Lebih kurang 30 tahun anak muda Musa telah membesar dengan penuh kemewahan istana, kemuliaan dan segala kemudahan pendidikan telah diberikan kepadanya merentas ironi seluruh kekacauan awal kelahirannya. Musa yang sewaktu lahirnya dahulu belum tahu hujung jatuhnya, hidup atau mati hayatnya sehinggalah taqdir perancangan Allah memberi jalan keluar kepada si ibunya untuk melepaskan Musa ke dalam sungai ( sungai nil ).
“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.” ( Al Qosos, 7 )
Tilikan dan cakap-cakap dari generasi ke generasi akan kelahiran anak muda yang bakal “membawa perubahan” menjadikan Kerajaan Firaun sangat terdesak. Ditubuhnya satu jawatankuasa khas “pengaman” kononnya untuk menghapuskan bayi lelaki yang bakal menggugat kerajaanya.
Kerajaan telah mewar-warkanya keseluruh pelosok negara akan penyelarasan terbaru tindakan tersebut sebagai justifikasi. Telah ditugaskan kepada jawatan khas tersebut, mencari ibu-ibu yang bunting, disemak tarikh-tarikh ibu bakal melahirkan anak. Bayi lelaki akan ditapis buang dari hidup di dunia.
Prosidur yang ketat telah diperkenalkan, setiap kelahiran perlu ditunjuk untuk semakan jawatan khas tersebut bagi penapisan untuk mendapat “permit” kebenaran hidup.
Makanya sudah kita maklum, jawatan khas pengaman akan patuh dan taat untuk menjalankan tugas tersebut. Kebimbangan Raja Firaun terhadap “kehadiran” anak lelaki yang mampu “menggugatn” kuasanya telah “diskripkan” oleh Allah yang Maha Mengatur berada dalam jagaan penuh istana.
Siapa sangka kebimbangannya tersebut sebenarnya berada “disisinya”. Kehadiran anak lelaki yang ditakutinya selama ini telah dipendamkan bahkan dibesarkan lebih kurang 30 tahun ( tambah tolak ) dengan penuh keselamatan sehinggakan jawatankuasa khas pengaman mengecualikan tindakan terhadap bayi jagaan istana.
Dalam jagaan istana ini, musa telah diberikan pendidikan di universiti kelas pertama dari kerajaan firaun, bahkan Musa telah diberikan biasiswa oleh kerajaan firaun ini. Sungguh besar “jasa baik” kerajaan firaun ini kepada musa. Subsidi kerajaan firaun ini bukan kepada musa sahaja akan tetapi turut dikecapi oleh keluarga musa termasuk abangnya harun..
Akan tetapi Musa ini tidak tertipu dengan sogokan “jasa baik” Kerajaan Firaun untuk mengaburi kezaliman kerajaan kepada rakyat. Musa tidak pernah lupa asal usulnya, bahkan kerajaan juga sedar bahawa Musa ini dari kalangan Bani Israel.
Walaupun Musa berada di dalam kemewahan istana dengan pendidikan istana, baginda tidak leka bahkan sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi kaumnya. Sekarang, telah didoktrin “belajar dulu”, pada masa yang sama dihidangkan hedonisme melampau sehingga wujud tidak cakna kepada persekitarannnya. Lalai dengan hiburan, masyarakat ditindas pun tidak kisah. Malu sungguh jika ada mahasiswa yang begitu.
Musa mengetahui apa yang dialami oleh kaumnya. Baginda selalu melihat perlakuan yang tidak adil yang dilakukan oleh Kerajaan Firaun dan semua pegawai kerajaan terhadap kaumnya. Di sebabkan itu, pengalaman-pengalaman pahit, yang dilihat, yang didengar, menambah pengetahuanya tentang mana yang adil dan mana yang zalim.
Kalau terasa ( terdetik ) dalam hatinya, bahawa kalau dia yang memegang ( kuasa kerajaan ), hukuman yang diberikan tentu tidak begitu tetapi dengan lebih adil. Musa juga melihat ketidakadilan tindakan Kerajaan Firaun dalam menjatuhkan hukuman kepada rakyat jelata.
Kalau yang bersalah itu kaum Qubthi ( kaum Kerajaan Firaun ), kesalahan itu akan ditutup. Tetapi kalau Bani Israel ( kaum Nabi Musa ) yang bersalah, maka hukumannya sangat kejam tidak sepadan dengan kesalahan atau perlanggaran ( kesilapan ) yang diperbuatnya.
Sama juga hari ini, di sebuah negara khabarnya ada pertembungan baju merah dan kuning. Kalu yang bersalah itu baju merah, tidak ada apa-apa tindakan, Bahkah masuk dalam balai dengan pakai merah lagi. Yang belum berdemostrasi sudah ditangkap, yang depan-depan mata berdemostrasi siap dijaga dan diiringi pula oleh polis. yang bercakap mahu bertempur tidak dikenakan apa-apa tindakan, yang membaca sajak di panggil memberi keterangan.
“Biarkan pengalaman diri mahupun sekeliling berbicara”.
Keadaan yang disaksikannya setiap hari memberi kematangan kepada musa, menambahkan lagi pengetahuan dan kecerdikan dalam proses pembelajaran di universiti kelas pertama dengan pengalaman sebagai guru yang terbaik untuk membuat pertimbangan waras. Maka Allah telah memberikanya tentang Ilmu Hikmah ( kebijaksanaan ) dan ilmu pengetahuan yang luas.
“Dan setelah Musa cukup umur dan sempurna akalnya, Kami berikan kepadanya hikmah (kenabian) dan pengetahuan. Dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. ( Al-Qosos, 14 )”
Dengan ilmulah Nabi Musa telah keluar dari kerajaan yang zalim dan dengan kebijaksanaan pula nabi musa membuat penilaian agar tidak tertipu dengan kerajaan firaun yang zalim ini. Diatur dan dirancang olehnya denga panduan allah untuk menegakkan keadilan, maka ia bangkit dengan pertembungan demostrasi kehebatan mukzijat dengan tukang sihir.
Akhirnya Musa berjaya dan mengherat mereka sekeliling menyembah Allah. Maka bermulalah kebangkitan rakyat tertindas bersama kepimpinan Nabi Musa untuk menubuhkan kerajaan adil di Palestin selepas merentasi belahan lautan, yang zalim tetap tidak mahu berfikir tentang kebangkitan dan ajakan Nabi musa.
Ditunjukkan bukti kenabian juga mereka yang zalim tidak mahu ikut kerana hati yang sudah lama kering. tanpa ilmu yang memimpin kebijaksanaan menilai, akhirnya ditenggelamkan Allah dalam lautan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
s0k0ng prhimpunan BERSIH ke en.mohd?