Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

TOLAK PROVOKASI ISU PERKAUMAN...ISLAM ITU INDAH

Friday, April 22, 2011

Badan politik, NGO, dan individu yang cetek intelek sengaja mahu keuntungan sedikit dengan menimbulkan pelbagai provokasi, dan media upahan semaksimum mungkin menjadi alat untuk meraih populariti murahan dengan menjaja isu yang dicipta. maka mereka sememangnya mahukan rakyat takut dengan pelbagai isu yang sememangnya dicipta untuk menakut-nakutkan rakyat. sungguh durjana. Mengimbau beberapa isu yang berlaku

Rentetan isu perkauman

Mengimbau bebarapa isu sensitive yang pernah menerjah arus semasa Negara kita, pada bulan ogos 2008, Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail menuduh Cina sebagai kaum pendatang dan menyatakan kaum itu tidak boleh mendapatkan hak sama rata diberikan kepada mereka. Isu pendatang itu sekali lagi ditimbulkan pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar pada febuari tahun lalu pada seminar ’1Malaysia’ di Melaka. Malah Nasir juga menghina mereka dengan menyatakan kaum India datang ke Malaysia sebagai pengemis dan Cina, terutamanya golongan wanita datang ke negara ini bagi menjual tubuh mereka.

Sebagai respon terhadap provokasi, Ketua Wanita Gerakan, Dato’ Tan Lian Hoe membangkitkan secara terbuka isu status orang Melayu yang disamakan dengan istilah pendatang sepertimana juga orang Cina dan India ke alam Melayu, kemudian Naib Presiden MCA, Liow Tiong Lai pula membangkitkan isu 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam. Sebelum ini perkara yang sama telah dibangkitkan oleh Gerakan dan DAP, yang diterjemahkan melalui kajian yang dibuat oleh Lim Teck Ghee, bekas Pengarah, Pusat Kajian Dasar-Dasar Awam, Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), berhubung pemilikan ekuiti bumiputera yang dikatakan telah mencapai lebih daripada yang disasarkan iaitu sebanyak 45 peratus. Peristiwa perkauman kembali hangat dengan perarakan kepala lembu pada Ogos 2009 sebagai membantah isu pemindahan tapak kuil lama di seksyen 23 Shah Alam, Selangor. Isu penggunaan kalimah Allah menjadi hangat sehinggakan berlaku kes membakar gereja ( januari 2010 ) dan surau ( januari 2010 ) di muar johor sebagai tanda konflik yang makin membarah.

Kontroversi isu kitab bible dalam versi melayu ( Al kitab ) pada bulan Mac 2011 menjadi hangat dan ada politik yang cuba menjadi hero dalam soal isu ini sehingga menjadi bahan kempen politik di Serawak.

Negara baru sahaja selesai melihat Pilihan Raya Negeri Sarawak ( PRN ), maka bangkit kenyataan bahawa kemengan DAP merampas kerusi di Seawak kerana memanipulasikan isu perkauman dalam tempoh sepanjang kempen pilihan raya. Sebagai reaksi undian kaum cina terhadap kemenangan DAP merampas kerusi dari SUPP, pena bergelar Awang selamat ( 17 april 2011 ) dari berita utusan mencadangkan supaya kerajaan mengabaikan kepentingan masyarakat Cina dalam strategi pilihan raya, sebagai respon terhadap kenyataan tersebut, pada 20 april 2011, timbalan ketua pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan terus mencabar Umno untuk melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi.

Selaku NGO lantang memperjuangkan melayu, Perkasa Serawak ( 20 april 2011 ), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”. Selain itu, ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari dalam satu kenyataan berkata kerajaan juga wajib memulangkan kembali hak dan peruntukan keistimewaan bumiputera mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia.

Kesimpulan

Usaha apa pun, usah perbodohkan masyarakat dengan provokasi yang di cipta untuk meraih undi. media sebagai alat mengapikan masyarakat dan kelak pasti kemusnahan yang berlaku antara kaum sekarang masing-masing saling menuduh. sewajarnya media perlu jujur bahkan berusaha mewujudkan keharmonian bukannya menyalak untuk lagakan kaum.

1 comments:

  1. Anonymous said...:

    Isu - isu perkauman atau racist ini sememangnya menjadi senjata utama umno/bn sekian lama kerana melalui isu-isu inilah yang menjadi talian hayat mereka setiap kali menjelang pilihanraya. Apa sekalipun dalam dunia hari ini yang banyak media-media alternatif terutama melalui internet , rakyat sudah mula mengetahui taktik-taktik kotor mereka itu. Rakyat tidak lagi bodoh sebagaimana anggapan juak-juak korup itu dan sekarang adalah masa yang cukup sesuai bagi semua lapisan rakyat bangkit menuntut perubahan...ayuh marilah kita bangkit demi kesejahteraan Malaysia Baru yang lebih segar .

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets