminat untuk membahaskan tentang persoalan cinta halal atau haram. Tetapi tertarik dengan perbincangan yang bersiafat realiti.



Ada kalanya, pak ustaz bila bercakap tentang bab cinta, seolah-oleh melihat mad'u sebolenya menjadi seperti mereka. Sesempurna. Bagus membawa kearah lebih baik, tetapi "view" terhadap bacaan islam menjadi susah. Susahnya nak amal islam ni. Akhirnya mereka merasakan tidak mampu buat seperti para ustaz, dan terus meninggalkan perkara tersebut. Betul tugas para ilmuan adalah memberi ilmu supaya yang "jahil" menjadi "alim" . Soalnya, dalam memberi pasti ada toleransi yang munasabah. Saya cukup yakin, ramai yang mahu berubah, tetapi jarang diberi hujahan semasa dan memberi keyakinan mad'u mampu melakukanya.

Ini haram, itu haram dan sebagainya akan tetapi tidak memberi penyelesaian yang sewajarnya kepada permasalahan yang berlaku. Ia sangat rumit jadi, saya fikir metadologi pun sudah pelu di ubah. Saya lebih bersetuju dengan pandangan Imam Muda Asyraf dalam membicarakan tentang persoalan berkaitan cinta ini. Lebih terbuka. Kalian tidak setuju tidak mengapalah.

SEJENAK DI MEJA MAKAN

Semasa bersembang mesra dengan para panalis di tempat makan, sempat kami berbincang tentang persoalan jemaah yang bersifat harakiah yang berbeza dengan dengan pandang sisi ahli agama. Saya sehaluan dalam persoalan "berperingkat" dalam melakanakan sesuatu. Dalam perbincangan tersebut, sempat saya menanyakan pandangan mereka tentang sikap ahli agama yang "gopoh". Jika hari ini menang,100% berkaitan islam perlu dilaksanakan, bahkan mereka antara yang paling kuat mengkritik sekiranya kita melaksanakan perkara tersebut secara berperingkat-peringkat. Jawabnya mudah, itulah beza kita dengan mereka. Memahami pendekatan islam dengan cara berbeza.

Nasihat yang sangat pendek tapi bermakna, "enta fokus pada mad'u,enta ada atau tidak, pak-pak lebai ni memang dah pergi ke masjid, kesurau,dan faham islam, yang ramai lagi itu yang perlu kita tengok". Biasa,jadi posisi mana sekalipun, kita tetap di kritik.

Dalam kampus dengan luar kampus sangat berbeza, usah bergadoh tentang taaddud jemaah. Dalam kampus bergadoh, walhal pimpinan diluar kampus boleh bertoleransi. Jawabku, sungguh, saya bersetuju. Alhamdulillah ia tidak berlaku ditempat kami setakat ini.

MEMBAWA PERIKATAN "NIKAH" KITA


( tengah bertukar no telefon bersama )

Pertemuan atas dasar akidah memberi hubungan yang cukup kuat, walhal antara kami tidak pernah bersemuka sebelum ini. Cukup bermakna antara kami. Saya merasakan hubungan yang dibina memberi titik mula yang sangat baik kepada kepimpinan mahasiswa. Mungkin sebelum ini pernah bersama, tapi tidak sempat berbual panjang. Tapi kali ini,perbualan yang membawa kepada persahabatan yang baik.

Kami telah disatukan, kerana "Bestnyer Nikah". Disatu berasas kepada akidah dan medan yang sama, bezanya kami dalam dunia kepimpinan, mereka dalam dunia populariti media.

Semoga kita bertemu lagi.

Gambar dari : MPP Fper : Forum Destinasi Cinta Fitrah.







Muhyiddi Umum Mansuh Projek Rintis Pengajaran 9 jam

Saturday, November 19, 2011



Pak menteri, terima kasih atas kesudian mendegar keluhan para guru. Saya juga harap keluhan isu penempatan guru juga didengar oleh pihak KPM. Kita tidak marah membuta tuli, tetapi kita memberi pandangan dan pendapat supaya pihak KPM tidak "keliru" dalam membuat keputusan. Perubahan sudah pasti suatu yang baik, akan tetapi biarlah peubahan yang berasas. Bukan perubahan berbentuk "Politic Millage".

Saya bersyukur bila pak menteri batalkan projek rintas tersebut, pada masa yang sama juga saya menyarankan pihak KPM lebih serius dalam melakukan sesuatu keputusan. Dalam perkara ini, nasib baik brlum dilaksanakan lagi, jika tidak, rugilah kerajaan. Keluarkan duit dah beribu-ribu, kemudian jadi projek "gajah putih". Walau bagaimanapun ia telah memberi sedikit gambaran negatif kepada pihak KPM jika berterusan membuat keputusan "tidak memahami" bebanan dan tugas guru hakiki dan hakikat.

Sekali lagi saya tekankan supaya KPM usah bersifat "pukul rata" dalam membuat sesuatu keputusan, kelak malu jadinya. Dilihat tidak cerdik oleh komuniti guru sendiri. Ingat hampir 400 000 lebih guru di Malaysia ni. Saya takut mereka membuat "protes" dan pasti perkara ini akan dipolitikkan. Sudah pasti kerajaan juga mengeluh, kata pembangkang mengambil kesempatan walhal memang perkara tersebut adalah sangat naif dan perlu di "tegur". NUTP juga menegur banyak perkara, tetapi bila pihak pembangkang mainkan isu ini, KPM baru nak bertindak.

Jangan ulang kesilapan yang sama. Ambil la iktibar pada isu PPSMI. Jadikan isu ini juga sempadan supaya lebih berhati-hati. KPM umpama bapa kami. jika bapa silap asuh anak-anak, pasti anak-anak jadi lintang pukang. Bukan pada komuniti kita sahaja, yang paling dahsyat ia terkesan kepada "jiran-jiran" dan "cucu-cucu" pulak kelak

( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Muhyiddinumumpemansuhanprojekrintispengajaran9jam/Article )

KPM makin celaru : Guru bakal bekerja selama 9jam dari 7.30pg-4.30ptg

Thursday, November 10, 2011

Terkejut juga bila mendegar KPM mengistiharkan mahu melanjutkan masa guru bekerja seperti yang di maklumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Wee Ka Siong semalam dalam projek perintis KPM. Dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 4.30 petang, bayangkan. Benarlah jika posisi yang bukan ahlinya duduk, maka celaru habis jadi KPM ni.



Isu penempatan guru pun tidak selesai lagi, tambah lagi isu nak panjangkan masa guru. Mungkin tidak boleh marah, sebab dia bukan seorang guru. Saya berpandangan, jika hari ini perkara ini di buat satu tinjauan umum terhadap perkara itu, nescaya ramai yang membantah berdasarkan faktor bebanan tugas yang sedia ditanggung oleh guru. Ini selaras dengan gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar kerajaan membatalkan sahaja projek perintis guru kerana kajian itu, yang akan dilaksanakan mulai Januari depan adalah satu tindakan membazir.



Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari 2012 di empat negeri — Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor — berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenal pasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru. Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari 2012.



Projek perintis itu akan dilaksanakan di empat negeri melibatkan sekitar 5,000 guru sekolah rendah dan menengah kerajaan mulai 1 Januari depan. Terang-terangan kerajaan mempunyai niat menjadikan guru ini sebagai tikus makmal. Bukankah kita sedia maklum, bahawa sebelum ini pun kerajaan pernah menggubal dasar PPSMI, semua guru dikerah "basuh" lidah untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Semua guru dibawa pergi kursus, berapa banyak kerajaan belanjakan peruntukkan untuk perkara tersebut, ubah buku teks dan sebagainya kemudian tak jadi pula, ubah balik. ( Padahal PPSMI ni perlu di buat kajian terlebih dahu, tengoki kesannya, baru laksanakan. Jika tak, jadilah seperti hari ini. Kita takot, perkara yang sama juga berulang pada projek ini )



Kata Pak Menteri, Dr Wee Ka Siong.

“Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

“Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara,” katanya.

“Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian. Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya,”



Ini melibatkan "flipflop" kerajaan membuat ekperimen kepada guru. Jangan begitu KPM. sebelum buat sesuatu, buat dulu tinjauan tepat dan jika perlu kepada penerangan, lakukan dulu. Jika dah buat, baru nak tengok hasil eksperimen, "nanya" jadi. Buat separuh jalan, kemudian pusing balik, kita akan sentiasa rugi. yang jadi masalah adalah murid-murid. Sama juga dengan perkara ini, kita takot wujud "silent protes" terhadap perkara ini dan sudah pasti akan memberi kesan kepada guru dan pelajar.



Isu bebanan perkeranian pemeriksaan kertas jawapan diluar waktu sekolah, pemeriksaan buku dan kerja sekolah, isu masa di luar waktu sekolah, isu masa guru mengiringi pelajar untuk ko-kurikulum di luar sekolah. Isu tekanan masa yang wajib hadir ke "seminar" dan banyak perkara lagi. Moga-moga KPM tidak menunjukkan ketidak fahaman mereka terhadap dunia perguruan. Kesannya besar, yakni kepada generasi anak muda Malaysia secara halusnya.



Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.

( http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ka-siong-guru-tak-perlu-risau-dasar-kerja-sembilan-jam/ )



KPM tolong buat kerja serius skit ya....



Muka Cantik, Akhlak Buruk : Muka Buruk, Aklak Buruk, Memang Teruk!

Monday, November 7, 2011


"Gambar Hiasan Sahaja"


Sungguh faham benar alkisah begini :

Walau muka cantik, akan tetapi akhlak yang teruk maka tidak kemana-mana seseorang, ini realiti bila ada yang bersikap begitu. Adakalanya dalam hidup, lebih banyak kita mengenal persekitaran kita. Wujud pelbagai jenis fiil. Ada yang jenis orangnya sangat cermat dan berhalus, ada yang jenis pembersih ada yang jenis tidak boleh bising dan sebagainya.

Hatta ada yang tidak bertegur sapa semata-mata kerana kawannya menggunakan ubat gigi, hanya silap tekan dibahagian tengah yang kebiasaan pemiliknya tekan di bahagian bewah ubat gigi. Kelakarnya rasa tapi benar.

Ada yang jenis makan disitu, sebulan pun masih lagi begitu. Tak basuh-basuh. Ini eksperimen untuk melihat proses penghuraian. Adakah keputusannya boleh jadi tapai?! kalau lelaki mungkin dilihat "lepak-lepak" juga. Itupun buruk gayanya. Bayangkan jika perempuan begitu?. Mereka yang belajar agama pun tidak terlepas juga begini.

patotnya, perihal begini perlu di jaga molek-molek supaya dilihat rupa cantik, akhlak pun cantik. Ini nasihat pada diri untuk kearah menghijaukan alam..
Melestarika bilik..

Wallahua'lam..

PERCERAIAN PASANGAN : Kritikal di Malaysia

Saturday, October 29, 2011





“PUTRAJAYA: Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim” ( berita harian, 3 mac 2011 )

Isu perceraian di kalangan umat islam begitu kritikal bahkan saya cukup risau sekiranya pihak berwajib tidak tampil dengan usaha yang mampu mengurangkan permasalahan ini. Dalam pembangunan sebuah negara, tokoh gerakan islam Ikhwanul Muslimin, Assyahid Imam Hassan Albana mengatakan bahawa permulaan pembinaan generasi bermula dengan pembentukan sebuah keluarga yang baik terlebih dahulu.

Ada relevanya kenyataan tersebut berdasarkan susunannya yakni pembinaan pada unit terkecil dalam sesebuah keluarga seterusnya pembinaan masyarakat yang baik dan pembinaan negara yang baik. Sudah pasti pembinaan keluarga adalah suatu perkara yang sangat penting bahkan ia merupakan aspek yang tinggi dalam pembinaan ketamaddunan.

Umum sudah mengetahui sekirannya perceraian berlaku dalam sesebuah rumah tangga pasti kesanya akan dirasai oleh anak-anak. Antara berlakunya masalah socsal di kalangan remaja berpunca dari ketakstabilan hubungan kekeluarga. Maka bila perkara ini di umumkan kerajaan, pasti ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya pembinaan asas kepada sesebuah Negara.

Berdasarkan statistik seperti diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini, jumlah kes pasangan yang bercerai mencapai 27,116. ( berita utusan Malaysia 30/12/2010.

PUNCA PERCERAIAN.

Mengikut analisis yang dibuat antara punca kes perceraian adalah, di pihak suami tiada persefahaman mencakupi 43.33 peratus, masalah tidak bertanggungjawab 32.93 peratus, masalah akhlak atau sosial 12.03 peratus dan campur tangan pihak ketiga 5.54 peratus sementara ekonomi 2.62 peratus.

Sementara isteri pula memberi sebab bercerai kerana tiada persefahaman 69.44 peratus dengan alasan mereka tidak mahu memanjangkan cerita selain 17.68 peratus disebabkan tidak bertanggungjawab dan masalah akhlak atau sosial 5.84 peratus. ( berita utusan Malaysia, 30/12/2010 ).

Perkara utama yang menjadi punca kepada permasalan sesebuah kekeluargaan adalah tidak sefahaman, tanggangjawab dan campur tangan pihak ketika.

Saya ada terbaca satu permasalahan berkaitan isu ketidak sefahaman ini berlaku kerana kegagalan komunikasi yang berkesan. Perkara ini sering berlaku ekoran dari perasaan tidak puas hati. Bermula dengan ketidakpuasan hati yang terpendam seterusnya dikumpul-kumpul sehingga tidak mampu bertahan, akhirnya goncangan kritis kekeluargaan berlaku sehingga membawa kepada perceraian.

Soal kepercayaan dalam rumah tangga sangat penting, samada suami percaya kepada isteri mahupun isteri percaya kepada suami. Dalam membina kepercayai ini sudah pasti factor komunikasi yang berkesan sangat penting agar persefahaman dapat di capai. Terlalu “ideal” sekiranya dalam sesebuah pasangan mengharapkan kesempurnaan dari kedua-duanya bahkan ia sangat mustahil.

PERANGKAP "RAKAN"

Walau bagaimanapun, mengurangkan jurang tersebut adalah sangat penting. Perlu ditegur kepada pasangan sama ada sudah berkahwin mahupun dalam proses perkahwinan yakni dari bertunang sehingga berkahwin tentang perihal sekiranya berlaku masalah antara pasangan mahupun sebarang masalah lain, tidak perlu mengadu kepada rakan sekerja mahupun sahabat yang berbeza jantina. Kerana ia makin mengeruhkan keadaan.

Antara perangkap kehancuran pihak ketiga ialah mula “mengadu atau berkongsi masalah peribadi atau tekanan kepada orang lain yang berbeza jantina”. Ramai yang tertipu dengan perkataan “sahabat atau rakan" rapat sehinggakan mereka memilih untuk mengadu masalah kepada individu berbeza jantina. Perangkap ini berlaku tidak mengira orang sama ada imam, ustaz, ustazah, pakar ekonomi, kaunselor dan sebagainya.

Cuba fikir secara logik, mengapa mengadu masalah kepada jantina berbeza. Adakah tidak wujud lagi teman rapat yang sama jantina. Mengapa tidak rujuk kepada kaunselor atau kepada orang tengah yang dipercayai ( mak ayah ). Dalam kes begini, perempuan lebih cenderung mengadu, lelaki cenderung sebagai wira yang mahu menyelesaikan masalah sama ada menasihat atau sebagainya. Ya sudah pasti dalam seseorang individu mengadu permasalahan, individu yang berbeza jantina akan mula merespon.

Sebagai contoh, isteri kepada A mengadu masalah kepada suami kepada B tentang bebanan rumah tangga yang berlaku kepadanya. Si isteri kepada A menggunakan alasan untuk meminta pandangan dan nasihat kepada suami kepada B. Kemudian ia berlaku hanya dalam telefon, YM, dan chat FB misalnya secara berdua. Adakah ini betul cara mengadu permasalahan? Apakah ia tidak cukup memberi ruang fitnah dan ketidak puasan hati kepada Suami A dan isteri B sekiranya perkara ini diketahui?

Sekiranya menjadi kebiasaan mengadu masalah kepada “sahabat” atau “rakan sekerja” yang berbeza jantina ini, sudah pasti lama kelamaan akan wujud kemesraan yang sudah menjadi “keselesaan” kepada seseorang individu untuk mengadu sebarang permasalahan. Mula perbincangan tentang permasalahan, lama-lama mula masuk kepada topik yang lain. Mungkin diolog seperti “klaw susa-sasa sangat awak, kawen je ngan saya, dapat saya tenangkan awak”. “ jom la kita kawen, hihi”.



“ Mungkin siperempuan pada awalnya bertahan hanya pada yang “suami” tapi jangan lupa bahawa tidak mungkin ia boleh bertukar bila setiap “perbincangan” si lelaki kononnya bergurau ajak berkahwin akan mula berubah hati kearah tersebut. Sungguh gurauan tersebut sudah pasti itu gurauan syaitan. Mereka sudah tahu siperempuan sudah besuami dan silelaki juga sudah beristeri. Tidak ada lelaki yang bergurau semata-mata bergurau sekiranya sentiasa dilafazkan dan di ulang-ulang. Awas!!!!itulah perangkap syaitan laknatullah dalam usaha memusnahkan kebahagiaan pasangan.

IKTIBAR BERSAMA

Saya ada terbaca satu kisah perkongsian dalam ruangan kaunselor surat khabar( saya lupa tarikhnya ). Seorang lelaki A sudah bertunang dengan perempuan B dan perempuan C sudah bertunang dengan lelaki D. Perempuan C merupakan rakan kongsi kepada lelaki A, dek kerana mereka sentiasa berhubung atas dasar rakan kongsi pada awalnya, lama-kelamaan perbincangan kearah soal peribadi, soal pertunangan mereka dan sebagainya.

Akhirnya, mereka terperangkap dengan kemesraan yang wujud sehinggakan kedua-duanya selesa mengadu masalah bersama. Bercakap dengan telefon berjam-jam, ber “ chat” 2,3 pagi, berSMS lewat malam dan sebagainya yang melibatkan mereka berdua sahaja. Berjayalah usaha syaitan dalam memerangkap mereka. Ringkasnya mereka berpisah dengan tunang masing-masing. Na’uzubillah. Bukankah haram meminang perempuan yang sudah dipinang orang. Moga-mogo perkara ini menjadi iktibar kepada seluruh ummat islam dan perlu berhati-hati dalam menjaga syariat dalam muamalat sama ada seorang perempuan yang telah dipinangkan mahupun antara tunang dengan tunangnya sendiri apatah lagi sekiranya berstatus isteri orang.

KESIMPULAN

Sekali lagi perlu diteguhkan, soal keperluan seoang isteri menjaga maruah ketika berada dibelakang suami adalah tangganungjawab wajib seorang perempuan ( suami pun begitu juga ). Apatah lagi sekiranya bercinta dengan isteri orang. Kursus perkahwinan juga perlu kepada perubahan kandungan supaya bersifat mendidik bukannya melucahkan. Soal peranan orang tengah yang berfungsi kepada penyelesaian sekiranya berlaku masalah kedua belah pihak suami dan isteri. Soal pengaruh teknologi kepada faktor perpecahan rumah tangga dan banyak lagi. semua ini membawa kepada soal kepercayaan. yang melibatkan pasangan masing-masing. Percayalah Kehancuran Institusi kekeluargaan adalah petanda kepada kehancuran pembinaan generasi yang cemerlang.

P/s : penyaki begini tidak mengenal siapa orangnya tetapi ia kehancuran yang nyata..berhati-hati dalam bermuamalat.

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets