Ayuh mahasiswa islam,mari la sama-sama kita turun berqiamullai untuk dekatkan diri kepada Allah, wujudkan kembali biah solehah di bumi ukm....apakah yang lebih indah dan menarik daripada menangisi diri di hadapan Allah?
dan ingatlah Allah berfirman
dan ingatlah Allah berfirman
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil” (Surah al-Muzammil ayat 1-4)
kelebihan berqiamullail
Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih..
Apakah nikmat itu tidak cukup untuk kita bagun berqiam lagi?
Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad dengan sanad sohih
Mogo diperkuatkan hati kita. musuh punyai kekuatan, kekuatan kita adalah "ruh" yang di berikan tanpa ada hijab antara kita dan allah. ruh itu datangnya dari manisnya kasih sayang Allah kepada kita.
0 comments:
Post a Comment