Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

GURU MENCABUL EMOSI PELAJAR?

Saturday, October 23, 2010

Atikel ini merupakan satu pendedahan berkaitan penderaan emosi kanak-kanak oleh tingkahlaku guru dalam bilik dajah yang jarang dibincangkan dalam kalayak umum. Artikel ini cuba menjelaskan definisi penderaan emosi oleh guru dalam bilik darjah, yakni tingkahlaku atau resppon dari guru yang memberi kesan negatif terhadap murid-murid sehingga ada dalam kalangan mereka yang kemurungan, menyembunyikan diri dari kawan-kawan sebaya lain, tekanan dan mendiamkan diri sepanjang waktu.

Ini suatu kecderaan emosi yang serius walaupun ramai yang tidak perasan guru juga mampu memberi penderaan samada sengaja atau tidak terhadap para pelajar. Pencabulan emosi tertumpu pada tiga perkara utama iaitu, fizikal, emosi dan seksual. Berasaskan tiga komponen inilah ramai pengkaji membuat definisi terhadap pencabulan emosi secara umum dan spesifik. Saya berpandangan, ia merupakan satu titik mula untuk guru-guru memahami konsep kaunseling dalam bilik darjah

Jurnal yang telah diambil oleh saya dalam membuat refleksi ini ialah dari Journal Of Counseling And Development diterbitkan pada musim sejuk tahun 2008. Jurnal ini berjilid( Vol ) Ke 86 dan ia di ambil dari sumber Proquest Education Journal yang di langgang oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk Artikel jurnal ini ialah Emotional Abuse In Classroom: Implication And Intervention For Counselor ( Penderaan Emosi Dalam Bilik Darjah : Implikasi Dan Intervensi Untuk Kaunselor ). Artikel ini ditulis secara bersamaoleh tiga panulis iaitu Adriana G. Mceachern, dari Jabatan Kajian Pendidikan Dan Psikologi, Kolej Pendidikan, Universiti Antarabangsa Florida. Penulis kedua pula ialah Oyaziwo Aluede dari Jabatan Asasi Pendidikan Dan Pengurusan, Universiti Ambrose Alli, Ekpoma, Nigeria dan penulis artikel yang ketiga pula ialah Maureen C. Kenny dari Universiti Antarabangsa Florida, Universiti Park.

Satu contoh kes yang boleh menjelaskan perihal maksud diatas yang dikemukan dalam atikel ini ialah Sarah yang merupakan kanak-kanak sindrom down yang berada dalam aliran perdana sepenuhnya. Kes ini di kendalikan oleh seorang kaunselor bernama Jason. Disebabkan Sarah seorang kanak-kanak sindrom, ia dilayan secara kasar oleh gurunya bila dia lambat menyiapkan tugasan yang diberikan.

Nada suara yang digunakan gurunya juga dikatakan terlalu jelas menunjukkan tidak suka kepadanya dan kasar. Sarah dipaksa gurunya supaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan sekiranya tidak siap dia tidak boleh berehat. Ini memberi tekanan kepada Sarah dalam mendepadi tingkahlaku guru sebegini. Akhirnya Sarah nekad umtuk meluahkan kepada guru kaunselor sekolahnya. Itulah seringkas mungkin yang dapat digambarkan perasaan kanak-kanak bila tertekan.

Menurut conle ( 1986 ), bahawa setiap peringkat darjah, pelajar-pelajar pernah berpengalaman mengalami tekanan atau gangguan emosi dari tingkahlaku guru dalam persekitaran bilik darjah. Kajian orang ramai mendapati 50-60 % pada sekurang-kurangnya sebuah sekolah menyatakan berpengalaman mengalami masalah psikologi dan trauma ( Hyman & Snook, 1999 ) dan serangan emosi ini berlaku disebabkan oleh diskriminasi, interaksi lisan dan bukan lisan, grad pemarkahan latihan, dan layanan tidak suka dari guru.

Artikel ini telah membuktikan bahawasanya memang wujug pencabulan emosi terhadap para pelajar oleh guru dalam bilik darjah. Cuma perkara ini tidak di hekaji dengan teliiti kerana menjaga kredibiliti guru. Walau bagaimanapun, tidak kesemua guru terlibat dalam pencabulan emosi para pelajar tetapi ia sebahagian dari guru yang mungkin secara sengaja atau tidak, dan samada perasan atau tidak melakukannya. Kajian terperinci berkaitan perihal ini telah dilakukan di Negara lain selain Amarika Syarikat.

Antara tingkahlaku guru yang boleh menimbulkan masalah emosi kepada paa pelajar ialah, pertama tidak memahami, kedua diskriminasi, bias, dan prejudis. Ketiga mendominasi dan mengawal. Keempat, intimidasi dan tidak yakin pada pelajar. Kelima, emosi yang tidak membina. Keenam, mengungkit yang lalu. Selain dari yang disebutkan tadi, menghina, melebalkan pelajar, verbal put-down, melaung( menengking ) kearah pelajar, kaedah yang tidak seseuai untuk mengawal bilik darjah, membiarkan pelajar-pelajar lain untuk mengkeji pelajar lain ( guru tidak endah pun ) dan menggunakan kerja rumah sebagai satu kaedah untuk menghukum para pelajar.

Kesan dari tindakan guru yang mencabul emosi para pelajar ialah akademik para pelajar kemungkinan merosok. Ini disebabkan emosi para pelajar untuk belajar mulai pudar dan tidak bermotivasi untuk Berjaya dalam subjek berkenaan, selain itu juga dapat dikatakan bahawa kesan para pelajar akan berterusan hingga membawa kesan dalam pergaulan dengan masyarakat, tingkahlaku yang dizahirkan dadn juga emosi para pelajar semakin celaru. Kesan ini terlalu serius sekiranya tidak ditangani dengan serius oleh kaunselor.

Kesimpulanya ialah pencabulan terhadap kanak-kanak dalam bilik darjah tidak boleh dibiarkan terus. Kelak membawa kesan yang sangat negatif terhadap perkembangan seseorang pelajar. saya berkeyakinan "mendewakan guru" atau "guru adalah sempurna" menjadikan perbezaan pendapat tidak boleh berl;aku, sebab semua apa yang guru cakap adalah betul. ini adalah sindom bahaya,. walaupun kajian jurnal ini di sekolah, saya merasakan di peringkat universiti juga turut berlaku. biarkan mahasiswa membawa pandangan, pensyarah mahupun guru perlu membimbing bukan mengugut bila ada benda yang tidak dirasakan bertepatan dengan kendak diri.

kajian lebih spesifik terhadap guru dan para pelajar perlu dilakukan. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kedia-dua pihak bahwa hari ini guru bukan dilihat sebagai bebas dalam melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hatinya tanpa melihat kesan yang bakal berlaku terhadap persekitaranya. Selain itu, strategi psikologi dan kaunseling perlu diberikan supaya mampu memberi penjelasan dan positif dalam persekitaran membina ketika Proses Pembelajaran dan Pengajaran.

0 comments:

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets