Pada 9 Disember 2011, Saudara Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff selaku Presiden Kelab Mahasiswa Istimewa UKM merangkap Tim Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ( PMUKM ) telah pergi ke Kemeneterian Pengajian Tinggi ( KPT ) bagi menyerahkan satu kertas kerja lengkap bagi memohon pertimbangan KPT untuk meminda syarat yang di berikan terhadap pemberian elaun pengajian sebanyak RM700 kepada pelajar bekeperluan Khas di IPT.
Kertas Kerja ini telah di hantar di bangunan baru KPT dan diserahkan kepada Ketua pegawai unit biasiswa, bahagian biasiswa Kemeneterian Pengajian Tinggi ( KPT ).
Sebelum ini saudara Mohd Abdullah pernah menulis didada akhbar tentang ketidakrelevanan syarat yang dikenakan kepada OKU bagi melayakkan mereka menerima elaun pengajian sebanyak RM700 pada setiap sem.
Syarat yang dikenakan ialah Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elemen wang saku sahaja ( elaun pengajian tidak layak diterima ).
Kertas Kerja yang diserahkan |
Menurut beliau " Biasiswa yang diterima atas dasar akademik tidak boleh kita jadikan alasan untuk tidak memberi elaun pengajian sebanyak RM700, ini kerana elaun pengajian ini merupakan khidmat sosial kerajaan kepada mahasiswa OKU dan biasiswa ini diberikan atas faktor kelayakan akademik. Pelajar bukan OKU pun boleh terima biasiswa, jadi apa yang kerajaan bagi sebenarnya pada pelajar OKU".
" (ini ) dua perkara yang berbeza. Sebab itu saya fikir tidak patot KPT meletakkan syarat tersebut. Jika elaun ini untuk semua OKU, bagi ( sahaja ) kepada semua pelajar berstatus OKU. Jangan pulak kenakan syarat yang tidak patot. Nampak tidak ikhlas".
Sehubungan dengan itu, Saudara Mohd Abdullah telah melampirkan bersama kajian yang telah dilakukan oleh pensyarah Fakulti Pendidikan UKM, Dr Hasnah Toran berkaitan halangan yang mahasiswa OKU hadapi. Antaranya kos pembiayaan pengajian bagi pelajar OKU lebih tinggi berbanding dengan pelajar tipikal lain.
Tuntasnya, adalah sangat wajar kerajaan, khususnya KPT mempertimbangkan perkara tersebut bagi meringankan bebanan pelajar OKU selaras dengan akta Oku 2008 yang melatakkan PENGGALAKAN DAN PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN ORANG KURANG UPAYAPA.
Link by : PMUKM
Link by : PMUKM
0 comments:
Post a Comment