Jalinkan Persaudaraan
Kebangkitan Mahasiswa
Laskar Syuhada'
Jika kau ingin mengikut petunjuk Sang Iman,
Maka kuatkan dirimu untuk menerima musibah
Dengan hati yang lembut saat melalui kepahitan
Dengan jiwa yang besar tersimpan disebalik luka-luka berdarah
Lisanmu perlu dikunci rapat pada tutur bicara sia-sia
Matamu perlu dikendali
Telingamu perlu teliti
Rahsiamu tersimpan rapi dan hanya Allah yang memiliki
Namamu jangan terkenal
Masyhurmu ditutup
Mulutmu tersenyum
Perutmu lapar
Hatimu luka
Pangkatmu dipendam
Dan keaibanmu tersohor
Setiap hari menelan pengaruh zaman dan teman
Sedangkan hatimu menurut
Siangmu sibuk mengislah ummat tanpa membangkit-bangkit
Ambil kesempatan pada malam itu
Untuk kau berahsia-rahsiaan dengan Yang Maha Esa
Jadikan ia persiapan menuju akhirat yang padanya amat sulit mencari jalan
~Mengejar Cinta Laskar Syuhada'~
dan ingatlah Allah berfirman
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil” (Surah al-Muzammil ayat 1-4)
kelebihan berqiamullail
Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih..
Apakah nikmat itu tidak cukup untuk kita bagun berqiam lagi?
Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad dengan sanad sohih
Mogo diperkuatkan hati kita. musuh punyai kekuatan, kekuatan kita adalah "ruh" yang di berikan tanpa ada hijab antara kita dan allah. ruh itu datangnya dari manisnya kasih sayang Allah kepada kita.
Ikuti Saya Di
Search this Blog
Mohd Abdullah Bin Mohammed Yusof
Anak kelahiran Bachok, bumi barakah Kelantan.
Kini sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (08-12) dalam bidang pendidikan.
Pernah menuntut sebelum ini di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (07-08) dan MRSM Besut (02-06).
Boleh dihubungi melalui :
mpmmohamad@gmail.com
abduh889@yahoo.com