Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

Warkah kasih saya kepada Aspirasi Kampus UKM

Monday, May 7, 2012

1) Saya rafa'kan rasa syukur saya kepada Allah kerana membenarkan saya untuk terus bersama nikmat islam dan iman. KeranaNya juga saya menulis warkah ini kepada "admin" Aspirasi Kampus UKM atas dasar kasih seorang saudara islam kepada saudaranya ( saya tidak kenal tetapi mungkin admin aspirasi kampus ni islam juga ). 

2) Saya mempunyai pilihan mendiamkan diri atau menegur secara terbuka, akan tetapi saya memilih secara terbuka kerana berpegang kepada prinsip sadduzara'i ( menutup pintu kejahatan ) dalam pengkaedahan fiqh, maka bagi mengelak admin aspirasi kampus terus melakukan kejahatan terbuka kepada orang lain, saya patut hentikan perkara ini. Admin aspirasi kampus telah membuat fitnah yang besar kepada saya secara terbuka dan menjadi keperluan saya untuk mempertahankan maruah saya dalam keadaan ini. Benar beliau telah memadamkan status tersebut tetapi ia berlarutan dan mempengaruhi teman-teman yang tidak tahu keadaan sebenar apa yang berlaku. Maka saya menulis bagi memberi amaran yang keras bahawa fitnah itu suatu unsur yang sangat keji dalam konteks masyarakat yang mendokong intelektual apatah lagi ia bertentangan dengan Islam. Tuduhan fitnah


3) Apakah motif sebenar Admin FB aspirasi kampus UKM membuat fitnah secara jelas atas nama saya berhubung dengan pembatalan forum PTPTN dan AUKU? Nyata skali ia hanya satu agenda untuk mengaibkan diri saya secara langsung dalam politik kampus. Forum tersebut sepatutnya berlangsung pada 28 April 2012 antara saya dengan adik saya, Saudara Mohd Fadzil Razali dari Sekretariat Aspirasi yang di anjurankan oleh Kolej Ungku Omar tetapi terpaksa dibatalkan atas alasan pihak JPPel tidak membenarkan kerana ia adalah perkara sensitif. Saya hanya menerima mesej dari urusetia tentang pembatalan tersebut dan ia seperti dilampirkan. Mesej yang diterima dari pihak urusetia

4) Surah Al-Qalam ayat 10 – 11 "Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan."
dalam ayat yang lain, firman Allah berbunyi Al-Baqarah (2) : 193
 وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلّهِ فَإِنِ انتَهَواْ فَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِينَ 2.193.
Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.
Yunus (10) : 85 فَقَالُواْ عَلَى اللّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ 10.85.





Lalu mereka berkata: “Kepada Allahlah kami bertawakkal! Ya Tuhan kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang’zalim, Kenyataan berbaur hasutan dan fitnah.

5) Saya teringat kisah Khabar al-ifqi ( hadith al ifqi ) pernah berlaku kepada Saidatina A'isyah dengan Sahabat Nabi, Safwan bin Muaatal yang boleh dijadikan pengajaran. Mereka dituduh ada skandal sehinggalah Allah menurunkan ayat Al-Quran "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)." Suruh An-Nur ayat 11. Dalam Suruh An Nuur, Ayat 19, "Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian." kisah fitnah terhadap Saidatina A'syah ini dilakukan oleh pengadu dombanya ialah Ketua Munafiq, Abdullah bin Ubaiy.

6) Saya tidak hairan dengan fitnah yang dilakukan oleh pihak aspirasi kampus, bahkan sebelum ini admin juga menggelarkan saya dengan panggilan "si kudung". Ini menampakkan seolah-olah admin mempunyai masalah peribadi dengan saya. Adakah dengan tindakan begitu maka anda mengira bahawa saya akan menjadi lemah dan terus menikus?jika tanggapan anda begitu, sungguh ia langsung meleset dan ia tidak memberi tekanan kepada saya tetapi memberi motivasi yang besar kepada saya untuk terus melawan ketidak adilan. Inilah realiti politik, jika tidak mampu berhujah,pasti serangan peribadi akan dilakukan. Saya berlapang dada dengan tindakan tersebut bahkan saya fikir ia saham untuk saya. ( http://perantaujauh.blogspot.com/2011/10/jangan-sesekali-menghina-ciptaan-allah.html )

7) Program forum tersebut terpaksa diganti dengan koraoke. Saya lihat bahawa pihak JPPel tidak wajar membatalkan sesuatu perkara secara tergesa-gesa dalam tempoh kurang beberapa jam sebelum program berlangsung kerana ia menjejaskan perancangan pihak penganjur yang telah membuat persiapan awal dan bertungkus lumus bagi menjayakan program tersebut. Adakah forum tajuk PTPTN dan AUKU itu mengancam keselamatan kampus berbanding program karaoke yang memberi keselesaan kepada pembangunan intelektual mahasiswa? Jika kita sentiasa dibebelkan oleh pihak pentadbiran tentang etika dan profesionalisma, maka saya juga berharap agar pihak JPPel turut bersikap demikian. bak kata pepatah, "bapak kencing berdiri, anak kencing berlari-lari"

Apakah tulisan saya demi mempertahankan maruah dan membela diri ini juga akan dianggap sebagai memusuhi sesama melayu? Apakah berdiam dan membiarkan orang melayu membuat fitnah secara berleluasa itu lebih baik dari menegur orang yang melaungkan slogan mempertahankan melayu?

8) Akhir sekali, saya sangat bercita-cita untuk bersemuka dengan Aspirasi UKM untuk berdebat mahupun berforum atau apa jua sekali pun, denga tajuk apa sekalipun sama ada secara terbuka mahupun secara tertutup atas semangat mendokong kewibawaan intelektual. Al-Mumtahana (60) : 5 رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 60.5. “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. 

Like· · Unfollow postFollow post · Share · Delete * * Nur Aqilah Baharin, Nor Albanna Norafzan Noraslam, Siti Raihan and 108 others like this. * 50 shares

0 comments:

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets