Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

Lawatan Mesra GMPK ke KPM Membincangkan Isu Mahasiswa Pendidikan

Saturday, April 14, 2012



1) Zahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap segala nikmat kasih sayang yang Allah berikan kepada hambanya dari saat dilahirkan sehingga di anugerahkan akal untuk berfikir tentang kebesaran Allah di atas setiap perkara yang berlaku.

2) Perlu di tegaskan bahawa
GMPK ditubuhkan secara perbincangan bersama dalam pra konvesyen pendidikan kebangsaan dan hasil perbincaAngan tersebut telah membuat resolusi bersama dengan mewujudkan badan yang mewakili suara kebajikan mahasiswa pendidikan k
ebangsaan yang di namakan Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan ( GMPK ), dan perasmian penutup konvesyen tersebut telah di rasmikan oleh Datuk Dr Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

3) Maka bertepatan dengan perbincangan asal penubuhan GMPK selaku badan suara kebajikan mahasiswa pendidikan kebangsaan untuk membuat Lawatan Mesra di antara pihak kementerian dengan
GMPK.

4) Tiga perkara yang akan dibawa dalam perbincangan dialog ringkas dalam Lawatan Mesra GMPK ialah :
I. KESAMARAN PENEMPATAN GURU ; bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP ) sesi 2011 yang sehingga hari ini masih tiada penempatan tetap ( genap setahun ) sebagai guru. Benar sebelum ini beberapa graduan telah dipanggil temu duga oleh SPP tetapi ia masih belum ditempatkan walaupun ura-ura mengatakan keberangkalian penempatan akan berlaku dalam bulan April ini. Sungguhpun begitu, panggila
n temu duga juga masih tidak merangkumi keseluruhan graduan ISMP dan ini menimbulkan KERAGUAN JELAS bagi STATUS BAKAL GRADUAN ISMP 2012 yang akan bergraduasi pada sekitar bulan September hingga bulan Disember tahun ini.

II. ELAUN GURU PRAKTIKAL ; seperti yang dihebahkan sebelum ini, pekeliling JPA bertarikh 24 Ogos 2011 jelas menyatakan kerajaan bersetuju ( melalui mesyuarat panel 3P ) bahawa mana-mana yang berpraktikal di agensi kerajaan adalah layak menerima elaun melalui kewangan perbendaharaan negara. GMPK bangkitkan perkara ini kerana guru praktikal yang memohon untuk mendapatkan elaun dan menerim
a respon dari kebanyak pengetua sekolah memaklumkan mereka tidak menerima sebarang surat rasmi dari pihak kemeneterian mahupun pekeliling dari Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN ) atau Pejabat Pelajaran Paerah ( PPD ) bagi meneruskan pemberian elaun ini. Sedangkan ia bersalahan dengan makluman lisan yang diberikan wakil Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya ketika kita merujuk perkara ini ( Izzuddin bin Pisol, Gabenor UKM ). Justeru itu, GMPK akan memaklumkan secara lebih jelas dalam pertemuan bersama dengan pihak kementerian. Sekalipun pihak KPM menyerahkan “kuasa” kepada PPD untuk meluluskan sama ada menerima atau menolak tuntutan elaun
dari guru praktikal, kita berharap supaya KPM mengeluarkan surat rasmi memakluman perkara tersebut kepada JPN atau PPD supaya tidak berlaku maklumat diluar dokumentasi seterusnya menimbulkan kekeliruan yang lebih besar. Sungguh pun begitu, saya tidak menafikan bahawa ada pihak sekolah yang menguruskan tuntutan elaun praktikal secara baik dan GMPK mengucapkan terima kasih terhadap layanan tersebut.

III. PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN; jika dibandingkan sebelum ini, lebih banyak bidang kursus yang diberi peluang untuk memohon penajaan biasiswa berbanding sekarang yang menawarkan kursus Pendidikan Bahasa Arab, Pendidikan Bahasa Cina, Pendidikan Bahasa Tamil, Pendidikan Sejarah, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Seni, Pendidikan Teknologi Maklumat, Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga, Pendidikan Sains Pertanian, Pendidikan Perdagangan & Keusahaw
anan, Pendidikan Khas, Pendidikan Bengkel Dan Mesin (Pendidikan) Kimpalan (Pendidikan) Automotif (Pendidikan) Penyejukan Dan Penyamanan Udara (Pendidikan) ( http://apps.moe.gov.my/ijazah1/syarat.cfm ). Sehubungan dengan itu, GMPK merasakan bahawa perlu untuk KPM kembali mempertimbangkan untuk memberi peluang kepada kursus Pendidikan Islam, Pendidikan Sains ( Pendidikan Fizik, Pendidikan Biologi, Pendidikan Kimia, Pendidikan Matematik ) dan Kaunseling untuk layak memohon penajaan Biasiswa Perguruan Persekutuan.

5) Sehubungan dengan itu, Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan ( GMPK ) telah menghantar surat rasmi kepada Datuk Dr Wee Kasion
g selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bagi Lawatan Mesra GMPK tersebut. Dalam lawatan tersebut GMPK memohon ruang dialog secara langsung antara GMPK dan pihak Kementerian Pelajaran pada 17 April 2012, hari Selasa nanti. Sehubungan dengan itu, GMPK telah melampirkan soalan yang ingin dibincangkan dalam dialog tersebut sebagai persediaan awal pihak KPM memberi jawapan secara bertulis terhadap perkara yang dibangkitkan.

6) GMPK telah berhubung secara terus dengan pegawai peribadi Datuk Dr Wee Kasiong, En Wong berhubung pertemuan ini. GMPK sasngat berharap supaya pertemuan ini mampu memberi kebaikan kepada semua mahasiswa pendidikan.

7) GMPK bersedia untuk bersemu
ka dengan pihak kerajaan mahupun pembangkang bagi menunjukkan kesungguhan supaya perkara ini diselesaikan dalam kadar yang segera setelah lama dibangkitkan.

8) Sebagai satu badan mahasiswa pendidikan, GMPK sangat menyanjung etika professional keguruan sebagai usaha memertabatkan kembali “Guru Berkualiti Asas Pendidikan Unggul”.

9) GMPK mengharapkan doakan dari seluruh mahasiswa pendidikan semoga ia membuahkan hasil yang baik.


Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff
Pengerusi
Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan

0 comments:

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets