Diriku nukilkan semangat dalam kesedihan. semangat kerana mahu meneruskan bait-bait hujjah nukilanya buat Bangsa Melayu-Islam tercinta. Sedih pula kerana siapa lagi seberaninya bercakap tegas dalam mempertahankan tentang pembangunan insaniah terhadap Bangsa Melayu Islam. Ya betul "patah tumbuh hilang berganti". Bergantinya sudah pasti tidak sama seperti yang asal.
Kalamnya lunak, menegur pemerintah secara tegas, mengkritik Melayu yang songsang dan perjuangan diatas ilmu bukan emosi. Marahnya bersebab, rayunya bukan meminta-minta, tulisnya sejujur budi. tegasnya membela golongan marhean. Putih ubanya memikirkan bangsa. Dirimu sebahagian dari sang yang berani. Masih segar dalam ingatan semua itu.
Memang ada perkara yang sesetengah itu tidak saya persetujui tetapi ia umpama "berbezanya pendapat Imam An-Nawawi dengan gurunya Imam As-Syafie dalam beberapa perkara". Siapa tidak kenal sosok tubuh berwajah tua, bergaya sederhana tetapi tajam bicaranya tinggi falsafahnya dan lantang perjuangkan bahasa dan bangsa. antara yang paling lantang mempertahan bahasa melayu ketika isu PPSMI, itulah dia Dato Hassan Ahmad.
Kalamnya lunak, menegur pemerintah secara tegas, mengkritik Melayu yang songsang dan perjuangan diatas ilmu bukan emosi. Marahnya bersebab, rayunya bukan meminta-minta, tulisnya sejujur budi. tegasnya membela golongan marhean. Putih ubanya memikirkan bangsa. Dirimu sebahagian dari sang yang berani. Masih segar dalam ingatan semua itu.
Memang ada perkara yang sesetengah itu tidak saya persetujui tetapi ia umpama "berbezanya pendapat Imam An-Nawawi dengan gurunya Imam As-Syafie dalam beberapa perkara". Siapa tidak kenal sosok tubuh berwajah tua, bergaya sederhana tetapi tajam bicaranya tinggi falsafahnya dan lantang perjuangkan bahasa dan bangsa. antara yang paling lantang mempertahan bahasa melayu ketika isu PPSMI, itulah dia Dato Hassan Ahmad.
Biodata
Sedikit biodata beliau yang di ambil dari DBP: HASSAN AHMAD, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), merupakan seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam pelbagai aspek yang berhubung dengan penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, dan perancangan bahasa dan sastera. Pada satu ketika, beliau merupakan seorang penyelidik bahasa dan sastera yang banyak menulis tentang bahasa dan sastera terutama dalam tahun-tahun 1960-an. Kedudukannya bertambah penting apabila beliau dilantik menjawat jawatan Ketua Pengarah DBP, sebuah institusi yang ditugaskan membina, memoden, dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan pada tahun 1976. Sejak beliau mula berkhidmat di DBP pada tahun 1963, Hassan Ahmad telah memegang beberapa jawatan penting, bermula sebagai Pegawai Penyelidik, Ketua Bahagian Penyelidikan, Pemangku Pengarah, Pengarah, dan Ketua Pengarah dalam masa 13 tahun. bahkan beliau juga pernah telah beberapa kali dipilih oleh UNESCO sebagai pakar bagi seminar dan mesyuarat tentang perusahaan penerbitan buku di dalam dan luar negeri.
Dialah Pembakarku
Pengalaman saya ketika dalam satu sesi temuduga. Sebelum memasuki temuduga, pesan dari teman-teman dan orang-orang yang berpengalaman menemuduga. Katanya jangan bercanggah dengan dasar yang dibuat kerajaan, kelak ternampak kamu seorang pembangkang. Maka pada waktu dan saat melangkah memasuki bilik temuduga semua pesanan-pesanan itu diingat sebaik-baik tetapi dalam fikiranku juga masih celaru dan keliru. Mungkin pertama kali ditemuduga( walaupun ketika MRSM dulu pernah ada mock interview ) dan mungkin juga kerana memikirkan pesanan tersebut. Adakah kerana berbeza pandangan dengan kerajaan maka saya menjadi pembangkang. Dalam sesi temuduga tersebut, ditanya beberapa perkara tentang diriku dan sebagainya. Akhirnya ditanya pandangan saya tentang soalan berkaitan PPSMI.
Waktu itu, saya nekad, berkata dan berhujah seperti mana hujah Dato' Hasan Ahmad biarlah label apa yang diberikan, asalkan ilmu dan hujjah itu yang bagiku benar, maka benarlah. Berkata benarlah walaupun pahit. Walaupun awal-awal dinasihat supaya jangan menjawab melawan dasar kerajaan tetapkan tetapi bagi saya hilanglah prinsip ilmu dan amanah dalam berilmu jika itu pengangannya. Ketidak setujuan terhadap perkara itu satu demi satu mula memberi pandangan, mungkin kerana itu, provokasi yang panjang antara penemuduga terhadap diri saya.
Rasa-rasanya, sayalahlah paling lama berada dalam sesi temuduga. Saya tahu kerana yang masuk sebelum-sebelum dan selepas tidak lama sangat. Diasak soalan-soalan yang mahu mendugak tapi tetap berhujah dengan penuh yakin seperti lontaran pembacaan saya. Sungguh, provokasi penemuduga saya balas dengan fakta dan hujah dari pembacaan kolumnis Dato' hasan Ahmad dan lain-lain sumber .
Saya ingat lagi saat-saat akhir ketika diajukan soalan kepada saya, bukankah saudara tahu bahawa ketika negara Eropah mahu menawan Negara Arab mereka telah mempelajari Bahasa Arab terlebih dahulu. Akhirnya Negara Arab tumbang dan semua ilmu yang ada di Negara Arab dibawa kenegaranya.
Isu penguasaan banyak bahasa tidak timbul, ia disepakati bersama para ilmuan. tengok sahaja Sultan Mohamad Al fateh, pembuka empayar kota Konstantinopel, tujuh bahasa dikuasainya. Cuma, soalnya mengapa "enjin kereta yang rosak tetapi tayar kereta yang ditukar". Sangat tidak releven. Jika begitu mengapa tidak perkukuhkan subjek Bahasa Inggeris? Mengapa pula perlu ditarik Bahasa Melayu dalam matematik dan sains menjadi subjek Bahasa Inggeris kerana alasan "pennguasaan bahasa inggeris".
Bukanlah kegagalan Bahasa Melayu memberi ilmu kepada bangsa kita tetapi ia kegagalan pengajaran bahasa inggeris terhadap bangsa kita. Puan bukankah puan tahu bahawa negara Maxico juga pernah mahu bercita-cita begitu? akhirnya mereka hanyak dapat kemusnahan adab dan budaya bahkan Maxico lah pusat bandar penuh jenyah. lebih besar dari new york. itu juga perlu difikirkan.
Mungkin jawapan itu kerana terpengaruh dengan penulisan beliau yang membakar semangat untuk bercakap membela golongan-golongan marhean di kampung-kampung. Beliau sebagai Ketua Eksekutif Karyawan juga berani bercakap pertahankan Bahasa Melayu dan tidak takut dibuang jawatan apatah lagi saya hanya sekadar permulaan berada dalam kerangka kerajaan.
Saya juga sedar tentang kepentingan penguasaan asing seperti pejuang-pejuang bahasa juga. tetapi jika tidak bangsa sendiri mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, maka kepada siapa lagi yang mahu diharapkan. Fikirku ketika keluar dari bilik tersebut, tidak mengapa jika saya tidak berjaya dalam temuduga tersebut semata-mata saya tidak bersetuju dengan penemuduga. Melawan secara hujjah bagi saya merupakan suatu kepuasan diri, hanya itu sekadar yang mampu. Saya pasrah terpulang kepada mereka mahu menilai. Alhamdulillah, memang Allah mentaqdirkan tempat itu untuk diriku. Saya berjaya dalam temuduga tersebut dan hari ini saya berada dalam "jawatan" tersebut.
Bukan Anti Bahasa Inggeris
Mengikut pembacaanku dalam satu kolumnis berita Sinar Harian, tidak ingat tarikhnya dan siapa penulis tersebut. dinyatakan bahawa sungguh kagum beliau terhadap tokoh-tokoh pejuang bahasa seperti A. Samad Said, Dato' Hassan Ahmad dan beberapa nama lain yang disebut. katanya, siapa sangka, mereka yang menutur bahasa melayu baku ini, sangat fasih menggunakan Bahasa Inggeris tinggi bahkan melawan dan mempertahankan Bahasa Melayu dengan penulisan penggunaan bahasa inggeris tinggi. Boleh dilihat dalam ruangan the star dalam artikel-artikel yang pernah ditulis mereka. nah, bukti mereka tidak anti bahasa lain.
Mereka jujr menyatakan bahasa melayu bahasa ilmu negara. Bahasa yang difahami oleh golongan marhean, difahami golongan bukan melayu baik Cina dan India.
kata orang-orang kuat mempertahankan PPSMI; banyak sumber-sumber sains dan matematik dalam bahasa inggeris, maka ia memudahkan penguasaan matematik dan sains. Kata mereka walaupun negara Perancis sangat menjaga bahasanya, tetapi ada juga bila berjumpa dengan pakar sesuatu bidang dinegara lain maka mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Saya cukup tidak heran kata-kata begitu. Seperti di ungkapkan cerdik pandai. Jika bangsa yang mendabik dada mengatakan mempertahankan Melayu mula tidak mengiktirafkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu maka saat itu, terserlahlah wajah sebenar pengkhianat ketamaddun ilmu bangsa melayu. bahasa kelima terbesar yang dituturkan didunia.
Keramatnya suara mereka
Syukur kepada Allah, kata-kata pejuang didengar oleh kerajaan. hari ini kerajaan telah mengistiharkan mengembalikan penggunaan bahasa melayu dalam sains dan matematik. Walaupun hari ini ada usaha mengembalikan bahasa inggeris dalam sains dan matematik, anggap sahaja mereka itu pengacau. Senjata lidah para ilmuan lebih tajam dari keris terhunus untuk mempertahankan emporium bahasa ilmu.
Memperjuangkan bangsa semata-mata sudah pasti tidak selari dengan landasan islam sebagai rahmatanlil 'alamin. Rahmatnya islam perlu dirasai oleh semua orang, semua bangsa, semua agama dan termasuk batu-batu, pokok-pokok dan seisi bumi. Akan tetapi mempertahankan golongan yang tertindas untuk mendapatkan keuntungan manfaat besar, sudah pasti ia suatu yang perlu.
Ya Allah, aku mohon keampunan kepada mereka yang membela golongan tertindas, tempatkanlah mereka yang ikhlas di tempat selayaknya
0 comments:
Post a Comment