Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

BILA WAQI' DI JADIKAN ALASAN...

Tuesday, September 20, 2011


katanya ilmuan, seikh nasih ulwan, kaedah hendak mengajar anak-anak mencintakan ilmu. katanya, sudah pasti ibu bapa terlebih dahulu perlu membudayakan ilmu. Ini satu kaedah mencipta waqi'( suasana ) dalam pembudayaan keluarga itu sendiri. Ada pandangan yang menyempitkan makna perlu mengikut waqi' atau bersifat waqi'yyah sebagai alasan tidak mahu berubah. Sudah pasti melihat waqi'yyah adalah perlu, tapi mencipta suasana persekitaran juga perlu dilakukan dengan penuh kebijaksanaan.

Dalam hal ini, persoalan utama yang perlu difahami ialah berusaha mencipta suasasa, akan tetapi dalam mencipta suasana pendekatan sudah pasti bersifat penyesuaian semasa (waqi'yyah ). Dalam artikata mudah pendekatan yang "bijaksana" bukan "terikat". Terikat kepada orang-orang terdahulu atau pada sejarah yang lalu. Seolah-oleh yang terdahulu itu adalah wajib diikuti.

Maka adalah sangat tidak wajar,bila dalam sesuatu organisasi atau suatu budaya masyarakat sedia ada yang tidak betul maka sang ketua menggunakan hujjah "waqi'yyah" sebagai alasan untuk tidak mengubah sesuatu budaya dalam masyarakat atau budaya organisasi. Sungguh nampak kedaifan memahami persekitaran tersebut.

Kritikan Za,ba dalam menegur pemikiran Melayu

Kritikan melalui penulisan artikel Za'ba perlu dipuji. Kritikanya sungguh ilmiah. Memetik penulisan beliau dalam buku Mencapai Keluruhan Budi yang mengumpul koleksi himpunan artikel-bartikel beliau menyebut kedaifan memahami islam yakni sebagai addin tetapi ia tidak difahami dengan sewajarnya.

"agama biasanya difahamkan oleh kebanyakan orang ialah suatu "sistem" atau susunan pengajaran yang mengaturkan kepercayaan manusia berkenaan tuhan atau kuasa ghaib yang tertinggi serta segala hal yang bersangkut delam alam rohani"

"maka tidaklah banyak orang dalam apa agama pun yang faham atau yang memahamkan bahawa "agama" itu suatu peraturan hidup bagi memimpin manusia dalam kehidupan di dunia ini terhadap kelakuan dan perbuatan baik dan jahat, salah dan betul"

"padahalnya fahaman yang kedua inilah fahaman yang sebenar dan sebetulnya"

ditempelak juga sikap melayu yang tidak mahu mengamalkan ajaran islam dengan bicaranya

"bahkan dalam negeri kita ini kerap kali kita dapati orang-orang yang tiada beragama islam itulah yang terlebih banyak memakai dan menjalankan ajaran jimat cermat islam ini dan kita orang melayu yang semuanya beragama islam terlebih selalu melanggar ajaran itu"

Arakian ditegaskan oleh Za'ba dalam menegur sikap oranng melayu, katanya "gajah berak besar, kancil pun nak berak besar, akhirnya keluar isi perut"!

Tegurannya begitu berani terhadap sikap masyarakat melayu, yang menegur ini bukanya ahli politik,bahkan jauh sekali bukan golongan anti melayu, maka sudah pasti teguranya jujurnya mempunyai asas mencipta suasana dan sikap masyarakat yang lebih baik.

Politik ilmu

Dalam penulisan Dato' Saifuddin Abdullah, bukunya Menyelami Minda Muda : pendidikan, partisipasi, & politik menyatakan :

Integriti politik perlu berasaskan kepada Politik Baru yang berteraskan kepada idealisme Politik Ilmu, Polotik Hikmah, dan Politik Bakti.

Menurut Democratic Innovations oleh Graham Smith, memperkenalkan lima demokrasi yang perlu.

1) Demokrasi Partisipatif
2) Demokrasi Deliberatif
3) Demokrasi langsung ( direct democracy )
4) Demokrasi Kelainan ( Different democracy )
5) Demokrasi kosmopolitan

Semua ini semata-mata mahu mempopularkan politik yang mementingkan intelektual sebagai tunjang utama. Adalah suatu yang bermanfaat jika negara ini menuju kearah politik ilmu.bukan politik perkauman mahupun politik amarah.

Menuju lebih baik

Sewajarnya "mengubah" adalah suatu perkara yang berat. Apatah lagi jika mahu mengubah suasana yang sudah selesa oleh persekitaran. Nescaya akan ditentang disegenap penjuru. Samada oleh lawan mahupun teman-teman sekeliling. Pilihan yang terbaik ialah berbincang, berdiskusi dan berhujjah. Maka berdirilah setiap apa yang terjadi atas dasar hujjah. Berhujjah sudah pasti ada perbezaan pendapat. Pendapat golongan pengikut tidak semestinya tidak betul, pendapat pemimpin tidak semestinya semua betul. Cantik jika dalam perbincangan pangkat mahupun jawatan perlu diketepikan. Maka bila berhujjah, selayaknya biar terdiri kalangan "ahlu ilm wal aqli"



0 comments:

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets