Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

TEGURAN FILEM “TAARE ZAMEEN PAR” BERKAITAN GOLONGAN DISLEKSIA.

Friday, May 28, 2010

Kisah yang dipaparkan dalam filem ini sangat realistik untuk mendedahkan dunia golongan disleksia ini. Dapatan dari kisah ini berkisar tentang isi kesedaran, kefahaman, diskriminasi, pengasingan, pendidikan untuk semua, inklusif dan isu membina individu berasaskan potensi diri yang ada

.

Kefahaman masyarakat terhadap dunia kanak-kanak disleksia ini dilihat sangat kurang, Saya cuba menyiku masyarakat yang dilihat tidak cuba memahami golongan ini. Boleh dilihat secara jelas melalui diolog antara Adik Ishan dengan ibu dan gurunya.

Inshan menyatakan huruf yang dilihatnya seolah menari-nari. Adik ishan cuba menjelaskan keadaannya kepada masyarakat akan tetapi masyarakat melihat penerangan Adik Ishan suatu yang kelakar sebagai alasan untuk tidak mahu membaca(senang cakap bodoh budak ni). Ini tempelak yang jelas bila mana guru yang menyedari Adik Ishan mempunyai masalah disleksia cuba memahamkan ibu bapanya dirumah tetapi ayahnya agak sukar untuk menerima memandangkan anaknya sempurna fizikal.

Bila guru tersebut meminta ayahnya membaca tulisan jepun yang tertera di kotak permainan anaknya, barulah ayahnya faham keadaan anaknya. Ini teguran penulis skrip kepada masyarakat yang menonton kisah ini. Sangat simplel atau bersahaja cara menerangkan kepada masyarakat umum tentang kefahaman dunia golongan disleksia.

Isu yang kedua ialah berkisar tentang kesedaran. Dalam cerita ini, Adik Ishan membawa watak golongan disleksia, yang mana dia terlalu sukar untuk berhadapan dengan masyarakat. Kesedaran masyarakat terhadap wujudnya golongan minoriti disleksia ini seakan-akan tidak sedar dan kesanya bila terdapat kes-kes sebegini, masyarakat sangat lambat untuk mengakodominasikan persekitaran.

Jelas boleh dilihat Adik Ishan ini tidak dapat bersosial dengan baik dengan kawan-kawannya memandangkan masyarakat tidak sedar cirri-ciri anak-anak disleksia ini. Bila Adik Ishan membaling bola kriket untuk membantu member kembali tetapi bila dibaling bola tersebut pergi kearah luar pagar dan akhirnya dia dipukul. Tengok, ini lah kesannya sangat tidak membina. Walhal dia berniat untuk membantu tapi pergaduhan yang akhirnya berlaku.

Isu yang lebih serius untuk saya tekankan ialah isu pendidikan untuk semua. Sangat diskriminadsi bila mana guru Adik Ishan menyatakan ishan mempunyai masalah disleksia, terus guru besar member respon negative dengan alas an susah untuk member bantuan dalam sekolah aliran perdana ini.

Ini realiti yang berlaku dalam dunia hari ini, sangat diskriminasi berlaku. Kalaulah kanak-kanak tipikal biasa dapat belajar disekolah aliran perdana yang dekat dengan rumah, kenapa anak-anak disleksia atau kurang upaya perlu berjauhan dengan keluarga untuk belajar. Saya sangat sedih andai kata ia berterusan berlaku.

Dalam isu pendidikan juga, bila guru besar diberi kefaham, akhirnya proses inklusif dilakukan. Proses inklusif ini dilihat tidak membantu sekiranya keadaan sekeliling dilihat tidak positif(memahami )golongan minoriti ini. Saya mencadangkan setiap sekolah perlu menempatkan sekurangnya seorang guru pendidikan khas di setiap sekolah bagi memudahkan rujukan guru-guru aliran perdana memahami dunia kanak-kanak masalah pembelajaran.


0 comments:

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets