Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

Thursday, October 21, 2010

JAKARTA
Mohd Rizal B Abd Rahman

Perwakilan Umno luar negara dedah taktik pembangkang pengaruhi pelajar.



KUALA LUMPUR: Wakil Kelab Umno Luar Negara hari ini mendedahkan kegiatan pihak pembangkang yang sering berkunjung ke luar negara untuk bertemu para penuntut bagi mempengaruhi minda mereka supaya membenci kerajaan.

Perwakilan Kelab Umno Indonesia, Mohd Rizal Abdul Rahman, yang mendedahkan perkara itu kepada para perwakilan Perhimpunan Agung ke-61, berkata sejak 10 bulan lalu, pembangkang didapati aktif menjalankan kegiatan menyogok penuntut Malaysia di luar negara dengan impian palsu dan sentimen anti-kerajaan.


"Kenapakah mereka (pembangkang) berminat sangat dengan anak muda (pelajar) di luar sana? Kami ini adalah pelajar dan kalau nak kata kami balik mengundi pun, peratusannya kecil.


"Di London contohnya, mereka cuba meracuni minda-minda pelajar kita di sana dengan mengadakan pelbagai aktiviti sebagai strategi untuk meraih sokongan kami.

"Contohnya mereka membentuk kumpulan penyokong yang dinamakan "Fans of Pakatan" dan mereka juga membuat aktiviti kebajikan seperti mengumpul dana untuk menarik sokongan ramai," katanya ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Di Mesir pula, katanya pembangkang turut menempatkan ejen-ejen mereka yang ditempatkan di dalam kumpulan kalangan penuntut bagi tujuan sama iaitu untuk membangkitkan sentimen anti kerajaan selain untuk mempengaruhi pemikiran mereka.


"Ini akan menyenangkan mereka menyampaikan ideologi palsu mereka ini untuk pengaruhi minda pelajar seperti kami," katanya.

Mohd Rizal berkata, para penuntut khususnya golongan cerdik pandai di luar negara dilihat sebagai aset kepada pembangkang kerana kumpulan pelajar ini mampu mempengaruhi landskap pemerintahan negara pada masa depan.


Beliau berkata, Kelab Umno Luar Negara yang diwujudkan antara lain akan membantu memperjelaskan dasar kerajaan dan isu semasa selain menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada negara. "Kami Kelab Umno Luar Negara akan berterusan mengekang agenda sempit yang dibawa pembangkang untuk mempengaruhi minda pelajar kita," katanya.-Bernama.

Ni bukan dakyah umno kat mahasiswa luar Negara ka?

PROGRAM BERSAMA PELAJAR DI LONDON DAN SOUTHAMPTON

Pada 2 hingga 7 Februari 2010 yang lalu, satu lawatan anjuran YB Dato' Seri Shahidan B Kassim, Bendahari Kelab UMNO Luar Negara telah diadakan di United Kingdom.

Lawatan ini adalah dalam rangka berjumpa dan bermuzakarah dengan para pelajar Malaysia dan Kelab UMNO sekitar United Kingdom (UK), yang bertempat di University of Southampton dan Malaysia Hall London.

Turut hadir dalam rombongan tersebut adalah saudara Mohd Rizal Abd Rahman (Kelab UMNO Jakarta) sebagai wakil dari Kelab UMNO Luar Negara, wakil Alumni Kelab UMNO Luar Negara, wakil Exco Pergerakkan Puteri UMNO Malaysia, wakil Exco Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia, Wakil Exco Pergerakkan Wanita UMNO Malaysia, YBhg Saudari Shahanim Mohamad Yusoff Naib Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Malaysia , dan YBhg Datuk Abdul Rauf Yusof, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Seawal hari pertama tiba di London, majlis ramah mesra para pelajar London bersama barisan Exco Pergerakkan Wanita dan Puteri UMNO telahpun diadakan di Malaysia Hall London. Mereka yang hadir adalah pelajar-pelajar wanita dari University College London dan Imperial College London. Selain dapat mengenali dengan lebih rapat pemimpin-pemimpin Wanita dan Puteri, para pelajar yang hadir juga mengambil peluang tersebut untuk berkongsi pengalaman serta mengupas lanjut tentang isu-isu semasa di tanah air. Majlis kemudiannya berakhir dengan sesi majlis ilmu bersama Ustaz Dr Asri, tokoh agama yang diterbangkan khas dari Malaysia.

Program bersama pelajar kemudian dilanjutkan keesokkan harinya di University of Southampton. Dengan kerjasama Kelab UMNO Soton yang dikepalai oleh saudara Wan Agyl, seramai lebih 100 orang pelajar telahpun berhimpun bagi menjayakan majlis muzakarah para pelajar Malaysia UK bersama pemimpin negara dan beberapa orang tokoh agama terkemuka. Selain pelajar Malaysia dari Southampton, para pelajar dari Portsmouth, Surrey, Manchester, dan Nottingham turut hadir dalam majlis muzakarah tersebut.

Beberapa isu menarik telahpun disentuh oleh para pelajar antaranya adalah soal kepentingan pendekatan agama dalam perjuangan UMNO, penjelasan tentang hala tuju dan objektif utama dalam perjuangan agama Islam dan bangsa Melayu di Malaysia, serta kepribadian terpuji kepemimpinan yang seharusnya lebih menyerlah di kalangan pimpinan negara. Dalam ucapan pergulungan oleh YB Dato' Seri Shahidan B Kassim, beliau telah menyentuh tentang ketelusan para kepemimpinan hari ini dalam memperbaiki salah dan silap, khususnya parti UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka. Kesedaran tentang pentingnya perjuangan bangsa dan negara dengan tunggak kepribadian dan nilai-nilai agama Islam adalah suatu yang sangat dititik-beratkan. Walaupun imej parti UMNO tidaklah menyandarkan/memperguna simbol agama semata-mata, tapi nilai-nilai Islam sudah lama dan sentiasa menjadi perkara yang sangat penting dalam perjuangan UMNO. Salah dan silap pemimpin wajib ditegur dan pada masa yang sama sekiranya perjuangan adalah telus dan benar, ini seharusnya disokong oleh semua pihak. Beliau turut mengingatkan sikap hanya menyalahi dan menentang tanpa niat konstruktif akan akhirnya membawa padah.

Selepas ucapan dan sesi soal jawab, satu mensyuarat ringkas pemimpin-pemimpin Kelab UMNO dari Manchester, Southampton, Nottingham, Surrey dan Jakarta turut diadakan di sana. Selain saling membahas tentang beberapa isu semasa yang berlaku di Malaysia, mereka turut bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu tentang pengendalian program bermanfaat di cawangan masing-masing. Saudara Mohd Rizal turut mengambil peluang ini untuk menerangkan kepada pengerusi-pengerusi Kelab UMNO UK tentang hasrat Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara bagi menyokong saranan kerajaan dalam meningkatkan prestasi kerja iaitu melalui sistem evaluasi Key Performance Indicators (KPI) yang bakal diperkenalkan di setiap cawangan Kelab UMNO seluruh dunia tidak lama lagi. Sistem evaluasi ini juga bertujuan memperkukuh objektif dan perjuangan cawangan-cawangan Kelab UMNO khususnya dalam membawa manfaat penuh kepada ahli-ahli kelab, selain mencerminkan imej yang positif kepada parti UMNO.

Majlis berakhir kira-kira jam 11 malam selepas sesi ramah mesra dan makan malam.

Pada pertemuan ketiga bersama pelajar-pelajar antarabangsa di London, majlis turut dimeriahkan dengan ucapan dari wakil exco Pergerakkan Pemuda dan Wanita UMNO Malaysia. Turut hadir adalah Pengarah Malaysia Student Department (MSD) UK, Prof. Dr. Rosman Abdullah, dan Presiden Kelab UMNO London, saudara Akmal Mokhtar. Majlis kemudiannya berakhir dengan ucapan penuh bersemangat oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, YBhg Datuk Abdul Rauf Yusof.

Sekitar 50 orang pelajar hadir dalam pertemuan tersebut, antaranya mereka dari United Kindom, Russia, dan Egypt.

Disediakan oleh,

MOHD RIZAL B ABD RAHMAN
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN (KELAB UMNO) NEGARA INDONESIA
PENGERUSI KELAB UMNO JAKARTA


P/s: memang patot dan layak la rizal ni jd pengerusi kelab umno lua negara. law begini cakapnya ( pengerusi cakap xserupa bikin )...kot ye pun nk dedahkan pembangkang buat pertemuan dengan pelajar luar negara, xyah la die cte die pun buat pertemuan hasut mahasiswa benci pembangkang. nampak kurang cerdik( bahasa lembut ).

sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/PerwakilanUmnoluarnegaradedahtaktikpembangkangpengaruhipelajar/Article

http://www.kelab-umno.com/index.php?option=com_content&view=article&id=297:pelajar-luar-negara





payday load pay check

and finally loads info avaliable for free on website payday advance loan no faxing. buy meridia and now

buy maxalt
Buy Xalatan acheter viagra Buy Klonopin
Comprar viagra buy ultram and now

acheter xanax buy valium buy ativan
kaufen reductil kaufen viagra and now

buy duromine kaufen viagra
buy mebendazole buy lasix
buy adipex buy yaz
buy yasmin and now

buy vicodin buy strattera buy tegretol
buy phentermine kaufen levitra and now

kaufen cialis buy ambien
buy valium and now

kaufen propecia buy abilify buy brand cialis
buy mebendazole vermox and now

buy xanax Buy Zyprexa
Buy Prednisone and now

buy adderall
buy tramadol and now

buy ritalin acomplia
kaufen ritalin and now

buy propecia buy clomid
buy prozac buy prevacid and now

buy accutane

0 comments:

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets