Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

SINAR DI MEJA SUP BELUT

Monday, June 27, 2011

Menjadi kebiasaan setiap masa cuti bagi setiap semester, rutin kami memburu “sup belut”. Ia tempat yang terbaik untuk kami mengimbau kembali nostalgia yang lalu. Setiap dari kami ada sejarah dan peristiwa hidup yang cukup seronok. Bab kata, hingga tak kering gusi untuk kembali membangkitkan kenangan silam yang penuh dengan beribu kenangan. Ye siapa sangka, kecil-kecil dahulu, ada guru masuk pintu depan, anak murid keluar pintu belakang, ada yang jadi ala-ala gangster. Tidak cukup ruang untuk ceritakan yang lampau. Tapi kali ini, kami berbeza topik yang dibincangkan di meja makan.


Tersentak jiwaku, saya sungguh kenal teman-temanku. Alangkah gembiranya diri bila seorang teman yang memulakan bicara dengan bertanyakan soal hukum berintima dengan organisasi islam, Allahuakbar. Dulu lain sekarang bertambah kelainan tapi kelainan yang bersinar. Senyumku melebar sungguh ( sambil-sambil cavor ). Bagaikan seri pagi yang redup-redup. Apa tidaknya, dulu berseluar pendek, jarang dilihat di masjid. Tapi kali ini, bicaranya sungguh membuakkan jiwaku bercerita dengan indahnya hidup dengan islam. Sungguh, malam tersebut adalah malam berkempen untuk indahnya hidup dalam islam.


Hari ini, kawanku yang dulu gaya seperti “tidak berkawan” dengan masjid, hari ini, mereka meula berkawan dengan masjid.

Saya teringat seorang teman, dulu mat rempit yang setia. Jika dilihat gamaknya, memang sudah ada persepsi siapa mereka ini. Usya-usya dari temanku yang lain, mamak ni juga makan “kuda”. Waduh.bingit bangat ni..tapi apalah erti semua ini sekiranya taqdir Allah memberi hidayah kepada hamba-hambanya. Mereka peghuni “pondok”, juga muazzin di kampong. Masanya banyak berada di masjid


Ya allah kerdil sungguh diri ini. Walaupun dulu mereka jauh denganMu, tapi sekarang mereka lebih dekat dengan Mu. Engkau juga dengan mereka. Ya Allah, engkau ampunkan segala dosa-dosaku, dosa-dosa sahabatku dan bagilah petunjuk kepada kami. Moga kami berdiri di atas landasan islam.


Hatiku tersenyum, moga temankan istiqamah di jalan yang benar. Moga cuti akan datang, moga sinar di meja makan sup belut menjadi medan perbincangan usrah!.

DEMOKRASI : DEMO SAKSI DEMOSTRASI

Monday, June 20, 2011


Sungguh heboh pak-pak menteri, ahli politik pembangkang mahupun kerajaan dan NGO juga turut tidak terlepas untuk melontarkan komentar. Di telivisyen, surat-surat khabar dan media alternative sibuk mengulas dan melaporkan berita tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil ( BERSIH 2.0 ) pada 9 julai nanti. Ada pelbagai reaksi, ada yang menentang perhimpunan tersebut ada juga yang menyokong perhimpunan tersebut.

Adapun ada juga yang mengeluarkan “fatwa” haram berdemostrasi. Rujuk saja kenyataan dari Noh Gadut, Afandi Dan Fathul Bari ( sinar harian, ahad, 19 jun 11, m/s N7 ). Sungguh! BERSIH 2.0 ada daya penarik, cukup memberi “fenomena” kepada landskap media. BERSIH 2.0 ada penumbuk pradogmanya sendiri. Apa yang akan berlaku pada tarikh 9 julai nanti, pasti menjadi tanda tanya.

Pengerusi bersih, Datuk S Ambiga menyatakan pendirianya meneruskan demostrasi walauapa pun pelbagai tekanan diberikan. Sebagai maklum balas, Pengerusi perkasa turut menyatakan pendirian serta akan mengerahkan seluruh ahli dan anggotanya mengadakan juga demostrasi pada tarikh tersebut sebagai “anti Bersih”. Ini cukup besar sekira betul-betul mereka betembung. ( walaupun kita tahu dulu pun perkasa pernah mengisytiharkan untuk turunkan semua ahlinya semasa demosrtasi bantahan ISA, tetapi berapa kerat sahaja yang turun, entah perkasa ada ahli atau tidak, tidak pasti atau sememangnya sebanyak itu ahlinya seluruh malaysia ).

Plot “fenomena” menjadi semakin menarik lagi apabila ketua pemuda umno juga turut sama menyatakan sokongan berdemostrasi pada tarikh tersebut. Ini betul-betul demostrasi. Dulu umno kata yang berdemostrasi ini tidak ubah seperti kera di jalanan tetapi tidak mengapa, sebab setiap pendirian yang tidak tepat boleh berubah kepada yang lebih tepat, akan datang, sudah pasti banyak lagi pencerahan. Ruang untuk berubah kepada lebih "kena" terbuka luas. Nampaknya, jalana demostrasi sudah mula diterima dalam arena politik Negara kita. Titik ubah yang baik nampaknya untuk demokrasi negara.

Tapi sungguh pelikkan, tidak pula ada yang kecam pemuda dan perkaasa untuk berdemostrasi. Hmm..”hisham ( hishamuddin ) boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami ada hak berhimpun dan dijamin perlembagaan” kata khairy jamaluddin ( sinara harian, isnini, 20jun 11, m/s n8 ) .

Saya bersetuju dengan pandangan khairy. Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata. Perkara ini juga selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejangat ( UDHR ) yang memperuntukan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan. Benar berhimpun bukan mutlak, wujud sekiranya aman.

Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa “apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau sesuai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awan”. Maka untuk menjamin keamanan, bukan provokasi, apa kata kali ini pihak polis memberi kerjasama yang baik kepada semua mereka yang ingin berdemostrasi asalkan ia aman tanpa ada sebarang provokasi. Sungguh menarikkan. Pemuda umno pun faham dah sekarang ni.

Polis tidak usah penin-penin kepala untuk menahan mereka yang ingin pergi berdemostrasi tetapi polis perlu menjamin demostrasi berjalan dengan lancar dan aman seperti demostrasi isu palestin. Ia tidak ada apa-apa yang berlaku. Ketika isu ini berlangsung, kita memuji sikap polis yang professional. Maka kali ini juga kita menuntut polis bersikap demikian.

Teringat saya ketika piket di masjid UKM, pada tahun lepas. Sungguh menggamit pengalaman yang jarang-jarang orang lain dapat. Ketika berpiket, turur “hadir” pegawai polis, polis berbaju biasa dengan dikeliling polis Special Branch ( SB ). Berdiri segak menanti arahan, satu kumpulan unit simpanan khas ( FRU ) siap bercota, memegang penahan, lengkap beruniform, bertopi dan memegang pistol pemedih mata.

Sungguh, seolah-olah seperti mahu bertempur dengan mahasiswa yang membawa M16, parang dan kapak gamaknya. Lucu sungguh, perpiket pun sehingga polis, FRU dikerahkan. Walhal mahasiswa ketika itu sekadar memakai kain pelikat, jubah dan berbaju melayu. Tidak bersenjata. Dalam premis universiti pun FRU masuk, pegawai keselamatan universiti bagi rehat sikit. Adakah kerana takot untuk mendengar lidah mahasiswa berbicara, ini jadinya. Di kuin, kerana mahasiswa berdemostrasi, turut dikenakan tindakan buang dan gantung. Aduh, pentadbiran KUIN nampaknya pelu di “tegur” oleh mahasiswa. Mungkin membutakan mata, mentulikan telinga.

Sebab itu kita harapkan pertimbangan yang wajar oleh puhak polis dalam menangani soal demostrasi sama ada dalam kampus mahupun diluar. Pihak polis sangat profesional, itu kita tahu, cuma bila ada arahan, sebaliknya berlaku.

Ketika berada dalam seminar pembentukan parlimen mahasiswa di USM, sungguh “enak” mendegar ucapan dari naib canselor USM, berbeza sungguh dengan nada bercakap pentadbiran universiti lain. Beliau begitu memberi semangat kepada mahasiswa untuk mahsiswa kembali berperanan dalam masyarakat, terus mengasah bakat kepimpinan, terus mencipta idea baru. Jika ada sekatan, jangan takut, jangan cepat mengalah, lawan tetapi dengan saluran yang lebih kreatif.

Beliau turut bersetuju bahawa AUKU mengongkong mahsiswa, tetapi tidak ada guna melawan AUKU, sebaiknya mencipta idea dengan AUKU untuk terus mahasiswa berada atas “stand” mahasiswa sendiri. Beliau memberi pandangan, jika akta tidak benarkan, ada akta yang benarkan. Gunakan sahaja akta yang membenarkan kita atas apa jua alasan. Nah, sungguh menarik. Ia galakan yang baik. Kreatif nadanya.

Saya meraikan pandangan yang berbeza dan ini pandangan saya. Moga Malaysia terus subur dengan politik baru. Politik nilai kecaknaan, politik kematangan dan politik hujah. 9 Julai! DEMOKRASI : DEMO SAKSIKANLAH SENDIRI DEH!

P/S : Al-Fatihah buat ustaz mad sham yang telah kembali kerahmatullah. Matinya anak adam membawa 3 perkara: antaranya ilmu yang bermanfaat. Moga ilmu yang diberikannya kepada kami menjadi saham yang besar buatnya. Allahuakbar!

Uhibbuka Abadan Abada

Friday, June 17, 2011


Selamat Hari Bapa buat ayahanda tercinta Mohamed Yusoff bin Yaacob. Terima kasih tidak terhingga atas kasih-sayang, pengorbanan dan tarbiyahmu pada anak-anak yang masih belajar erti kehidupan. Tiada balasan yang mampu digantikan dengan pengorbanan seorang ayah. Tarbiyah yang berwajah tegas dan garang, itulah yang melahirkan hasil tanaman yang bermakna hari ini.

Semoga Allah merahmati dan memberkati amalanmu serta usia yang panjang untuk beramal soleh pada ummat Islam. Ampun dan maaf atas salah dan silap, maafkan anakmu jika tidak menjadi terbaik seperti yang diharapkan. Uhibbuka ya abi.. Abadan abada..

Dari Seorang Yang Berjiwa Murabbi

Monday, May 16, 2011

Guru,


Mu’allim, mudarris dan murabbi,


Gelar keramat yang bernilai,


Lunak gelar samanya dengan laku.



Dulu,


Aku juga insan yang pernah ditarbiah,


Dengan insan bernama murabitun,


Hingga menjalar erti kehidupan.



Kini,


Aku kenal hidup dengan pengalaman,


Pengalaman diri mahupun sekeliling,


Kerna guru mengajarku,


Memaknakan diri dengan erti penghayatan.



Nanti,


Setiap yang menjalar dalam hidup,


Guruku telah memasak lakar masaku,


Memerah keringat,


Jerih dan perih untukku.



Doakan,


Moga jasamu ini,


Membawa diri insani,


Mengenal hakiki,


Ilahi Ya Rabbi,


Dari seorang yang berjiwa murabbi.



Abduh


1:30 ptg


17 Mei 2011/13 jamadil Akhir 1432




Selamat Hari Guru

buat semua warga pendidik!

TOLAK PROVOKASI ISU PERKAUMAN...ISLAM ITU INDAH

Friday, April 22, 2011

Badan politik, NGO, dan individu yang cetek intelek sengaja mahu keuntungan sedikit dengan menimbulkan pelbagai provokasi, dan media upahan semaksimum mungkin menjadi alat untuk meraih populariti murahan dengan menjaja isu yang dicipta. maka mereka sememangnya mahukan rakyat takut dengan pelbagai isu yang sememangnya dicipta untuk menakut-nakutkan rakyat. sungguh durjana. Mengimbau beberapa isu yang berlaku

Rentetan isu perkauman

Mengimbau bebarapa isu sensitive yang pernah menerjah arus semasa Negara kita, pada bulan ogos 2008, Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail menuduh Cina sebagai kaum pendatang dan menyatakan kaum itu tidak boleh mendapatkan hak sama rata diberikan kepada mereka. Isu pendatang itu sekali lagi ditimbulkan pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar pada febuari tahun lalu pada seminar ’1Malaysia’ di Melaka. Malah Nasir juga menghina mereka dengan menyatakan kaum India datang ke Malaysia sebagai pengemis dan Cina, terutamanya golongan wanita datang ke negara ini bagi menjual tubuh mereka.

Sebagai respon terhadap provokasi, Ketua Wanita Gerakan, Dato’ Tan Lian Hoe membangkitkan secara terbuka isu status orang Melayu yang disamakan dengan istilah pendatang sepertimana juga orang Cina dan India ke alam Melayu, kemudian Naib Presiden MCA, Liow Tiong Lai pula membangkitkan isu 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam. Sebelum ini perkara yang sama telah dibangkitkan oleh Gerakan dan DAP, yang diterjemahkan melalui kajian yang dibuat oleh Lim Teck Ghee, bekas Pengarah, Pusat Kajian Dasar-Dasar Awam, Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), berhubung pemilikan ekuiti bumiputera yang dikatakan telah mencapai lebih daripada yang disasarkan iaitu sebanyak 45 peratus. Peristiwa perkauman kembali hangat dengan perarakan kepala lembu pada Ogos 2009 sebagai membantah isu pemindahan tapak kuil lama di seksyen 23 Shah Alam, Selangor. Isu penggunaan kalimah Allah menjadi hangat sehinggakan berlaku kes membakar gereja ( januari 2010 ) dan surau ( januari 2010 ) di muar johor sebagai tanda konflik yang makin membarah.

Kontroversi isu kitab bible dalam versi melayu ( Al kitab ) pada bulan Mac 2011 menjadi hangat dan ada politik yang cuba menjadi hero dalam soal isu ini sehingga menjadi bahan kempen politik di Serawak.

Negara baru sahaja selesai melihat Pilihan Raya Negeri Sarawak ( PRN ), maka bangkit kenyataan bahawa kemengan DAP merampas kerusi di Seawak kerana memanipulasikan isu perkauman dalam tempoh sepanjang kempen pilihan raya. Sebagai reaksi undian kaum cina terhadap kemenangan DAP merampas kerusi dari SUPP, pena bergelar Awang selamat ( 17 april 2011 ) dari berita utusan mencadangkan supaya kerajaan mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya, sebagai respon terhadap kenyataan tersebut, pada 20 april 2011, timbalan ketua pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan terus mencabar Umno untuk melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi.

Selaku NGO lantang memperjuangkan melayu, Perkasa Serawak ( 20 april 2011 ), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”. Selain itu, ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari dalam satu kenyataan berkata kerajaan juga wajib memulangkan kembali hak dan peruntukan keistimewaan bumiputera mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia.

Kesimpulan

Usaha apa pun, usah perbodohkan masyarakat dengan provokasi yang di cipta untuk meraih undi. media sebagai alat mengapikan masyarakat dan kelak pasti kemusnahan yang berlaku antara kaum sekarang masing-masing saling menuduh. sewajarnya media perlu jujur bahkan berusaha mewujudkan keharmonian bukannya menyalak untuk lagakan kaum.

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets