Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

Wednesday, April 14, 2010

MENYAMBUT BUDAYA INTELAK BUKAN SEKADAR MELALUI TAKSIRAN ORIENTASI AKADEMIK-PEPERIKSAAN
Sekitar abad ke-18, suatu konsep eugenika dilaksanakan bagi membersihkan dan membaiki ras manusia. Perihal ini dilakukan bagi melahirkan ramai generasi yang sihat, kuat dan mampu melahirkan generasi yang hebat untuk keperluan guna tenaga nagara suatu ketika kelak. Pada kiraan mereka, ini suatu pemurnian hasrat mereka untuk memberi sumbangan kepada negara dengan konsep “membersih” golongan yang di anggap tidak memberi keuntungan kepada negara. Beratus-ratus ribu golongan cacat dan golongan berpenyakit bahkan ras-ras tertentu telah dibunuh sewenang-wenangnya. Ironinya pada abab ini, konsep eugenika sama sekali tidak lagi di praktikkan dalam keadaan dunia yang menolak sebarang bentuk yang tidak rasional dan tidak praktikal bahkan ia adalah suatu proses yang amat tidak berperi kemanusiaan.
Dalam keadaan dunia yang dilihat begitu mementingkan generasi yang berketerampilan yang dikira “wasilah” atau kesinambungan kepada sesebuah negara yang utuh, maka tidak dapat tidak generasi yang dituntut untuk didik pada waktu sekarang untuk masa hadapan adalah generasi yang membudayakan intelek. Tuntasnya, universiti adalah suatu emporium ilmu yang sangat luas dan sangat sesuai untuk diterjemah proses pemurnian generasi zaman sekarang ini. Memandangkan desakan arus kemodenan yang terlampau kuat menongkah arus keintelektualan maka saat yang amat malang bagi mahasiswa/i yang dilihat tewas dalam pertarungan pertembungan arus intelek dan arus kemodenan walaupun berada dalam gedung ilmu. Kita tidak menolok lajakan momentum kemodenan tetapi adalah sangat membimbangkan bila mana universiti yang dilihat suatu emporium yang ampuh tidak mampu menyeimbangkan antara tuntutan kemodenan dan keintelektualan.
Pada pandangan penulis, sesuatu yang merimaskan bilamana hari ini di universiti begitu banyak menghidangan aktiviti yang bersifat hedonisma berbanding aktiviti ilmuan. Budaya ilmuan yang mampu melatih mahasiswa yang dilihat sangat kritikal memerlukan daya intelek yang tinggi seharusnya di sajikan oleh pihak universiti atau mana-mana pemimpin persatuan mahasiswa. Jadikan universiti Negara kita sebagai tempat proses maturalisasi generasi yang secara tidak langsung mampu memberI daya saing terhadap sebarang ancaman kebudayaan intelaktual. Peranan pemimpin mahasiswa sendiri seharusnya menjadi agen pemankin kepada pertumbuhan keintelektualan dengan menganjurkan aktiviti yang bersifat pembudayaan ilmu, malah adalah sangat tidak munasabah bila mana pemimpin-peminpin mahasiswa sendiri tidak menyedari tentang kepentingan membudayakan ilmu dalam mencapai nilai keintelektualan kepada seluruh mahasiswa.
Tiada pilihan lagi utama melainkan hari ini generasi perlu ditarbiah secara langsung demi tuntutan survival yang akan datang. Kalau la generasi abab ke 18 memikirkan survival generasi yang akan datang mana mungkin hari ini generasi kini tidak mahu memikirkan tentang generasi yang akan datang waima untuk melihat pengemudi Negara adalah dari kalangan yang terdidik pada hari ini dengan nilai keintelektualan yang tinngi. Sekitar 11juta anak muda mudi berbanding jumlah 27juta rakyat Malaysia, sudah pasti 11 juta dari anak muda yang sebahagian kecilnya sahaja berada di universiti ini merupakan harapan seluruh generasi untuk melihat generasi yang akan datang mampu memdepani sebarang cabaran mendatang. Bumi ini bukan di warisi dari nenek moyang kita, tetapi dipinjam dari anak cucu kita, maka kitalah yang bertanggungjawabu untuk memberi yang lebih baik kepada generasi yang akan datang.

Pengerusi Lujnah Tarbiah Ikatan Studi Islam

0 comments:

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets