Jalinkan Persaudaraan

Kebangkitan Mahasiswa

Kalam Akhir Fatimah Al-zahrah Pada Insan Tercinta

Friday, September 10, 2010

Ali,suami yang di kasihi,

Kau sangat mengerti kenapa itu semua aku lakukan.

Maaf di atas kepelbagaian kehendakku,

Mereka( anak-anak) telah sangat menderita bersamaku selama ini,

Dan sepanjang aku terlantar sakit.

Oleh itu aku mahu mereka merasa gembira

Di hari terakhir dalam hidupku

Benar ali,kau juga sangat mengerti ini adalah hari terakhirku,

Aku gembira kerana segala deritaku akan berakhir sedikit masa lagi

Dan aku bersedih kerana berpisah denganmu

Ali, tolong ingat apa yang aku perkatakan dan buatla sepertimana yang

Aku kehendak engkau lakukan

Ali, jalankanlah pengkebumianku di malam hari

Dan janganlah sampai orang-orang yang begitu zalim terhadapku

Menghadiri pengkebumianku

Janganlah kematianku menyakitimu

Kau hendak membantu islam dan kemanusian

Untuk satu tempoh akan datang yang panjang

Janganlah penderitaanku ini menambah lagi kepahitan hidupmu,

Berjanjilah Ali………….

Diterjemahkan daripada imam Ali,1985:47

2 comments:

  1. "..Ali, jalankanlah pengkebumianku di malam hari..
    Dan janganlah sampai orang-orang yang begitu zalim terhadapku..Menghadiri pengkebumianku.."

    Sabda Rasulullah saw :“Sesungguhnya Fatimah adalah belahan jiwaku. Apa saja yang menyakitinya bererti menyakitiku.” (HR Muslim)

    laknat Allah swt kpd sesiapa yg sanggup menzalimi Fatimah AS..

    p/s : posting yg baek bos!

  1. nur~ said...:

    perkongsian yg bermanfaat.
    syukran ya ustz~

 
Bicara Muhammad © 2011 | Designed by VPS Hosts, in collaboration with Call of Duty Modern Warfare 3, Jason Aldean Tour and Sister Act Tickets