Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

TEGURAN FILEM “TAARE ZAMEEN PAR” BERKAITAN GOLONGAN DISLEKSIA.

Friday, May 28, 2010

Kisah yang dipaparkan dalam filem ini sangat realistik untuk mendedahkan dunia golongan disleksia ini. Dapatan dari kisah ini berkisar tentang isi kesedaran, kefahaman, diskriminasi, pengasingan, pendidikan untuk semua, inklusif dan isu membina individu berasaskan potensi diri yang ada

.

Kefahaman masyarakat terhadap dunia kanak-kanak disleksia ini dilihat sangat kurang, Saya cuba menyiku masyarakat yang dilihat tidak cuba memahami golongan ini. Boleh dilihat secara jelas melalui diolog antara Adik Ishan dengan ibu dan gurunya.

Inshan menyatakan huruf yang dilihatnya seolah menari-nari. Adik ishan cuba menjelaskan keadaannya kepada masyarakat akan tetapi masyarakat melihat penerangan Adik Ishan suatu yang kelakar sebagai alasan untuk tidak mahu membaca(senang cakap bodoh budak ni). Ini tempelak yang jelas bila mana guru yang menyedari Adik Ishan mempunyai masalah disleksia cuba memahamkan ibu bapanya dirumah tetapi ayahnya agak sukar untuk menerima memandangkan anaknya sempurna fizikal.

Bila guru tersebut meminta ayahnya membaca tulisan jepun yang tertera di kotak permainan anaknya, barulah ayahnya faham keadaan anaknya. Ini teguran penulis skrip kepada masyarakat yang menonton kisah ini. Sangat simplel atau bersahaja cara menerangkan kepada masyarakat umum tentang kefahaman dunia golongan disleksia.

Isu yang kedua ialah berkisar tentang kesedaran. Dalam cerita ini, Adik Ishan membawa watak golongan disleksia, yang mana dia terlalu sukar untuk berhadapan dengan masyarakat. Kesedaran masyarakat terhadap wujudnya golongan minoriti disleksia ini seakan-akan tidak sedar dan kesanya bila terdapat kes-kes sebegini, masyarakat sangat lambat untuk mengakodominasikan persekitaran.

Jelas boleh dilihat Adik Ishan ini tidak dapat bersosial dengan baik dengan kawan-kawannya memandangkan masyarakat tidak sedar cirri-ciri anak-anak disleksia ini. Bila Adik Ishan membaling bola kriket untuk membantu member kembali tetapi bila dibaling bola tersebut pergi kearah luar pagar dan akhirnya dia dipukul. Tengok, ini lah kesannya sangat tidak membina. Walhal dia berniat untuk membantu tapi pergaduhan yang akhirnya berlaku.

Isu yang lebih serius untuk saya tekankan ialah isu pendidikan untuk semua. Sangat diskriminadsi bila mana guru Adik Ishan menyatakan ishan mempunyai masalah disleksia, terus guru besar member respon negative dengan alas an susah untuk member bantuan dalam sekolah aliran perdana ini.

Ini realiti yang berlaku dalam dunia hari ini, sangat diskriminasi berlaku. Kalaulah kanak-kanak tipikal biasa dapat belajar disekolah aliran perdana yang dekat dengan rumah, kenapa anak-anak disleksia atau kurang upaya perlu berjauhan dengan keluarga untuk belajar. Saya sangat sedih andai kata ia berterusan berlaku.

Dalam isu pendidikan juga, bila guru besar diberi kefaham, akhirnya proses inklusif dilakukan. Proses inklusif ini dilihat tidak membantu sekiranya keadaan sekeliling dilihat tidak positif(memahami )golongan minoriti ini. Saya mencadangkan setiap sekolah perlu menempatkan sekurangnya seorang guru pendidikan khas di setiap sekolah bagi memudahkan rujukan guru-guru aliran perdana memahami dunia kanak-kanak masalah pembelajaran.


CUTI BUKAN MATI

Monday, May 3, 2010


"Bila masa terluang, tidak tahu hendak buat apa, bila kesempitan meminta-minta masa"

Cuti semesta yang panjang sekitar dua bulan lama kiraannya sudah pasti jika peluang dan ruang ada, jika tidak dimanfaatkan sehabis mungkin, maka masa itu sendiri menjadi liabiliti kepada empunya diri..Rakan-rakan, teman-teman, sahabat-sahabat dan seluruh mahasiswa/i, perlu ada suatu yang dilihat dan dirancang sebaiknya dengan ruang dan peluang masa yang ada ini agar manfaatnya kembali kepada diri, keluarga bahkan kepada masyarakat. Cuti ini bukannya satu tiket untuk mematikan diri dalam apa jua kerja kebaikan yang dilakukan dikampus, cuti adalah tempoh proses mengemaskini perkara teknikal serta menambah ilmu diserata tempat tanpa bebanan kerja lain. Dan tidak sesekali cuti menjadikan gerak kerja islam turut mati.




Kerja Islam..

Saya sangat yakin bahawa kebanyakan ahli isiukm antara penggerak islam di kampus tanpa dinafikan ada juga orang lain bukan ahli melakukannya, akan tetapi usaha dan semangat yang ada pada kalian ketika dikampus usah dikafankan bersama buku-buku dan nota-nota akademik, akan tetapi ia perlu disuburkan walau dalam medium tempat yang berbeza. Jadi lah apa pun, pokok panggalnya kalian telah ditarbiah dengan gerak kerja islam kampus bukan atas dasar "semangat" berjuang di kampus berapi-api tetapi dengan asas yang cukup jelas berjuang atas menifestasi "kefahaman beraqidah". Jangan lupa latihan di kampus untuk bertemu dengan "grand field" ummah di balik pagar kampus, itu utamanya. Cuti ini kalian bertebaran membawa jenama penggerak islam( bukan menjaja nama persatuan islam ), pijaklah di bumi manapun, kalian jangan lupa tinggalkan benda bermanfaat di setiap perhentian dengan harapan islam juga turut tersebar seperti mana kalian bertebaran. Saya cukup optimis, jika kalian yang terdiri kalangan imam, makmun, mu'azzimm serta golongan menghidupkan surau-surau di kampus. Sudah pasti kalian jugalah orang yang berbuat demikian ketika di kampung-kampung. Nyata dan pasti kepulangan saudara ditunggu-tunggu masyarakat kampung untuk mengimamkan mereka. Saya difahamkan begitu. Moga-moga proses pentabiyyahan yang berlangsung dalam ISIUKM memberikan jalan kepada saudara-saudari meneruskannya di tempat kalian.

Ungkapan


Selamat beristirehat dalam erti kata rehat dengan menambahkan ilmu didada. Diucapkan kepada seluruh mahasiswa/i kampus terutamanya kampus UKM, khususnya ahli ISIUKM...

Penyelesainya Mengajar Seks

Monday, April 26, 2010





Assalamualaikum

Statistik negara..

Saya cuba menyemak dan memahami data dan fakta yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Dalam komentarnya terhadap isu sosial, statistik menunjukkan jumlah keseluruhan kes rogol, liwat dan sumbang mahram tahun lalu adalah sebanyak 4,238 kes berbanding empat tahun sebelum itu iaitu 3,986 pada 2008; 3,689 (2007); 2,943 (2006) dan 2,427 (2005). Kes rogol pada tahun lalu mencatatkan jumlah sebanyak 3,626 diikuti sumbang mahram (385) dan liwat (227) manakala pada 2008, kes rogol adalah sebanyak 3,409 diikuti sumbang (334) dan liwat (243). Saya mengira ini suatu yang sangat mengaibkan negara kita ini.

idea dan tindakan

Sejumlah yang besar statistik negara menunjukkan sangat serius isu sosial di negara kita. Saya sangat terkejut bila isu keganasan seks semakin memuncak, maka jalan keluarnya ialah mengadakan pendidikan seks!

Pendidikan Seks

Pada pandangan ahli akademik, pendidikan seks perlu untuk mengajar bahayanya seks bebas dan perlunya saluran seks yang betul. Tetapi sejak akhir-akhir ini, Pendidikan Seks dianggap sensitif dan ditukar kepada nama lain..bukan persoalan pendidikan seks itu, tetapi hanya itu sahaja yang difikirkan sebagai penyelesaian masalah sosial?! sangat sedih dan terkilan bilamana pemikiran telah dipisahkan dengan agama. Saya yakin dan percaya mereka berniat baik untuk menyelesaikan isu ini tetapi mereka telah terpedaya dengan ideologi "sekularisme" dan "komunisme" yang memisahkan agama dalam aspek kehidupan harian.

Pandangan Agama

Saya sangat tertarik dengan kata ulama', bukanla satu penyelesaian yang mudah sekiranya semua masalah tidak dikembalikan kepada penyelesaian agama. Pernah ada cadangan untuk memgelak berlakunya masalah penyakit Aids, maka kita perlu bagi kondom percuma. Seakan-akan mempunyai persamaan hujuh dalam menyelesaikan masalah ini juga. Bukan kaH Al Quran itu sebagai penawar kepada semua penyakit?bukan ka Islam meletekkan aturan yang cantik untuk mengatasi permasalahan pergaulan( ikhtila')?, kenapa masih mengetepikan perkara ini andai kata mereka menyakini beriman kepada Alquran? Ada lagi ka penyelesai yang terbaik selain kembali kepada peraturan syariat islam? Undang-undang islam tidak dipakai? Kenapa tidak mencegah dari merawat?

Penutup

Saudara yang dihormati sekalian, ini antara bukti betapa meresapnya pemikiran liberal, sekular dan bermacam lagi dalam ideologi masyarakat kita. Mereka ini antara penentu dasar negara kita. Adakah kita sanggup membiarkan begitu sahaja ideologi ini tersebar?Ayuh, ideologi yang benar hanya satu, Aqidah islamiah!tolok la selain dari itu, kembalikan semuanya kepada yang Hak, yakni yang Maha Mengetahui....

ADIK ROGOL KAKAK

Thursday, April 22, 2010

Posted on the November 16th, 2009 under Berita, Hari ini, Jenayah, Tempatan by johnjimat

KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar adik setan kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.

Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung benih adiknya.

Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak.

Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.

Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.

Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui, kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini.

Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.

Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.

Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol, katanya.

Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.

Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.

Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya, katanya.

Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.

Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.

Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku, katanya.

Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.

Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.

Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah, katanya.

Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.

Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi lebih tahu mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya, katanya.

Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa menyembunyikannya di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.

Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat..P/S...........BAGAIMANA TAHAP SOSIAL MASYARAKAT SEKARANG?????MAMPU KA SAUDARA BERDIAM TANPA MAHU BERTINDAK?

Sunday, April 18, 2010

KENAPA SEHINGGA PERLU DIBUAT BEGINI?
Tutup televisyen, hidupkan semula hubungan kekeluargaan
2010/04/17
PETALING JAYA: “Tutup televisyen dan hidupkan semula hubungan kekeluargaan,” kata Penyelaras Kempen Konsumer Kebangsaan, Datuk Paul Selva Raj.
Televisyen kini dianggap sebagai pengasuh kanak-kanak, bukan lagi sekadar alat hiburan, berikutan lebihan masa golongan terbabit menggunakan media itu dalam kehidupan seharian.
sumber berita harian metro
saya berpandangan, sangat perlu bagi kerajaan menyemek kembali status kebenaran rancangan@cerita@movie@ apa jua yang dipaparkan dalam TV kepada masyarakat umum hari ini ketika mana masih berkuasa melakukanya. Saya kira, hari ini masyarakat sudah jemu dengan apa yang tayangkan dalam TV yang banyak kearah kisah cinta nasfu berahi bahkan pemakaian seksi para pelakon juga seolah dibenarkan dalam komuniti masyarakat islam yang majoriti ini. Kalau benar Datin Seri Rosmah Mansur mahukan generasi islamik-quranik yang dicanangkan dalam projek permata insan dengan kos berjuta ringggit, saya kira Datin Seri perlu jujur dalam melaksanakanya hatta dalam isu ini juga. Jangan menjadi barua seolah-olah gajah depan mata tidak nampak, kuman jauh seberang sana mahu julang-julang supaya menjadi hiro. Saya begitu bersetuju apabila ada ahli kabinet mencadangkan suatu siaran televisyen saluran berbentuk islamik, dan lebih cantik sekiranya kesemua saluran adalah berbentuk islamik, isi-isu kekeluargaan, isu masyarakat dan ummah dipaparkan tetapi sehingga sekarang tiada apa-apa berlaku bahkan makin kritikal pula rasanya. Saya khuatir sekiranya, ia sekadar suatu gula-gula kepada masyarakat dalam meraih politik murahan.
Isu utamanya ialah ummah yang mahu dilahirkan islamik dalam acuan jahiliah. Lantas, perlu bagi seluruh cendikiwan-cendikiawan islam menyatakan secara berani supaya benda yang melibatkan maslahah ummah ini diselesaikan. Peraturan dan enakmen berkaitan hiburan perlu diselaraskan mengikut syariat bukannya mengikut minat. kembalikan dan laksanakan tuntutan amanah ini, sepatutnya media baik elektronik mahupun cetak perlu memainkan peranan kearah menyeru kebaikan bukannya kearah kerosakan. Ini perkara yang serius, selaku persatuan mahasiswa yang membawa suara mahasiswa islam, kita menyokong apa jua tindakan kearah mengembalikan siaran TV pada jajaran syariat islam.....
(barua=cakap lain buat lain)

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets