Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

BERTEORI LEBIH MUDAH

Wednesday, October 20, 2010

Itu tak boleh, ini tak boleh, abis 2 mana yang boleh?..satu lontaran terhadap perbincangan dalam satu kumpulan “usrah” kalangan perempuan gamaknya.

Saya terngiang-ngiang persoalan yang di kemukan tersebut, akan tetapi usrah yang di kemudikan oleh “naqib” yang ala-ala minah rempit membusukkan keadaan lagi. Mana tidaknya, “naqib” pun pakai baju “adik”, aurat tidak sempurna ditutup tapi nak mengeluarkan “nasihat” kepada yang lain dalam soal isu agama. Zaman sekarang orang yang bukan ahlinya sudah mula berfatwa maka akhirnya kesesatan yang berleluasa.

Saya hanya mendegar perbincangan tersebut dan bersimpati terhadap persoalan-persoalan yang di kemukakan. Saya sungguh yakin orang yang bertanya sebenarnya mahukan penyelesaian bukanya menambahkan kekusutan.

Bila saya melihat situasi begini, terasa sungguh hatiku ini.

Monolog dengan diri berlaku, begitu ramai yang menggelarkan diri sebagai da’ie. Wahai da’ie, manakah kalian untuk mereka bertanya?, kenapa terlalu jauh mad’u dengan da’ie? Mana mereka yang belajar agama yang mahu mendampingi mereka? Apakah tujuan kalian belajar tentang agama di fakulti pengajian islam, dan sekolah-sekolah agama?kalian pembohong!ustaz-ustazah yang penyangat!mencabul ilmu agama. Memang mare hati ku ini.

Saya memberi respon semampu mugkin untuk menyekat “usrah” terus berlaku. “Bushra kita tempah baju lengan panjang tuk perempuan ya…tak nak la mad, panas…eh bukan ka dulu Bushra sekolah agamakan? lengan tangan ni bukan ka aurat?..hihi tahu, ikut la, t law ramai sepakat pakai lengan pendek, t bushra pakai “stogan”( first time dengar perkataan ini ), aku tersenyum.

Apakah aku ini sekadar berteori dalam berdakwah walhal mad’u berada di kanan dan kiri ku sekarang, begitu takot bila di uji situasi sebegini. Ya Allah, bantulah daku dalam berkata-kata dihadapan mad’u, berikanlah kebijaksanaan kepadaku untuk berbicara dalam menyampaikan dakwah.( amin )

Takut-takut diri ini hanya mendiamkan diri bila perlu menyatakan perkara yang hak tapi bercakap pada perkara yang batil. Maka termasuklah diri ini dalam katogari yang “aku benci bahkan allah membenci” ( johari window? )

Maka aku berpesan kepada diriku dan semua pencinta agama Allah, kalian tidak boleh terus diam untuk menyampaikan risalah agama Allah dalam keadaan masyarakat kampus mencari-cari halatuju hidup. Dampingilah mereka walau kalian di caci dan diherdik. Itu lebih baik bagi kalian.

Usah berlepas tangan "syok sendiri" dengan apa yang telah di lakukan, hakikatnya terlalu jauh lagi dakwah fardiah dalam kalangan ahli gerakan ISIUKM terhadap masyarakat kampus.

Kalau lah kalian hanya bermain-main dengan ayat Al-Quran semata-mata tetapi tidak turun kemedan lapangan masyarakat, tunggulah balasan Allah. HIDUPKAN DAKWAH FARDIAH!IA ADALAH TANGGUNGJAWAB BUKAN KEWAJIPAN SEMATA-MATA.

0 comments:

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets