Siaran berita Akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Jun 2011( Ahad ), dilaporkan seramai 12 anggota polis termasuk seorang pegawai telah ditahan dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah di ibu Negara, Kuala Lumpur. 6 daripada mereka dari cawangan Norkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur. Isu yang kita rasakan “harapkan pagar pagar makan padi”, tetapi tidak pula semua anggota polis bersikap begitu. Nisbahnya kecil berbanding dengan 100000 keanggotaan polis. Cuma perkara utama untuk dibincangkan dalam makalah ini ialah persoalan mengapa ada yang bersikap begitu. Mereka ini terdiri dari yang bergaji besar dan mereka yang ada jawatan serta kuasa. Kita perlu selak dan semak perihal begini untuk kita sama-sama meletakkan satu hujah empirikal terhadap “kenapa berlaku” perkara begini dalam masyarakat kita.
Wajar kiranya kita bersama membincangkan perkara ini secara ekstensif dan komprehensif untuk kita semua betul-betul kenal apa pokok utamanya. Saya pernah membaca pengalaman seorang penulis dalam satu kolumnis, beliau telah menceritakan tentang pengalamannya ketika berada di atas jalan raya yang sesak lalu lintas. Dilihatnya sebuah kereta berjenama mewah juga turut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tersebut. Kemudian, dalam keadaan tersesak-sesak begitu, tiba-tiba terdengar bunyi siren kereta polis yang meminta memberi laluan kepada kereta pihak “berkuasa” untuk melalui jalan tersebut. Kereta mewah itu juga terpaksa memberi laluan kepada kereta pihak “berkuasa”. Maka beliau membuat kesimpulan, analogi mudah yang boleh difahami bersama, sebab itulah ramai yang bermusuh untuk mendapatkan kuasa. Dengan kuasa semua boleh dapat. Antara sang kaya dengan sang penguasa, sudah pasti terlalu dekat hubungan kedua-duanya. Yang kaya menggunakan yang berkuasa untuk ( mendapatkan projek ) terus kaya dan yang berkuasa terus mahu jadi kaya dengan imbuhan ( rasuah ) hasil menolong si kaya.
Dua perkara yang menjadi pokok utama kepada manusia bergaduh, berkelahi dan saling membunuh. Bagi yang tidak berkepentingan ia tidak membawa apa-apa. Tetapi hakikatnya dek kerana dua perkara inilah banyak nyawa melayang.
Menjengah dua contoh keangguhan kuasa dengan kesombongan harta
Kita sedia maklum kisah tentang Nabi Musa melawan Kerajaan Firaun. Bukan kita tidak tahu kisahnya, tetapi ingin membawa kembali sebagai pedoman dan peringatan. Siapa tidak kenal keangguhan firaun sehingga mendabik dada dialah sebagai tuhan sekalian alam. Seperti yang di firmankan oleh Allah :
“Sesungguhnya Firaun telah meninggikan diri di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan”. ( Al-Qosos, ayat 4 ).
Menghukum sesiapa yang dia ingini, membesar dan memuliakan sesiapa yang diingini. Mendakwa tidak ada lagi yang lebih berkuasa melainkan dirinya. Bila Nabi Musa menyeru untuk menyembah tuhan yang Esa, bertambah angguh bila ejikan Firaun dengan memerintahkan Perdana Menterinya, Hamman untuk mencipta “tangga” supaya Firaun dapat bertemu dengan tuhan Nabi Musa.
“Dan berkata Fir'aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku BANGUNAN YANG TINGGI supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta." (Al-Qashash:38 )
Adapun keangguhan tersebut, dibalas oleh tuhan. Ditelan juga dalam perut bumi ketika merentasi lautan. Yang dulu sangat terhormat, semua manusia sangat takut dan mengharapkan “pertolongannya”. Tetapi dikala Firaun diambang maut, tidak ada sesiapa yang mampu menolongnya lagi. Mana tidaknya kekuasaan manusia melawan kekuasaan Allah,tuhan kepada seluruh alam.
Arakian juga kisah kesombongan Qorun!di kisahkan bahawa Qorun memiliki “perbendaharaan” harta. Firman Allah dalam Al-Quran bermaksud,
“Sesungguhnya Karun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri". ( Al-Qosos, Ayat 76 )
Kata ulama tafsir, 40 orang pemengang kunci ( pendapat Qatadah dan ia berbeza dengan Mujahid dan Al-Kalbi pada jumlahnya orang ) perbendaharaan hartanya. Wah!begitu besar kepunyaan hartanya. Maka keangguhan mula keluar dari Qorun. Lantas mendabik dada tatkala dinasihat, tidak ada yang lain melainkan ia dari kecerdikanya untuk mendapatkan harta-harta tersebut. Bukannya dari tuhan. Karun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku".( Al-Qosos Ayat 78 ).
Sesungguhnya, kekayaan yang dimiliki oleh Qorun yang melimpah luah sungguh diidam-idamkan oleh kebanyakan manusia sehinggakan ada antara manusia zaman tersebut berkata:
“Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Karun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar". Al-Qosos Ayat 79
Kerana mengimpikan dunia, maka orang-orang beriman telah menempelak golongan yang mengimpikan kekayaan dunia dengan berkata
“Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu kecuali oleh orang-orang yang sabar".( Al-Qosos Ayat 80 )
Akhirnya keangguhannya itu juga dibalas oleh tuhan dengan menenggelamkannya dalam perut bumi. Dulu Qorun menjadi pujaan, menjadi tempat menagih simpati walaupun tidak di layannya. Bila ditenggelamkan bumi, tidak ada sesiapa juga yang mampu menolongnya dari balasan Allah.
“Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).” ( Al-Qosos, Ayat 81 )
Bukankah ada kesamaan antara keangguhan memiliki kekuasaan dengan kesombongan pemilik harta. Dua-dua mempunyai kemulian yang tinggi didunia, terlalu angguh dan sombong untuk menerima nasihat, lantas ditambahkan lagi keangguhan meeka untuk mencabar tuhan, kedua-duanya dibalas, dilubangkan dalam perut bumi yang sama. Tatkala itu, yang mulia, terhormat menjadi yang keji dan yang hina dihadapan Allah kerana KUASA DAN HARTA.
Adapun contoh yang baik dalam menguruskan perihal ini telah diceritakan oleh Allah dalam kisah Nabi Sulaiman sebagai Ketua Kerajaan dengan rakyat jelatanya.
“maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". (An-Namlu Ayat 19 ).
Gambar Berjubah Konvokesyen ( dah merasa pakai baju konvo sebelum konvo universiti ) selepas perarakan akademik, Pengurusan Universiti sempena lafaz Ikrar Pelajar tahun satu mewakili PMUKM.
Saya simpulkan, dua perkara yang berat ini perlu diurus dengan baik, agar tidak memudarat orang lain, bahkan lebih berat bila dihina oleh Allah dengan azabnya. Kenapa dua perkara ini cukup berat, dengan adanya duit, kuasa dimiliki, dengan duit dan kuasa, semua boleh dapat. Sebab itu ramai yang berebut mahukannya. Yang gila terus menjadi gila kerana kuasa dan harta. Sanggup membunuh yang benar untuk petahankan kedudukanya. Musa tidak berdiam, Nabi Musa melawan untuk tenggelamkan kuasa dari yang tidak layak. Maka hari ini pun sama, sebelum dapat kepada yang zalim, maka yang amanah dan berkebolehan perlu mengambilnya dari mereka yang zalim!
“tetapi orang yang berlaku Zalim, kemudian ditukarnya kezalimannya dengan kebaikan (Allah akan mengampuninya); maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( An-Namlu Ayat 11 )
P/S : KUASA mahupun HARTA itu sekadar wasilah untuk dakwah Islam, kalah atau menang bukan pokok utama perlu , tapi islam perlu terus menerus disampaikan kepada ummah. Sebab itu, dalam KItab Ahkam Al sultaniah karangan Imam Mawardi menyatakan tentang kepentingan dua perihal ini, iaitu Al-Sultan wal Maliah ( Kuasa dan Harta ).
0 comments:
Post a Comment