Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

FORUM: AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR-Peranan Mahasiswa Islam

Monday, March 21, 2011


Segala puji dan pujian ditujukan kepada Allah.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.aw. Alhamdulillah, baru-baru ini, telah berlangsungnya program Jejak Siswa Intelek 2011(JAKSI’11) anjuran ISIUKM dengan jayanya. Pelbagai pengisian yang dikongsi di dalam program ini seperti slot motivasi, latihan kepimpinan, forum dan sebagainya. Saya berkesempatan melibatkan diri sebagai salah seorang ahli panel forum yang bertajuk “Amar Makruf Nahi Munkar- Peranan Mahasiswa Islam” pada 19 Mac 2011(sabtu). Seorang lagi panel iaitu Ustaz Mohd Meeftah bin Anuar dan saudara Muhammad Azan bin Safar sebagai moderator. Pelbagai pandangan dan pengalaman yang menarik dikongsikan bersama ketika mengendalikan forum ini.

كنتم خير امة اخرجت للناس تامرون بالمعروف وتنهون عن المنكر

Maksudnya : Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan antara manusia kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran

Apabila dihayati ayat di atas, Sedar atau tidak, setiap umat islam merupakan pemimpin yang bertanggungjawab dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.

Jika dibincangkan mengenai tanggungjawab mahasiswa Islam dalam merealisasikan Amar Makruf Nahi Munkar ini, sememangnya ia menjadi satu kewajipan bagi mereka. “Mahasiswa adalah pemimpin”. Itulah konsep yang sering menjadi pegangan. Namun, sejauh manakah mahasiswa mengambil peranan dalam Amar Makruf Nahi Munkar?

sedarkah semua mahasiswa Islam bahawa mereka adalah pemimpin yang mempunyai kuasa dalam menangani isu sosial di dalam kampus tanpa mengira fakulti, jawatan atau universiti?

“Sungguh eksklusif islam jika dakwahnya hanya berada di dewan-dewan kuliah sahaja, sungguh eksklusif islam jika dakwahnya hanya berada di fakulti pengajian islam sahaja”. Sahabat, apa yang berlaku jika pandangan kita pada dakwah islamiyyah hanya tertumpu pada tempat-tempat atau golongan tertentu sahaja?

Menurut Imam Al ghazali, dakwah itu pada asalnya adalah fardhu kifayah sekiranya ada daulah islamiyyah(pemerintahan Islam) dan ianya akan menjadi fardhu ain mengikut kemampuan setelah jatuhnya khalifah Islamiyyah.

Walaupun ulama’ ada membincangkan status kewajipan berdakwah. Namun, kita sebagai manusia yang sentiasa sedar akan hakikat keadaan umat ini seharusnya keinginan untuk berdakwah itu tidak hadir atas sebab kewajipan dari agama semata-semata tetapi ia datang dari hati yang suci akan dakwah itu satu keperluan (INSIDE-OUTSIDE).

Jadi sebagai mahasiswa yang ada kesedaran, nak atau tak nak, kitalah yang perlu memahami dan membuat persediaan dalam berdakwah di kampus. Memahami al-Quran dan hadis adalah kewajipan, memahami hukum fiqh adalah kewajipan dan memahami sirah para anbiya’ adalah kewajipan. Persediaan yang mantap dalam ilmu agama dapat menjadi “kabel” yang kuat dalam menyampaikan amar makruf nahi munkar.

Abdul Kareem Zaidan di dalam kitabnya Usul dakwah menjelaskan kepada kita tentang perkara bagaimana untuk memaksimumkan dakwah iaitu:

· Qudwah qabla dakwah

· Attadarruju fittakallif

· Attaisir la ta’sir.

Sebagai tambahan untuk meneguhkan pendapat itu, keperluan :

1. Mesti Ada TARBIYYAH (didikan untuk menyusun menyusun sistem dakwah dengan sempurna)

Seseorang individu muslim memerlukan kepada tarbiyyah dalam melaksanakan aktiviti dakwah. Melalui tarbiyyah, maka kita akan terdidik untuk menyusun sistem dakwah dengan sempurna. Dengan ini, pergerakan dakwah akan menjadi lebih tersusun dan sistematik serta dapat dimaksimakan.

Hasil daripada tarbiyyah, secara automatiknya seorang daie itu merasakan dirinya perlu tampil sebagai Qudwah(contoh teladan). Daie seharusnya tidak menjadi golongan yang menuduh tetapi mereka perlu tampil dengan alternatif.

2. Dakwah perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat

Kita perlu memberi ruang kepada Mad’u untuk memahami Islam. Kesempurnaan Islam perlu disusun secara perlahan-lahan. Asas kepada tertegaknya Islam dalam diri seseorang itu adalah kefahaman dan kefahaman itu haruslah diberikan secara berperingkat. Dalam berdakwah kita perlu memudahkan dan jangan menyukarkan

3. Jadilah dakwah fardiyyah

Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah.

Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.

Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair berkata: "Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran." Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?"

4. Daie perlu menjaga adab

Sikap para nabi yang lemah-lembut dalam berdakwah kepada mad’u juga patut diberikan perhatian. Para nabi merupakan contoh teladan terbaik untuk diikuti dalam menjaga adab ketika menyampaikan ajaran-Nya kepada umat manusia.

Wallahu a’lam.

1 comments:

  1. Assalamu'alaikum... tahniah akhi, cetusan yg menarik..! cuma, dgn rasa rendah diri ana nk minta sedikit pencerahan...

    kalau dilihat dunia mahasiswa, dunia yg sgt indah. dgn perjuangan mahasiswa yg mempunyai "hammasah" yg tinggi.. cuma, ana x pasti... sejauh mana aktivis2 mahasiswa telah "dimasyarakatkan" atau "dirakyatkan"...

    apa kaedah yg terbaik untuk memasyarakatkan mahasiswa especially aktivis mahasiswa yg mempunyai semangat juang yg tggi..? memasyarakatkan mahasiswa tu boleh jd di peringkat yg lebih umum. boleh jd jgk dlm dunia kampus sendiri...

    mohon pencerahan ye, akhi =)

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets