Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

KPM makin celaru : Guru bakal bekerja selama 9jam dari 7.30pg-4.30ptg

Thursday, November 10, 2011

Terkejut juga bila mendegar KPM mengistiharkan mahu melanjutkan masa guru bekerja seperti yang di maklumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Wee Ka Siong semalam dalam projek perintis KPM. Dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 4.30 petang, bayangkan. Benarlah jika posisi yang bukan ahlinya duduk, maka celaru habis jadi KPM ni.



Isu penempatan guru pun tidak selesai lagi, tambah lagi isu nak panjangkan masa guru. Mungkin tidak boleh marah, sebab dia bukan seorang guru. Saya berpandangan, jika hari ini perkara ini di buat satu tinjauan umum terhadap perkara itu, nescaya ramai yang membantah berdasarkan faktor bebanan tugas yang sedia ditanggung oleh guru. Ini selaras dengan gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar kerajaan membatalkan sahaja projek perintis guru kerana kajian itu, yang akan dilaksanakan mulai Januari depan adalah satu tindakan membazir.



Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari 2012 di empat negeri — Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor — berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenal pasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru. Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari 2012.



Projek perintis itu akan dilaksanakan di empat negeri melibatkan sekitar 5,000 guru sekolah rendah dan menengah kerajaan mulai 1 Januari depan. Terang-terangan kerajaan mempunyai niat menjadikan guru ini sebagai tikus makmal. Bukankah kita sedia maklum, bahawa sebelum ini pun kerajaan pernah menggubal dasar PPSMI, semua guru dikerah "basuh" lidah untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Semua guru dibawa pergi kursus, berapa banyak kerajaan belanjakan peruntukkan untuk perkara tersebut, ubah buku teks dan sebagainya kemudian tak jadi pula, ubah balik. ( Padahal PPSMI ni perlu di buat kajian terlebih dahu, tengoki kesannya, baru laksanakan. Jika tak, jadilah seperti hari ini. Kita takot, perkara yang sama juga berulang pada projek ini )



Kata Pak Menteri, Dr Wee Ka Siong.

“Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

“Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara,” katanya.

“Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian. Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya,”



Ini melibatkan "flipflop" kerajaan membuat ekperimen kepada guru. Jangan begitu KPM. sebelum buat sesuatu, buat dulu tinjauan tepat dan jika perlu kepada penerangan, lakukan dulu. Jika dah buat, baru nak tengok hasil eksperimen, "nanya" jadi. Buat separuh jalan, kemudian pusing balik, kita akan sentiasa rugi. yang jadi masalah adalah murid-murid. Sama juga dengan perkara ini, kita takot wujud "silent protes" terhadap perkara ini dan sudah pasti akan memberi kesan kepada guru dan pelajar.



Isu bebanan perkeranian pemeriksaan kertas jawapan diluar waktu sekolah, pemeriksaan buku dan kerja sekolah, isu masa di luar waktu sekolah, isu masa guru mengiringi pelajar untuk ko-kurikulum di luar sekolah. Isu tekanan masa yang wajib hadir ke "seminar" dan banyak perkara lagi. Moga-moga KPM tidak menunjukkan ketidak fahaman mereka terhadap dunia perguruan. Kesannya besar, yakni kepada generasi anak muda Malaysia secara halusnya.



Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.

( http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ka-siong-guru-tak-perlu-risau-dasar-kerja-sembilan-jam/ )



KPM tolong buat kerja serius skit ya....



0 comments:

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets